Monday, October 31, 2011

PC Tech : Samsung Galaxy Notes



p/s: Kalau pergi konvensyen atau Persidangan bley bawak ni.. memudahkan proses update status..

Akta AUKU 1971 Tidak Sah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wra Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) Akta AUKU.

Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu. Kesemua mereka itu telah menamatkan pengajian masing-masing bulan lepas.

Hakim Low menentang dengan menyatakan larangan itu perlu bagi mengelak ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.

Hakim Hishamuddin dalam penghakiman 21 muka surat berkata Seksyen 15(5)(a) adalah tidak rasional kerana ia menghalang pembangunan pemikiran kritis dan asli penuntut di mana objektif institusi pengajian tinggi berusaha untuk mencapainya.

Katanya universiti seharusnya menjadi tapak semaian ahli reformis dan pemikir dan bukan institusi untuk melahirkan penuntut ibarat robot.

Jelas sekali, katanya, peruntukan itu bukan sahaja tidak produktif malah menindas.

Selain itu, katanya, kebebasan bersuara merupakan salah satu hak asasi utama yang dinikmati oleh seseorang individu dan hak itu turut diktiraf dalam pelbagai dokumen hak asasi manusia seperti Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik.

Hishamuddin berkata ianya adalah asas kepada pewujudan demokrasi dan menghormati nilai diri seseorang dan kebebasan bersuara diberi status terunggul dalam perlembagaan kebanyakan negara.

Katanya beliau tidak dapat memahami cara mana seseorang penuntut yang menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik boleh memudaratkan atau membawa kesan buruk kepada ketenteraman awam atau prinisp moral.

Hishamuddin berkata kebanyakan penuntut universiti sudah mencapai usia matang di mana mereka boleh menjalin perjanjian, saman dan disaman, boleh berkahwin dan memikul tanggungjawab ibu bapa, mengundi sekira mencapai usia 21 tahun.

"Namun secara ironi, mereka dimaklumkan secara sah mereka tidak boleh berkata apa-apa yang boleh dianggap sebagai sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik,"

Panel itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 September tahun lepas yang membatalkan saman pemula penuntut berkenaan terhadap kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM dengan mencabar tindakan universiti berkenaan mengambil tindakan disiplin.

Hakim Linton dalam penghakiman 15 muka surat berpendapat seksyen itu telah melanggar Artikel 10(1)9a) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasanbersuara dan ekspresi.

"Sebuah enakmen perundangan yang melarang penyertaan dalam PRK adalah aspek penting demokrasi dan tidak dalam sebarang standard dikatakan sebagai munasabah,"

Dalam penghakiman menentang, Hakim Low berkata larangan itu adalah bagi melindungi kepentingan penuntut dan institusi berkenaan sebagai perkara menyentuh dasar dan oleh itu ianya adalah munasabah.

Katanya bukan untuk mahkamah menyatakan undang-undang itu keras dan tidak adil kerana mahkamah hanya diamanahkan dengan tanggungjawab mentafsir undang-undang.

Sebaliknya, Low berkata ia merupakan persoalan dasar yang perlu dihujah dandiputuskan oleh Parlimen.

"Secara tegas antara lain, Parlimen mungkin mahu mempertimbangkan khususnya pindaan Seksyen 15(5) dan Akta itu pada amnya supaya memansuhkan atau menyemak semula,"

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili UKM, memberitahu panel itu bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Di luar mahkamah, Muhammad Hilman menyifatkan keputusan itu sebagai 'kejutan dan bersejarah'. - BERNAMA

Friday, October 28, 2011

Ijtima' Tarbawi 2011 Uncut (Day 1)




Sumber : DPP Malaysia

Cerpen : Jangan Tinggalkan saya mama!

Jangan lupa untuk tekan butang Like & Share selepas anda baca ♥

-Suatu Kisah Yang Sedih- (Sediakan tisu sebelum baca)

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Tazkirah : Mati Husnul Khatimah


Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Thursday, October 27, 2011

Pt Warijo : Gambar Ceramah & Slot Wayang Pacak



Gambar & Slot Wayang Pacak
Ceramah Penerangan 
di Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat


Bekas Setiausaha DBP, Sdr. Hasan 

Ketua Pemuda PAS Johor merangkap EXCO Pemuda Pusat, Sdr. Suhaizan Kayat

Barisan penceramah dan pengerusi majlis


YDP PAS Parit Sulong, Ir. Hj Hairudin 

Setiausaha PAS Kaw Pt Sulong, Ustaz Ahmad Rosdi Bahari

Para hadirin yg hadir


Tazkirah : Doa Nabi Muhammad saw




Doa Nabi Muhammad saw menurut sebuah Hadith riwayat Tirmidzi:

“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepada-Mu serta cinta kepada orang yang cinta akan Kamu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (pekerjaan) yang boleh membawa kepada kecintaan kepada-Mu.”

Doa atau Hadith itu menegaskan betapa perasaan cinta sesuatu yang wujud. Cuma, keutamaan cinta itu harus dibangun dan disuburkan ke arah cintakan Allah.

Pada masa yang sama, seseorang boleh cintakan orang lain, hanyasanya harus orang yang dicintai itu seorang yang juga cintakan Allah. Juga, biarlah orang yang dicintai itu seorang yang sayang kepada amalan atau pekerjaan yang membawa kepada rasa kecintaan akan Allah...SubhanaAllah.....

Wednesday, October 26, 2011

Laporan Audit 2010 : Beli Murah, Claim Mahal


Laporan Audit 2010 - KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

  1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal

JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501


Rujuk :
http://bit.ly/tezWaz

Ijtima' Tarbawi 2011 - Trailer


Ijtima' Tarbawi 2011 - Trailer

Thursday, October 20, 2011

Jangan Jadi Hamba Emas dan Wang

BAGAIMANALAH agaknya sikap anda jika memiliki setimbun emas dan jutaan ringgit.

Ikutilah apa yg disabdakan oleh Rasulullah saw sebagai hadis berikut ini:
Abu Hurairah r.a berkata; bersabda Rasulullah saw "Andaikan saya mempunyai emas sebesar Gunung Uhud, nescaya saya lebih senang kalau emas itu tidak lebih dari tiga hari di tangan saya, kecuali jika saya meninggalkan sisanya utuk membayar hutang." (HR Bukhari, Muslim)

Rasanya kalau kitalah usahkan tiga hari, entahkan tiga puluh tahunlah tersimpan untuk dipusakai anak cucu kita.

Lihatlah Rasulullah saw mengajar para sahabatnya untuk bersikap 'zuhud'.

Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah saw: "Lihatlah orang yg dibawahmu dan jangan melihat orang yg diatasmu kerana demikian itu lebih tepat supaya kamu tidak meremehkan nikmat kurnia Allah kepadamu."

Dalam lain riwayat ada menyebut: "Jika salah satu kamu melihat kepada keduniaan (kekayaan dan benda), maka hendaklah melihat kepada yg lebih rendah daripadanya. Dalam hal dunia kami diajarkan memerhatikan orang yang lebih rendah supaya dapat menghindarkan kerisauan hati dan sifat tamak. Tetapi dalam hal akhlak dan budi serta ketaatan kepada Allah harus melihat kepada orang yang lebih taat dan berbudi dari kamu, untuk menimbulkan rasa keinginan menambahkan ketaatan dan bakti kepada Allah."

Rasulullah saw juga mengutuk mereka yang mendewa-dewakan arta kekayaan.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: "Celaka dan kecewalah hamba wang dinar atau dirham, atau hamba, perhiasan, permaidani, atau pakaian. Jika diberi dia dia @rela dab jika tidak diberi tidak rela (mengomel)." [HR Bukhari]

Dalam kitab 'Riadhus Shahilin' mengulas sikap buruk itu dengan mangatakan begini:
"Seolah-olah ketaatannya itu digantungkan kepada pemberian, jika diberi merasa puas dan taat, dan jika tidak diberi merasa kecewa. Semata-mata tidak mengerti maksud tujuan dari taat dan pengabdian diri kepada Allah."
 
-Dicedok dari Majalah Hidayah keluaran November 2011, Bil 159

Thursday, October 13, 2011

Apa sudah jadi dengan ALIS?




Kenyataan Media 
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Khamis 13hb Oktober 2011


40 Ribu Pengundi Ragu: Apa sudah jadi dengan ALIS(Agency Link-Up System) ?


Pertamanya saya mengucap syabas kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof kerana akhirnya SPR akur dengan kehendak rakyat yang mahu daftar pemilih SPR dibersihk an. Oleh itu SPR usah memperlekeh usaha Pemuda PAS membongkar segala kelemahan dalam perjalanan pilihanraya di negara ini.. Kita ada komitmen yang sama untuk mempastikan pilihanraya dapat berjalan secara bersih dan adil. Dalam kenyataan media yang terbaharu Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof telah mendedahkan bahawa terdapat 40 ribu pengundi yang diragukan. Sedangkan sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR bahawa terdapat 50 ribu pemilih yang sedang disiasat. Saya tidak tidak pasti bagaimana 10 ribu pemilih hilang secara tiba-tiba.


SPR akan menyiarkan senarai 40 ribu pengundi yang diragui dalam media kerana terdapat identiti yang meragukan dan terdapat pemilih yang telah meninggal dunia. Sebelum ini SPR begitu berbangga kerana mempunyai sistem yang dihubungkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikenali sebagai ALIS (Agency Link-Up System). Sudah pastilah JPN mempunyai pengkalan data yang paling canggih dalam negara kita. Saya mempunyai beberapa persoalan yang perlu di jawab oleh SPR dan JPN :


1. Mengapa perlu dipaparkan kesemua 40 ribu pemilih yang meragukan kepada media sedangkan JPN memiliki semua data warganegara Malaysia? Bukankah SPR dan JPN sepatutnya sudah mampu membezakan antara pengundi asli dan pengundi palsu? Apakah JPN tidak memiliki identiti semua warga negara Malaysia ?
2. Mengapa SPR perlu memaparkan 40 ribu pemilih untuk mengenal pasti pengundi yang telah meninggal dunia? Apakah JPN tidak memilikinya? Jika JPN tidak memilikinya, kenapa JPN begitu lemah sehingga rekod warga negara yang telah meninggal dunia pun tidak dimiliki? 
3. Mengapa baru sekarang SPR menyedari pemilih yang meragukan ? Apakah sebelum ini SPR tidak menyedarinya ? Kalau tidak menyedarinya bagaimana status pilihan raya ke-12 yang penuh dengan daftar pemilih yang tercemar?
4. Apakah SPR sudah tidak yakin dengan JPN kerana kelemahan sistem pengkalan datanya ? Kalau SPR tidak percaya kepada JPN, apa perlunya ALIS yang menjadi penghubung antara SPR dan JPN?
5. Apakah perancangan SPR untuk mengatasi masalah JPN yang lembab ? Apakah SPR bersetuju agar Menteri Dalam Negeri yang menjada JPN meletakan jawatan ?


SUHAIZAN BIN KAIAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA.

Ingatan Untuk Pejuang Allah

 


PESANAN IMAM HASSAN AL-BANNA :-

" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "

Memo kepada Polis Segamat




MEMORANDUM MENDESAK AGAR TINDAKAN TEGAS DIAMBIL DENGAN SEGERA TERHADAP KUMPULAN REMAJA/BELIA BERMOTOR

DARIPADA : Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Negeri Johor (DPPNJ)
________________________________________________________________
KEPADA : Ketua Polis Daerah Segamat
Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat,
Polis DiRaja Malaysia

TARIKH : 12 Oktober 2011
bersamaan 14 Zulka’edah 1432

LATAR BELAKANG ISU

Dalam beberapa siri ceramah dan program penerangan anjuran Parti Islam Semalaysia (PAS) Johor, wujud sekumpulan remaja/belia bermotor yang seringkali melakukan kekacauan dan provokasi sehingga berlaku insiden melibatkan kemalangan dan kecederaan.

Kejadian termasuklah semasa:

1. Fasa berkempen sewaktu Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N 05 Tenang;
2. Ceramah umum Timb. Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Bin Sabu pada 7 Oktober 2011 yang lalu di daerah Labis, Segamat; dan
3. Ceramah umum Timb. Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Bin Sabu pada 10 Oktober 2011 yang lalu di Segamat.

Walaupun kelakuan ala-ala ‘samseng jalanan’ ini sudah berlaku berulang-ulang kali, namun tiada sebarang siasatan dan tindakan yang serius dilihat telah dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menghentikan aktiviti tidak bermoral kumpulan ini.


Kesan daripada keadaan ini:

1. Program ceramah dan penerangan yang dianjurkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak dapat dijalankan dengan lancar akibat gangguan bunyi motorsikal kumpulan remaja/belia bermotor ini;

2. Para hadirin yang menyertai program ceramah dan penerangan berasa kurang senang, terancam dan tidak selesa;

3. Provokasi yang dilakukan oleh kumpulan remaja/belia bermotor ini membangkitkan emosi dan kemarahanpeserta program sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tdak diingini seperti jerit-menjerit, laung-laungan caci-maki, tindakan seperti membaling batu dan objek-objek yang boleh mencederakan dan sebagainya; dan

4. Provokasi yang dilakukan juga mengundang pergaduhan sehingga melibatkan kecederaan. Seorang daripada anggota Jabatan Amal Pemuda PAS Johor bernama Sdr. Shahril Bin Sulaiman telah mengalami kecederaan semasa provokasi yang dilakukan oleh kumpulan remaja/belia bermotor ini pada siri ceramah umum Timb. Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Bin Sabu, 7 Oktober 2011 yang lalu yang bertempat di Dataran Ciku Mala, Labis.



DESAKAN KAMI

Justeru, Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Johor dengan ini mendesak Ketua Polis Daerah Segamat, Johor agar:

1. Menjalankan operasi siasatan terperinci berkaitan aktiviti dan gerakan tidak bermoral kumpulan remaja/belia bermotor ini termasuklah individu yang terlibat, master mind dibelakang kumpulan ini dan pihak yang memberi jaminan keselamatan kepada mereka;

2. Mengambil tindakan yang tegas ke atas kumpulan remaja/belia bermotor ini bagi mencegah kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa akan datang; dan

3. Melaksanakan kedua-dua tindakan (siasatan dan tindakan tegas) tersebut dengan kadar yang segera.

Rumah Anak Bekas PM


KEDIAMAN SEORANG TIMBALAN MENTERI BN, MUKHRIZ MAHATHIR. BERAPA LA IN-COME UNTUK TINGGAL DI RUMAH SEBEGINI. 

Luar Negara : Brunei Mahu Segerakan Hudud


Negara Brunei Darulsalam Mahu di segerakan Perlaksanaan Hukum Hudud....Negara Brunei mempunyai 40% penduduknya cina dan lain-lain bangsa bukan Islam sanggup melaksanakan Hukum Hudud. Ini Reality bukan Fantasi lagi

Tetapi Negara Malaysia yang di pimpin oleh UMNO yang mejority kuasa dan penganut Islam itu melalui Najib berkata "Hukum Hudud tidak akan di laksanakan di Malaysia kerana di sebabkan "Bukan Berpaksikan Reality"...Umno menolak Hukum Hudud kerana takot dengan hukum hudud kerana kebanyakkan Umno-umno banyak berbuat maksiat dan dosa sebagai penjenayah Hudud. Hanya penjenayah Hudud sahaja yang takot terhadap Hukum Allah itu. Hanya penjenayah Hudud sahaja yang menentang kuat Hukum Islam itu di sebabkan mereka tidak mahu dan takot di adili dengan hukum hudud.

