Wednesday, July 21, 2010

Puak Dayus dan Negara Islam


Puak-puak dayus Umno ni sekarang sibuk membesar-besarkan isu ‘Negara Islam’. Mereka cuba membangkitkan pertelingkahan antara parti komponen Pakatan Rakyat, khasnya PAS dan DAP. Tapi dalam masa yang sama, mereka yang mengaku Islam tetap juga menolak hukum Islam yang diperjuangkan PAS.

Mereka cuba melaga-lagakan PAS dan DAP. Konon mereka... adalah wira dalam memperjuangkan agama Islam. Tak semena-mena puak-puak dayus ni meminta pemimpin Pakatan Rakyat (PR) antaranya PAS dan PKR supaya menyatakan pendirian berkenaan isu itu.
Kenapa ya? Mukaddimah WarkahDaily kat atas, Umno baru masuk masjid kemudian ada terbau busuk terus tuduh orang sekeliling tanpa usul periksa yang najis ada pada kakinya.

Umno sibuk mencelarukan keadaan, bagaimana mereka ini sibuk minta penjelasan orang lain dalam hal Negara Islam. Mereka cuba mendedahkan DAP tak sebulu dengan PAS sebab tak setuju dengan Negara Islam.

Pemimpin DAP yang lantang menentang Negara Islam itu siapa? Orang Islam ke? Orang Melayu ke?

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam, tiba-tiba ketika PAS memerintah Kelantan dan Terengganu, Umno telah menghalang kerajaan PAS melaksanakan undang-undang Islam yang telah pun diluluskan oleh sultan masing-masing.

Apakah Umno sudah lupa, bagaimana pemimpin tertinggi mereka cuba menghina sunnah Rasulullah dalam hal menyimpan janggut?. Siapa yang cuba menghalang kuliah-kuliah agama yang disampai di masjid-masjid? Siapa pula yang cuba menapis penceramah-penceramah agama (digam) yang cuba menyampaikan ilmu Islam? Siapakah telah pun meroboh masjid dan surau yang didirikan masyarakat Islam untuk beribadah?

DAP ke yang buat? Bukan ke Umno yang lakukannya. Umno mengaku Islam tapi halang perjuangan tegakkan hukum Islam dan Negara Islam. Pemimpin DAP yang tak mahu Negara Islam taklah pelik jika difikirkan secara firasatnya kerana mereka itu bukan beragama Islam. Mereka belum lagi didedahkan dengan kebaikan keadilan hukum Islam dan Negara Islam.

Mereka belum lagi baca kitab-kitab agama yang menceritakan bagaimana keadilan sebuah Negara Islam di zaman kegemilangan Islam sebagai kuasa besar.

Tapi bagaimana Umno yang sudah pun sekarang disertai ‘ulamak-ulamak muda’ kononnya, belum tahu akan keadilan dan kebaikan Negara Islam? Kalau dah tahu, kenapa Umno juga menolak hukum Islam dan Negara Islam seperti DAP?

Allah pun akan memaafkan hambanya yang melakukan dosa kerana kejahilannya (tidak tahu). Allah tidak sunyi dari mengetahui orang yang tahu dan tidak tahu.

Alangkah jahat dan buruknya Umno jika mereka sudah tahu kebaikan hukum Islam dan Negara Islam tapi tetap menolaknya juga. Lebih jahat dan buruk daripada DAP.
Kepada puak-puak ‘candu’ Umno, janganlah duk sibuk sangat perihal DAP bertentangan dasar dengan PAS dalam hal Negara Islam tu.

Lebih baik kamu sibuk dahulu, kenapa pemimpin-pemimpin kamu turut menolak hukum Islam dan Negara Islam. Mintalah pendirian pemimpin-pemimpin kamu berkenaan dasar PAS iaitu memperjuangkan hukum Islam.

No comments: