Thursday, May 29, 2014

PRK Teluk Intan diteruskan


TELUK INTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan diteruskan mengikut tarikh diwartakan, 31 Mei ini.

Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan itu adalah selaras dengan undang-undang SPR.

Bagaimanapun, pihaknya meminta parti politik yang bertanding menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang kempen yang tinggal dua hari lagi bagi menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Kita turut menyarankan semua pihak berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu sensitif yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sinar Hadrian
28 Me I 2014

Monday, May 26, 2014

Anakku Ahli PAS


Yb Ustaz Idris Hj Ahmad
22/5/14

PAS memerlukan penggerak bukan sekadar penyokong sebagai penerusan kerja perjuangan. Macam mana kita mahu perjuangan PAS ada penerusan? Adakah dengan "Kun Fayakun", tanpa apa-apa perancangan. Dengan alasan Pas jamaah Islam, tidak payah berbuat sesuatu, serahkan kepada takdir sahaja. Adakah ini menepati dengan sunnah perjuangan Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW? Sedangkan baginda sendiri memberi keutamaan kepada proses perkaderan sebagai usaha dakwah baginda. Usamah bin Zaid dalam usia muda sudah diberi amanah yang besar, walau pun ada di kalangan pembesar sahabat yang lain untuk mengepalai peperangan untuk melawan Rom. Umurnya baru mencecah 18 tahun. Semuanya hasil tarbiah Rasulullah SAW sejak daripada kecil.

Amat malang kepada PAS sekiranya proses ini tidak diberi keutamaan. Proses perkaderan yang paling mudah sekali ialah dari kalangan orang yang paling rapat sekali dengan kita, iaitu ahli keluarga kita. Allah SWT telah memerintahkan kepada baginda supaya menyeru kepada ahli keluarga yang terdekat untuk menerima Islam. Firman Allah SWT "Berilah peringatan kepada mereka (ahli keluarga) yang hampir dengan kamu".

Apa makna kita berjuang siang malam, tiba-tiba anak kita sendiri yang tercicir di dalam perjuangan. Lebih parah lagi ada yang menentang perjuangan PAS. Semua gara-gara kecuaian ibu bapanya mentarbiah anaknya untuk bersama dengan perjuangan Islam.

Mengapa anak-anak Perlu Menjadi Ahli PAS :

1- Senang untuk dicula ketika musim pilihanraya, kerana seorang ahli, insyaAllah pasti memangkah PAS. Orang atas pagar belum tentu mereka akan bersama dengan PAS, apabila disogok dengan wang dan diasak dengan media. Berbeza dengan ahli, mereka tidak akan termakan dengan fitnah media dan sogokan wang. Walau pun dia tidak puas hati dengan calon, namun beliau tetap memangkah.

2- Senang untuk dikaderkan, kerana kita boleh mengetahui potensi diri yang ada di dalam setiap orang ahli. Kita tidak boleh melaksanakan perkaderan jika ia bukan ahli kita.

3- Senang untuk mendapat dana parti. Seperti yang kita maklum wang PAS daripada ahli PAS. Wang boleh diperolehi melalui yuran dan infaq ahli.

4- Seorang ahli dia merasa sayang dengan parti. Ia menganggap PAS bukan hak mana- mana individu, tetapi hak semua ahli.

5- Seorang ahli PAS ia akan menjadi jentera penerangan. Mereka akan menangkis fitnah musuh terhadap PAS. Mereka bertindak sebagai televisyen PAS di kedai kopi atau mana-mana perhimpunan orang ramai.

Cara Untuk Memastikan Anak Menjadi Ahli Pas :

1- Apabila anak sudah baligh isilah borang ahli PAS.

2- Beri semangat kepada anak supaya meneruskan perjuagan PAS

3- Jangan menakutkan anak-anak supaya jangan terlibat dengan PAS, nanti tidak dapat kerja. Yakinkan mereka bahawa tidak ada yang susah kerana berjuang Islam. Allah menjamin hambanya yang bekerja di jalan Allah.

4- Berikan semangat bahawa kerja di dalam jamaah akan dianugerahkan keberkatan oleh Allah SWT.

5- Ajak mereka hadir ke program PAS sejak kecil lagi supaya mereka tidak kekok ketika mereka besar nanti.

6- Beri galakan kepada anak lelaki menyertai Unit Amal, anak perempuan menyertai Nisa' dan Briged Muslimat.

7- Ketika mereka masuk ke Pusat Pengajian Tinggi pastikan anak meneruskan tradisi berjamaah dengan PAS.

8- Bawa anak-anak ke Markaz Tarbiah supaya daripada kecil sudah jinak dengan PAS.

9- Berbual dengan anak-anak mengenai perjuangan supaya mereka dapat menyampaikan pula kepada orang lain. Satu perkara yang silap apabila ada ibu bapa yang tidak mahu membawa balik cerita PAS di rumah, kononnya tidak mahu anak serabut dengan perjuangan.

10- Satu malapetaka yang menimpa perjuangan PAS apabila ada ibu bapa membiarkan anak menentang perjuangan PAS dan menjadi pemimpin parti lawan.

11- Banggalah jika kita berjaya meninggalkan warisan perjuangan apabila kita menemui Allah SWT.

Friday, May 23, 2014

DEWAN PEMUDA PAS PT. SULONG MELAHIRKAN RASA SIMPATI


Dewan Pemuda PAS Pt. Sulong melahirkan rasa simpati terhadap UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia tetapi gagal dalam menyelesaikan isu hudud. DPPPS juga kecewa kerana UMNO yang dilihat sebagai parti yang dominan di dalam parti komponen BN juga gagal dalam memberikan pemahaman yang sebenar kepada rakan-rakan parti komponen yang lain terutama parti MCA.

UMNO kini cuma dilihat sebagai parti yang penuh dengan rasuah, mengenyangkan kroni dan penuh dengan sentimen perkauman yang melampau.

Oleh kerana UMNO telah mengaku mereka adalah parti yang banyak berjasa kepada perjuangan Islam di tanah air ini, pihak DPPPS ingin bertanya kepada parti tersebut selama lebih 50 tahun mengepalai tampuk pemerintaham Kerajaan Pusat, pernahkah UMNO berusaha untuk memahamkan selurh rakyat tentang pemahaman hukum hudud yang cuma mengandungi 6 hukuman sahaja seperti yang telah diperintahkan Oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagaimana bersungguhnya mereka dalam memberikan penerangan kepada rakyat Malaysia tentang perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Hal ini, masih ramai rakyat Malaysia termasuk orang Melayu Islam tidak faham tentang hukuman jenayah syariah.

Di mana para-para ulama' muda UMNO seperti  Ustaz Fathul Bari dalam menyelesaikan isu hudud?

Dewan Pemuda Pt. Sulong juga mencabar UMNO membuat penerangan tentang hudud kepada seluruh rakyat Malaysia sebagaimana PAS yang telah mengadakan pelbagai penerangan Dan wacana dalam memberikan pemahaman yang sebenar tentang hudud kepada rakyat Malaysia. Jika PAS yang kekurangan medium penerangan Namun mampu untuk menjelajah seluruh Malaysia. Gunakanlah unit penerangan anda yang serba lengkap seperti RTM, Jabatan Penerangan, mahupun TV3 dalam memberikan penerangan tentang hudud.

Wednesday, May 21, 2014

Cubaan jatuh maruah Ustaz Azhar kerja dikutuk – Dr Asri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Cubaan sesetengah pihak untuk menjatuhkan maruah Ustaz Azhar Idrus adalah kerja jahat yang dikutuk oleh agama dan akal yang sihat. 

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sesiapa yang turut mempromosi perbuatan jahat itu akan berkongsi dosa dan Allah akan memberikan keaiban atas sesiapa yang berusaha mengaibkan orang lain. 

“Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan beliau ataupun tokoh lain, namun mengada-adakan keaiban ke atas orang lain adalah dosa yang besar,” tulisnya menerusi facebook berhubung fitnah ke atas pendakwah ikon anak muda itu.

Ekoran dakwaan terhadap Ustaz Azhar menerusi facebook seorang wanita, sebuah NGO telah membuat laporan polis kelmarin. - HARAKAHDAILY 21/5/2014

Tuesday, May 20, 2014

Wacana Pengukuhan Aqidah kini di Johor!


Wacana Pengukuhan Aqidah Peringkat Negeri Johor



Tarikh : 22 Mei 2014 
Hari     : Khamis
Masa.   : 6.00 PM - 10.00 PM
Tema : Kanun Jenayah Syariah, Jaminan Keamanan Dan Keadilan

Penyertaan : terbuka kepada semua, masuk adalah percuma


Pemilihan Dyana bukti Pakatan iktiraf wanita



HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Keputusan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan kepimpinan Pakatan Rakyat mengiktiraf penglibatan golongan wanita dalam bidang politik.

Pengerusi Ameerah Malaysia, Fareedah Samad berkata, keputusan DAP meletakkan calon wanita muda pada PRK kali ini adalah tepat dan dilihat antara calon terbaik yang pernah ditampilkan parti itu untuk memperjuangkan agenda kebajikan rakyat.

"Ameerah Malaysia yakin dengan kelebihan yang ada pada Dyana, beliau akan mampu menggalas tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dengan cemerlang. Semua maklum, beliau masih muda dan cergas untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat khususnya pengundi di Parlimen Teluk Intan," kata beliau.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Dyana, Ameerah yang mewakili sayap wanita muda dalam Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) juga menyokong penuh gagasan Dyana untuk meruntuhkan tembok perkauman di kalangan rakyat di negara ini.

Gagasan ini katanya selari selari dengan agenda Ameerah Malaysia untuk membebaskan golongan wanita muda di negara ini daripada sebarang sentimen perkauman yang sempit.

Justeru beliau menyeru seluruh pengundi Parlimen Teluk Intan khususnya pengundi muda untuk memilih Dyana bagi memastikan suara penduduk Teluk Intan dibangkitkan dalam Dewan Rakyat dan kebajikan rakyat terus diperjuangkan.

"Di peringkat Ameerah Malaysia pula, kami mendoakan kejayaan besar buat Dyana dalam PRK pada kali ini dan semoga beliau terus kuat dan tabah menghadapi serangan demi serangan daripada jentera Barisan Nasional.

"Kejayaan beliau kelak merupakan kejayaan seluruh aktivis wanita muda di negara ini," katanya.

Penamaan calon hari ini mengesahkan Dyana akan melawan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dalam PRK pada 31 Mei ini.

slumber: bm.harakahdaily.net