Tahniah buat Negara Brunei dan Sultan Brunei yang perihatin terhadap hukum Islam yakni Hukum Allah yakni Hukum AlQuran dan Sunnah itu. Nak harapkan Umno???....kalau boleh di padam ayat suci alQuran yang terkandung Hukum Hakam Islam itu....sudah semestinya Umno akan padam. Umno bukan setakat padam lagi kebenaran dan kesucian Islam itu...Umno akan kencing dan membuat kertas najis Kertas suci itu sebagai Penentang Hukum Allah.

Umno lebih hina dan lahnat lagi daripada Bukan Islam yang tidak tahu Kebenaran Hukum Allah dengan menolaknya......heheehehe - Diambil dari www.fb.me/

Kejayaan PAS Kedah Tadbir Negeri


UMNO Jeles, Kejayaan Kerajaan PR Buat Rakyat


UMNO JELES DENGAN 
KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT

BN- BARANG NAIK, PR-PRICE REDUCED 

Sunday, October 9, 2011

Usrah Jemaah Anak Muda: PENYAKIT DI KALANGAN AKTIVIS GERAKAN ISLAM

Usrah Jemaah Anak Muda: PENYAKIT DI KALANGAN AKTIVIS GERAKAN ISLAM: Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan dirinya telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat dengan label professor, doktor dan sebagainya. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal.
Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan–kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.
Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfaat atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya. Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.

Kenapa Perlu Dengki Dengan Guru?

Saya petik dari satu blog:

Kenapa Perlu Dengki Dengan Guru?
Kerana guru lah kita menjadi apa yang kita jadi sekarang ni..

UNTUNGNYA PARA CIKGUTak payah score SPM dapat merasa gaji 3-4 ribu.
Tak payah sakit otak, mudah diangkat jadi pemimpin politik.
Tak payah buat research gaji boleh juga cecah 7-8 ribu. Hanya perlu buat ijazah/master. ITUPUN dlm mass comm.
Itu belum dikira jadi cikgu pintu belakang.
Hidup tak perlu susah payah dapat merasa kereta dan rumah mewah. Itu pun banyak komplen lagi

RUGINYA PEKERJA SWASTA
Aku pula dikerah score SPM dan belajar di luar negeri jurusan nuclear engineering.
Dapat segulung ijazah dan menganggur berbulan-bulan.
Dapat kerja tah apa-apa, tak ada kena mengena dgn ijazah aku.
Gaji setakat RM2400 sektor swasta dgn kenaikkan rm100 setahun.

HAKIKAT PEKERJA SWASTA BERIJAZAH
Siapa yg membela kami ?
Kerajaan hanya tahu menyedut duit kami melalui LHDN. Duit yg disedut diberi kpd sector awam.
Apa kelebihan kami menggunakan kemudahan awam berbanding pekerja sektor awam?
Bila kami berhijrah kami dituduh tidak patriotik?
Tapi sedarkah kerajaan betapa bangsatnya hidup kami.
Dikala susah tak tahu kemana mahu mengadu.
Sesetengah yg ber-ijazah hidup seperti org yg tak lulus SPM.
Aku cadangkan kerajaan mansuhkan semua sector pekerjaan dan wujudkan hanya sector perguruan kerana hanya sektor ini sahaja pada firasat kamu yg banyak menyumbang kpd Negara Malaysia ini.

Sekian Terimakasih

BN adalah Barang Naik, PR adalah Price Reduced


Lajnah Pengguna PAS Negeri Johor hari ini telah melancarkan Kelab Protes BN = Barang Naik Peringkat Negeri Johor. Pelancaran kelab ini disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato' Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Muar, Parit Pechah, Muar.


Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Dr. Mohamad Taslim, ADUN Maharani, Ybhg. Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Kawasan Muar, YBhg. Tuan Haji Malik Mohd Diah, timbalan YDP PAS Kawasan Muar, wakil dari Lajnah Pengguna PAS Johor dan wakil pimpinan PAS Johor, YBhg. En. Yatin Sarpan, Ketua PKR Cabang Muar, pimpinan Pakatan Rakyat Muar, Pemimpin Masyarakat dan NGO.


Muar merupakan destinasi pertama kempen Kelab Protes BN di negeri Johor. Selepas ini, jelajah Kelab ini akan bergerak ke seluruh Negeri Johor bermula esok.


Kenaikan tarif utiliti bebankan kita & JCorp.


ADUN Maharani, YB Dr. Mohamad Taslim memulakan ucapan beliau dengan ungkapan "BN adalah Barang Naik, PR adalah Price Reduced."


Krisis kenaikan harga yang melanda negara ketika ini sangat membebankan rakyat Marhaen. Di Johor, rakyat dibebankan dengan kenaikan tariff air yang tertinggi di Malaysia sedangkan Kerajaan PR Selangor mampu menyediakan kemudahan bekalan air percuma untuk rakyatnya.


YB Dr. Mohamad turut mendedahkan sekali lagi mengenai JCorp yang sehingga kini menanggung hutang sebanyak RM 6.4 billion. Sedangkan dalam masa yang sama, JCorp adalah merupakan antara syarikat yang hebat, menerima banyak anugerah.


YB Dato' Mahfuz diteruramah oleh Sinar Harian


Tahun depan JCorp perlu melunaskan bond terbitannya yang akan matang bernilai RM 3.6 billion. Mentri Besar Johor telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa JCorp tidak akan menjual aset-aset besar miliknya. 


Dari maklumat yang diterima oleh YB Dr. Mohamad, JCorp akan menerbitkan bond baru bernilai RM 2.5 billion bagi melunaskan bond bernilai RM 3.6 billion itu yang akan matang tahun depan. Adakah ini cara pengurusan yang bertanggungjawab? Menggunakan kaedah "gali lubang,tutup lubang".


YB Dato Mahfuz pula memulakan ceramahnya dengan menjelaskan mengenai sebab PAS menubuhkan kelab ini.


"Krisis Kenaikan Harga Barang adalah merupakan persoalan kelaparan dan makanan yang menjadi keperluan kita.Kos sara hidup telah meningkat dengan mendadak ketika ini. Peningkatan perbelanjaan juga boleh menyebabkan krisis keluarga, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan kecurigaan suami terhadap isteri," ujarnya.


Tambah beliau lagi, "Kaum isteri sekarang ini berhadapan dengan kesukarannya untuk berbelanja barang keperluan dapur dengan wang saku pemberian suami. Namun begitu, adalah bukan satu rahsia lagi bahawa kaum wanita sememangnya bijaksana dalam berbelanja dan berjimat-cermat.


Isu peningkatan kos sara hidup ini lebih besar. Bukan hanya sekadar harga barang naik namun ia turut melibatkan perbelanjaan pendidikan anak-anak yang meningkat, harga tarif utiliti yang semakin mahal dan lain-lain.


Walhal pendapatan rakyat kekal ditakuk yang sama dan kecil namun perbelanjaan keluarga semakin meningkat. Ini menyebabkan berlakunya defisit terhadap poket rakyat.


Peratus Kenaikan Harga Barang dari 2008-2011. Gula Pasir mengalami kenaikan sebanyak 66% dalam tempoh ini. Ayam 1 kg bersih naik sehingga 37%. Susu bayi 1.8 kg mengalami peningkatan sehingga 28%. Teh tarik dan Roti Putih pula 25% dan 20% masing-masing. Hal ini berlaku, Kerajaan Pemerintah telah mengurangkan subsidi atas barang -barang keperluan tersebut.




