Sunday, July 11, 2010

Kembara Anak MUda JOhor 2010

Muqaddimah

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik. FASAL 5 (1) perlembagaan PAS Pindaan 2009 menyebut bahawa tujuan PAS ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Manakala FASAL 6 perlembagaan PAS menyatakan bahawa usaha-usaha (3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. Ini bermakna PAS perlu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan PAS dengan rakyat dan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengenali PAS dengan lebih dekat.

Berpandukan kepada pengalaman mengadakan aktiviti Kembara Muda Dewan Pemuda PAS Pusat ke Selatan maka DPPNJ mencadangkan agar program seperti ini diadakan di seluruh negeri Johor.

Matlamat Program Kembara Anak Muda

KAM adalah di antara aktiviti DPPNJ untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan khususnya yang bersesuaian dengan anak muda.

Objektif Kembara Anak Muda

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh DPPNJ melalui KAM. Objektifnya adalah seperti berikut :-

a. Menghidupkan organisasi Pemuda PAS di peringkat kawasan dengan mengumpulkan seluruh ahli pemuda PAS yang ada.

b. Menjuarai isu rakyat terpilih mengikut kawasan-kawasan dan melahirkan kumpulan “Pemuda Prihatin”.

c. Meningkatkan imej PAS di dalam masyarakat melalui aktiviti kebajikan.

d. Mendekatkan Pemuda dengan anak muda melalui aktiviti kepemudaan.

e. Menghidupkan peranan Pemuda PAS di seluruh negeri Johor

f. Mempereratkan ukhuwwah di antara kepimpinan DPPNJ dengan kepimpinan DPP Kawasan-kawasan.

g. Membantu menghidupkan Pusat Aduan Rakyat (PAR) diperingkat DUN.

h. Menyatakan kepada rakyat kesediaan PAS dan Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Johor.

i. Menggerakkan Daftar Pemilih khususnya kepada golongan anak muda.
Motto Program

KEMBARA ANAK MUDA : PEMUDA PRIHATIN

Konsep Program

Program akan dilaksanakan mengikut zon yang merangkumi beberapa buah kawasan. Setiap zon akan merangka aktiviti mengikut acuan yang bersesuaian dengan zon tersebut.

Setiap zon akan bermula dengan pelancaran daripada satu kawasan dan akan berakhir di kawasan yang terakhir.

Program ini akan melibatkan DPPNJ dengan kerjasama PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan.

Program yang dicadangkan untuk diadakan sepanjang KAM 2010 adalah seperti bantuan kemiskinan, Chit-Chat Anak Muda, Sembang Santai Anak Muda, Futsal, Bowling, Hi-Tea, XPDC Dakwah, Menyantuni golongan tertindas, Hiburan Alternatif dan aktiviti-aktiviti yang difikirkan bersesuaian dengan pendekatan terhadap anak muda.

Mendepani Cabaran, 
Melangkah Kehadapan

No comments: