Tuesday, July 6, 2010

Akhirnya ter"kantoi" juga..


Sepandai-pandai, tupai terbang ,, akhirnya tersungkur jua di tanah sendiri.. 

Keretapi bawa Gula ke Singapura tergelincir

"Rupanya gula Malaysia dijual ke Singapura"

Adakah ini punca gula tiada di Malaysia ? Harga gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sekilo manakala di Singapura ialah RM3.05, lagi untung jual di Singapura. Enam gerabak keretapi kargo dari 30 gerabak yang membawa gula dari Prai , Pulau Pinang ke Singapura telah tergelincir pada 23 Jun 2010 di Kluang. Kerajaan perlu dedahkan berapa banyak gula diekspot ke luar negara berbanding dijual di pasaran domestik ! 

KLUANG: Keretapi Tanah Melayu Bhd’s intercity service for the southern sector was interrupted yesterday when six cargo coaches, of a 30-car freight train, derailed in Chamek, near here. KTMB said in a statement that the train, which was carrying sugar from Prai, Penang, to Singapore, derailed at 2.43am. 


PUTRAJAYA: Sugar will cost 20 sen more per kg from today, with the new price being RM1.65 in the peninsula and RM1.75 in Sabah and Sarawak, it was announced yesterday. He said the new sugar price, after the 20-sen increase, was relatively low compared with prices in other Asean countries such as Thailand (RM2.50 per kg), Singapore (RM3.05), Indonesia (RM3.40) and the Philippines (RM3.62). He said the increase in the sugar price was necessitated by the rise in the price of raw sugar in the world market, and that the government still subsidised the price at 80 sen per kg or RM1.008 billion for the year. 


JOHOR BAHARU, 23 Jun (Bernama) -- Enam gerabak kargo bersama muatan gula tergelincir di KM653.5-KM654.5 antara Paloh ke Chamek, dekat Kluang, awal pagi Rabu. Pemangku Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Fazil Ismail berkata kejadian itu berlaku pada pukul 2.43 pagi ketika kereta api 30 gerabak itu sedang dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke Singapura.


KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno/BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.

Membahaskan rang undang-undang yang sama, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula mendakwa kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit.

Sedangkan, katanya aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran.

Beliau di luar Dewan Rakyat berkata, harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia.

Beliau berkata, beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah bukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka.

"Adakah Yang Berhormat bersedia sebagai menteri hari ini mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?" soalnya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kesedaran peringkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Menteri sebelum itu menjawab soalan berkaitan rang undang-undang perlindungan pengguna di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau kemudian memaklumkan bersedia memanjangkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan susulan.

Sumber : S.A.T.F

No comments:

fb