Apabila berlaku defisit dalam Belanjawan, Kerajaan Pemerintah telah berbelanja hampir RM 100 juta sebagai yuran Konsultan Luar Negara untuk menubuhkan Makmal Rasionalisasi Subsidi. Tugas konsultan ini amat mudah sekali apabila memberikan cadangan untuk pengurangan subsidi sedikit demi sedikit kerana ketika ini subsidi yang ditanggung Kerajaan Pemerintah adalah tinggi. Adakah masuk akal cadangan sebegini dibayar dengan harga RM 100 juta.


Subsidi pertama yang ditarik adalah subsidi petroleum. Ini adalah punca utama sebabkan kenaikan harga barang. Ini dipanggil kenaikan berangkai. "Mana ada barang yang boleh dihantar guna tikar terbang P. Ramlee. Zam Zam Ala Kazam, barang pun sampai ke kedai, tak perlu guna lori," seloroh YB Dato' Mahfuz.


Punca sebenar defisit belanjawan adalah kerana negara tiada kemampuan untuk membayar hutang. Bukan kerana subsidi. Kalau kita menguruskan ekonomi dengan baik dan telus, kita akan mampu menjelaskan hutang mengikut jadual dan memberikan subsidi dalam masa yang sama. 


Contohnya Kedah. Walaupun tidak mempunyai hasil yang banyak tapi Kerajaan PR Kedah tidak membuat pinjaman baru dengan Kerajaan Persekutuan dan masih mampu membayar hutang yang dibuat Kerajaan BN dahulu mengikut jadual. Hal ini adalah kerana ketelusan dan kecekapan urus tadbir Kerajaan PR Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak.


Ketirisan dan kebocoran yang berlaku ini telah menyebabkan masalah defisit ini semakin buruk. Malaysia mempunyai hasil yang banyak. Sumber carigali minyak, percukaian dan lain-lain. Apabila Pemimpin Negara tidak amanah adalah punca kemelut ini. Sekiranya Pemimpin Negara ini amanah, sudah pasti Allah akan mengurniakan barakah.


Malahan, apabila kita berinfaq, Allah akan memberikan rezeki berlipat kali ganda. Itulah barakah Allah. Kerana itu, Islam menyatakan "tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima."


Pemerintah hari ini langsung tidak memikirkan bagaimana untuk menampung perbelanjaan agar tidak berlebihan. Pemerintah yang ada hari ini mengamalkan Politik Tidak Amanah . Pakatan Rakyat akan menukarkan politik Pemerintah hari ini kepada Politik Amanah


Defisit Belanjawan Negara boleh dikurangkan tanpa mengambil daripada rakyat. Ini barulah dinamakan kebertanggungjawaban. Memang benar dalam Islam membenarkan perkara ini berlaku namun selepas Pemimpin berkorban dahulu. Ini pemimpin kaya raya sebaliknya rakyat dihimpit semahu mungkin.






YB Dato' Mahfuz turut mendedahkan persoalan mengenai kerja-kerja penambahbaikan bangunan Parlimen yang sedang dilaksanakan sekarang ini. Projek ini adalah menggunakan sistem runding terus. Sekiranya kalau tidak mahu melaksana open tender sekalipun, gunalah selective tender setidak-tidaknya.


Projek Bangunan Sementara Parlimen ini telah diserahkan kepada syarikat bernama TRC iaitu sebuah syarikat yang membina rumah untuk mantan PM, Tun Abdullah Badawi yang bernilai RM 11 juta. Kerajaan melalui JKR telah menetapkan harga siling iaitu RM 24 juta namun tiada syarat-syarat agar kos ini tidak meningkat naik. Akhirnya, apabila bangunan sementara ini siap, kosnya telah meningkat kepada RM 31 juta sedangkan perabut-perabut dan peralatan di dalamnya adalah merupakan barang-barang sedia ada sebelum ini.


