Friday, July 2, 2010

Berjuang Terus..


Assalamualaikum w.b.t.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Dewan Pemuda PAS Parit Sulong telah menerima sepuluh wakil yang akan pergi berjuang esok di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Antaranya ialah saudara Ismail Amar, saudara Hadi, En. Din Kepol, En. Halim Kepol, En. Zamzuri dan keluarga, saudara Mohd Faiz, saudara  Hatta Mansur dan lain - lain. Alhamdulillah,, Allah telah permudahkan mereka semua pergi menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Islam adalah agama yang syumul. Dalam Islam juga tidak ada fatwa atau dalil yang menegaskan bahawa JUDI itu halal. Malah, agama lain pun tidak meng"HALAL"kan judi. OLeh yang demikian, kita sebagai rakyat yang prihatin dan berkumpul untuk mengingatkan pemimpin dengan cara yang betul. Marilah kita bersama - sama ke Masjid Negara, Kuala Lumpur esok bagi menyokong Kempen Tak Nak Judi. Saya mengajak diri saya sendiri dan anda semua, walaupun anda dari simpang kanan atau simpang kiri atau penyokong tegar UMNO/BN anda dijemput sekali. Ini membuktikan anda SAYANGkan agama anda iaitu ISLAM atau sebagainya.

Walaupun ramai diantara kita tidak mempunyai masa atau takut kepada hukuman dunia, maka ingatlah bahawasanya Allah s.w.t Maha Adil dan Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNYA. JIka anda tidak mempunyai masa, anda juga boleh meng"INFAQ"kan atau mengeluarkan sedikit perbelanjaan  kepada mereka yang berjuang. Jika Allah mentakdirkan anda MATI, sekurang-kurangnya amal yang terakhir itu diterima ALlah s.w.t. Juga anda boleh menyumbang kearah ekonomi Islam di Parit Sulong dengan lawati :  http://ekonomisulong.blogspot.com InsyaAllah. Semoga rezeki yang kita perolehi adalah berkat dan mudah untuk bersedekah kepada yang memerlukan. AMiin..




No comments: