Saturday, August 23, 2014

PRESIDEN PAS TIMBALAN PRESIDEN ULAMAK SEDUNIA



Dipandang sepi oleh mereka yang jahil dinegara sendiri.. Diangkat oleh mereka yang alim di seluruh dunia.. Allahuakbar



Muktamar Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
yang sedang berlangsung di Turki semalam.

Presiden kesatuan, Prof.Dr.Yusof Qaradhawi mencalonkan tiga nama bagi jawatan timbalan presiden iaitu Dr.Ahmed Raisuni, Syeikh Ahmed Khalili Mufti Kesultanan Oman dan Syeikh Abdul Hadi (iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) dari Parti Islam Semalaysia.

Keputusan disepakati dengan anggota
mesyuarat mengangkat tangan tanda
persetujuan.

Tahniah Tuan Guru Presiden atas
kepercayaan dunia Islam kepada beliau dan PAS.

Sumber: Page rasmi kesatuan ulamak Islam
sedunia

Monday, August 18, 2014

Ulama dan Gerakan Islam dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan





 Published on Monday, 18 August 2014 16:23Written by Dr Riduan Mohamad Nor



"Sejarah ditulis oleh pemenang" ujar sang filosof, tetapi saya beranggapan tugas sarjana muslim ialah meluruskan sejarah, kerana sejarah itu tidak pernah berbohong di langit yang paling sakral. Siapa pun tak mampu memadam sejarah ulama dalam perjuangan membebaskan tanah leluhur ini.



Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba di padamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan.



Di tanahair kita yang tercinta ini, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi aqidah ummat Islam semenjak kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulama kita yang berkubu di pusat-pusat pengajian Islam telah memancarkan kekuatan kepada ummat Islam bagi berdepan dengan "ghazwatul fikri" penjajah barat. Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan Tuan Guru Hj Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, ulama tersohor Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemulian Syariat Islam.



Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid, beliaulah yang banyak memberi corak agama dalam pemberontakkan agama Terengganu ini. Sejak dari kebangkitan 1922, lalu kebangkitan 1925 dan seterusnya pemberontakan 1928, penglibatan jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana sepatutnya diambil tindakan. Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul di Kuala Berang dan Telemong sebelum tercetusnya pemberontakan ini. Sebab itulah sebagai hukumannya, beliau dibuang negeri ke Mekah, dengan harapan agar penentangan terhadap British tidak lagi wujud di Terengganu.



Abdul Rahman Limbong telah berguru kepada banyak tokoh agama tetapi paling istimewa sekali ialah daripada Tok Ku Paloh, di mana beliau turut menjadi khadam di rumah tuan gurunya itu. Kemudiannya beliau mengajar di suraunya di Jonggok Tong, Beladau, dan dengan kematian Tok Ku Paloh, beliau meengajar di surau Sayyid Saggaf. Di samping itu beliau juga mengajar di tempa-tempat lain, iaitu di mana sahaja beliau singgah dalam pengembaraannya. Dalam pengajaran ini, di antara teks-teks yang digunakan ialah kitab-kitab tasawwuf karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, seperti Siyar al-Salikin dan Hikayat al-Salikin serta karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari iaitu al-Durr al-Nafis. Dan sebagaimana gurunya Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman juga merupakan tokoh pendukung tariqat Naqshabandiyah. (Abdul Rahman HajiAbdullah, 1994)



Pada dekad 1920'an pula berlaku 'revolusi mental' yang digerakkan oleh ulama-ulama muda yang mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar di Mesir. Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abas Mohd Taha, adalah sebaris nama-nama yang berjasa besar meniupkan api perjuangan untuk pengislahan diri bangsa Melayu yang serba terperuk akibat penjajahan dan kesalahfahaman terhadap Islamyang syumul.



Mereka mendapat tentangan sengit daripada penjajah British yang cuba menunggangi istana (melalui pihak berkuasa agama negeri-negeri) untuk menyekat arus kesedaran yang digerakkan oleh ulama-ulama muda yang progresif ini. Perjuangan menuntut kemerdekaa juga bertambah rancak dengan kepulanagan Dr Burhanurddin Al Helmi dari pengajiannya di India. Beliau merupakan tokoh tersohor yang mendapat pengalaman antarabangsa dalam perjuangan menentangq imperialisme.



Sejarah juga tidak dapat memadamkan jasa gerakan Hizbul Muslimin dalam perjuangan kemerdekaan. Ditubuhkan pada Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Gerakan ini dengan jelas menyatakan matlamatnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan asing dan menegakkan darul islam. Hizbul Muslimin telah diberi perhatian ketat oleh pihak risikan British kerana potensi mereka mampu menggugah kesedaran rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan :



"The development of this movement should be very closely watched, for its preachs nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has always been a militant creed. There can be no doubt that its propanganda is made to appeal to the young Malay intellectuals and progressives, since it strives to give scriptual authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independent. In the present relatively lethargic state of UMNO, it may well draw away of the younger and more progressive minds. Its promoters have had bad political record, and it may well be that in the current crisis any extension of its activities will force goverment to consider the question of outlawing the party. Wheather Hizbul Muslimin moves to the right or to the left in step with its true paent, the Masjoemi (MASYUMI-penulis), it remains a menace to the British authority."



PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 oleh para alim ulama dan guru-guru agama juga dengan tegas memperjuangkan kemerdekaan namun cuba dipadamkan sejarah citra dan nuansa ini dalam catatan sejarah. Sebahagian daripada pimpinannya telah mendekam dalam penjara British seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Khatijah Sidek(pernah menjadi calon PAS di Dungun) dan lain-lainnya. Perjuangan kemerdekaan oleh PAS dilihat sebagai tanggungjawab aqidah seperti yang diungkapkan oleh Prof.


Dr. Zulkifli Mohamad :

"Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk dibawah penjajahan asing oleh orang yang tidak seagama dengaannya. Sebab itu ummat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhan-nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak seyakinan dengannya. Dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih dari itu merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan."



PAS memainkan peranan yang besar menyedarkan masyarakat untuk menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan tanah leluhur ini berpandukan Syariat Islam. Ramai tokoh- tokoh besarnya mendekam di penjara kolonial seperti Dr Burhanuddin al Helmi, juga alumni Hizbul Muslimin demi melihat deenul Islam tertegak di atas Tanah Melayu ini.



( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)

Sunday, August 17, 2014

PAS calon Wan Azizah, Azmin ganti Khalid


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.-harakahdaily.net

Thursday, August 14, 2014

Kenyataan Media Pemuda PAS Negeri Johor



Pergolakan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat pantas dan besar. Pergerakan yang pantas dan kritikal ini menuntut satu tindakbalas yang juga kritikal dari semua anggota Pakatan Rakyat.

Selepas pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR, kedudukan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang tidak menentu memandangkan Menteri Besar bertindakbalas bagaikan harimau yang tercedera.

Hari ini Presiden PKR telah membuat perisytiharan mendapat sokongan majoriti anggota Dewan apabila 2 ADUN dari PAS mengumumkan untuk menyokong DSWA.

Pemuda PAS Negeri Johor melihat tindakan 2 ADUN dari PAS ini sangat tidak wajar dan membelakangi disiplin sebagai seorang ahli Parti yang sepatutnya menunggu sehingga keputusan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Negeri Johor mendesak Setiausaha Agung PAS untuk memanggil dan meminta penjelasan dari dua orang Wakil Rakyat PAS ini atas tindakan mereka.

Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
Ketua
Pemuda PAS Negeri Johor

Sunday, August 10, 2014

Pemuda PAS Istihar Sebagai Pihak Pendamai



Pemuda PAS hari ini mengumumkan untuk bertindak sebagai pihak pendamai bagi mengatasi kemelut isu jawatan Menteri Besar Selangor yang bergolak di antara parti PAS dan PKR.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, langkah tersebut dicapai demi kebaikan semua pihak khususnya kepada komponen PR.

“Dalam mesyuarat Pemuda PAS sebentar tadi kami mengambil sikap untuk menjadi pendamai dalam krisis Menteri Besar Selangor ini.

“Seperti dalam keluarga, jika ibu bapa yang bermasalah maka anak-anak sebagai penyatu kasih sayang mereka,” katanya.


Sunday, August 3, 2014

Tarian "Zumba" Puteri UMNO Malaysia Haram - Mufti Sabah



Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bersidang pada 15-17 April 2014 telah bersetuju membuat keputusan berikut :-

"Orang Islam adalah haram dan dilarang untuk melibatkan diri di dalam senam/tarian Zumba yang jelas mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam seperti percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian yang menjolok mata, pendedahan aurat, elemen erotik di dalam tarian, persembahan muzik yang keterlaluan serta tidak menepati Garis Panduan Sukan Menurut Perspektif Islam"


Jadi Tarian Zumba Kebangsaan yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin sempena PRK Kajang pada 11hb April 2014 jelas haram dan dilarang oleh Agama Islam.


Apa komen ISMA, JATI, PERKASA, PPIM, Ulama Muda UMNO Sedunia???????