Monday, July 5, 2010

Kenal & Kutuk Perangainya..


Sesungguhnya, orang Yahudi ada perangai yang amat buruk. Maka munasabahnya mereka serang orang yang ingin membuat kebajikan, rombongan yang hendak menolong orang dalam kesusahan dan yang mahu menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza. Allah Subhanahu wa taala (SWT) menceritakan perangai mereka itu di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT,

 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (4). Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia (5). Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu takbir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (6). Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar) (7).

Berpandukan kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran  di atas, Nabi Yusof alaihimus salam (AS) yang mempunyai 12 adik-beradik itu telah bermimpi dan mimpinya itu diberitahu kepada ayahnya, Nabi Yaakub (nabi daripada golonganYahudi).

Ayahnya pula mendengar cerita dari Nabi Yusof itu lalu menasihati Nabi Yusof, agar atak payahlah menyebut cerita mimpinya itu kepada adik-beradiknya, nanti mereka akan sabotaj, atau berusaha untuk mengkhianati Nabi Yusof. 

Ini satu kisah peangai orang Yahudi yang asalnya dari keturunan Nabi Yaakub adalah sama dengan perangai (sifat) adik-beradik Nabi Yusof yang boleh kita fahami daripada cara jawapan adik-beradik Nabi Yusof yang mereka berkata, 

“kita buang jauh-jauh Nabi Yusof itu agar kita jadi baik, atau kita bunuh saja Nabi Yusof untuk kita jadi orang soleh.”

Akhirnya, adik-beradik Nabi Yusof itu bertemu dengan Nabi Yusof dan adik-beradiknya mengaku bahawa Nabi Yusof berada di pihak yang benar.
Maka, perangai Yahudi ini masih ada sampai sekarang. Mereka bunuh Arab, bunuh Palestin dan serang Iraq. Sampai pula orang Amerika sendiri turut dibunuhnya. 

Sedangkan mereka tahu, apa yang mereka buat itu adalah tidak benar, malah mereka tahu bahawa mereka di pihak yang salah.

Pernah dalam kes serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Saddam Hussein, bekas Presiden Amerika Syarikat mengaku yang tindakan itu atas sebab maklumat salah – kononnya Saddam Hussein ada menyimpan senjata pemusnah. Hakikatnya mereka sudah tahu, mereka menerima maklumat yang salah. Soalnya, kenapa lepas itu mereka serang juga Iraq, ttidak padan dengan itu, mereka buru pula arwah Saddam. Akibatnya, keadaan di Iraq tidak aman sampai sekarang.

Nyatalah, betapa perangai Yahudi itu akhirnya akan berdepan dengan pengakuan bahawa Islam di pihak yang benar. Natijahnya, kebenaran berada di sebelah Islam.

Perkara yang sama dialami oleh golongan pejuang Islam hari ini. Ada pihak yang mengaku Islam, tetapi berjuang sekular. Malah asyik melawan Islam. Sedangkan mereka tahu berjuang atas landasan sekular itu salah dan berjuang Islam itu adalah benar.

Sehubungan itu, keputusan ahli-ahli yang berhormat membawa dan meluluskan usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan tempoh hari (8 Rejab 1431/21 Jun lalu) memang betul dan kena pada masanya. Sesungguhnya, ia sebagai tanda kita mengutuk perangai Yahudi yang dilaknat Allah SWT.

Sumber : TokGuru

No comments:

fb