Saturday, July 3, 2010

Semoga rohnya dicucuri rahmat Illahi..


 Al-Fatihah buat Ustaz Shuib Hussein

Ustaz Shuib Hussein, Timbalan YDP PAS Kampar yang telah sekian lama terlantar sakit akibat serangan jantung telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Kampar pada jam 12 tengah malam tadi.

Jenazah telah disolatkan di Masjid An-Nur, Kampar serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sejahtera, Kampar dekat Mambang Di Awan pada jam 11 pagi tadi.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga roh beliau ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Segala jasa-jasa beliau dalam pergerakan jemaah Islam tidak akan dilupakan.

Takziah diucapkan kepada keluarga beliau serta diharap dapat bersabar dengan ujian ini.

Al-Fatihah..

No comments:

fb