YB Dato' Mahfuz turut menyentuh mengenai jumlah bayaran bil Elektrik bagi Kediaman Rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang bernilai RM 160 ribu sebulan, dan bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi ini bernilai RM 32 ribu sebulan. Ini menunjukkan betapa pembaziran yang banyak berlaku, sedangkan dalam masa yang sama, Pemerintah menyuruh rakyat untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan air.


Belanjawan Pakatan Rakyat 2012


YB Dato' Mahfuz juga telah mendedahkan kandungan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 seperti yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen siang tadi. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Belanjawan PR ini adalah melibatkan penjimatan RM 14 billion dari kadar yang dibelanjakan oleh BN, namun, melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat
Untuk kandungan penuh Belanjawan Pakatan Rakyat 2012, sila klik [SINI]


Goods and Service Tax (GST)


YB Dato' Mahfuz turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri telah menyebut bahawa GST memang tidak dapat dielakkan perlaksanaannya selepas Pilihanraya Umum nanti. Ketika ini, tidak semua rakyat dikenakan cukai. Hampir 70% dari jumlah rakyat Malaysia adalah tidak layak dikenakan cukai, namun apabila GST dilaksanakan, 85% daripada rakyat akan terheret untuk membayar cukai. Majoriti barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai menjadikan peningkatan kos sara hidup yang ketara. 


Beliau turut berseloroh, GST adalah Gasak Sampai Terlentang. Apabila mereka mula gasak, kita, rakyat biasa inilah yang akan terlentang sambil disambut gelak tawa hadirin yang hadir. Penyelesaiannya adalah rakyat harus buat perubahan. UMNO umpama cicak yang tersepit di celah pintu. Khurafat Politik Masyarakat Melayu sedang terhakis dengan dahsyat ketika ini ekoran asakan dari PAS selama 60 tahun ini. Pakatan Rakyat juga dengan memanfaatkan penggunaan teknologi ICT telah berjaya mendidik rakyat untuk memahami pelbagai isu yang melingkari dan cuba dimainkan oleh UMNO/BN. UMNO/BN cuba untuk melagakan hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, namun rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai.


Hudud, Melayu dan UMNO


Rakyat mendapatkan buku album Kenangan 9 Julai


Beliau mengakhiri ucapannya dengan berbicara mengenai persoalan Hudud dan juga Melayu. Beliau memperjelaskan bahawa Karpal Singh dan DAP berbeda pendapat dengan PAS berhubung isu Hudud ini kerana DAP merasakan bahawa Hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi Perdana Menteri menolak Hudud atas alasan Hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk manakala Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan suasana negara belum cukup kondusif untuk melaksanakan hukum hudud. Persoalan yang dibangkitkan adalah, adakah PM dan TPM sebagai orang Islam ingin mengatakan bahawa Hukum Allah ini tidak sempurna? Inilah salah satu contoh kemunafikan politik UMNO.


UMNO telah membuktikan bahawa mereka tidak pernah ikhlas memperjuangkan Islam dan juga dalam masa yang sama UMNO turut menggadaikan kepentingan Melayu. Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan kuota Melayu/Bumiputera, namun menariknya kata-katanya semula dan menuduh wartawan memanipulasi kata-katanya. Memang hak Melayu/Bumiputera telah lama pupus semenjak zaman Tun Mahathir lagi. Kuota Pendidikan digantikan dengan sistem meritokrasi, MRSM dibuka 10% kepada bukan Bumiputera dan Matrikulasi juga turut dibuka kepada bukan Bumiputera. 


Antara contoh-contoh yang diberikan ini, adakah orang Melayu hari ini masih perlu bergantung harap kepada UMNO? Hak Melayu/Bumiputera tidak diperjuangkan lagi, Islam pun tidak diperjuangkan, jadi apakah relevannya UMNO kepada orang Melayui sekarang ini? soal beliau menutup ucapannya malam tadi.


Dalam majlis ini juga, Lajnah Penerangan PAS Pusat telah mengedarkan buku album Kenangan 9 Julai sebagai memperingati perhimpunan Bersih 2.0.