Wednesday, July 21, 2010

Khidmat Guaman Percuma Kepada Isu Saman Ekor

Pakatan Rakyat Perak sedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah. Demikian dijelaskan oleh YB Dato' Seri Ir. Hj Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pagi tadi bersama dengan peguam Asmuni Awi. 
Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dan adun Pakatan Rakyat.Menurut Tn. Hj Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang dan juga Pengarah Pilihanraya PAS Perak, tindakan JPJ yang tidak mahu memperbaharui cukai jalan kepada pesalah saman ekor adalah bertentangan dengan peraturan dan undang-undang, pesalah saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah samada melalui pengakuan atau pembuktian pihak pendakwa. 
Tindakan ini jelas satu penganiyaan ke atas rakyat.Saman ekor melalui perangkap kamera ke atas pesalah jalanraya tidak dianggap satu kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan selagi tidak dibuktikan di mahkamah.Tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah.Pakatan Rakyat Perak melalui pasukan peguamnya bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana pesalah sama.

Saman ekor adalah untuk mengajar rakyat supaya lebih bertanggungjawab… Ya memang perlu rakyat lebih bertanggungjawab. 2013 kita tunaikan tanggungjawab kita ramai-ramai. UMNO dan BN adalah kutu anjing. Kutu ini akan hisap darah hingga anjing tu mati. Selagi anjing tu tak mati dia akan terus hisap. Percayalah cukuplah rakyat sudah cukup menderita. Kalau nak kurangkan kes kemalangan jalan raya ada banyak cara bukan dengan peras duit titik peluh rakyat. Bukan senang orang bekerja nak dapat seringgit dua...

No comments: