Sunday, July 11, 2010

UMNO Sesat Lagi Menyesatkan?


Umno adalah sebuah parti sesat kerana menolak perjuangan Islam dan sebab itu juga mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis. Orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar. 

Hanya 4 golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.

 Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi,rumah tiga bilik menyediakan mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.
 
Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga. Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam. Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.

No comments:

fb