Wednesday, June 30, 2010

Kenapa Mesti Datang 03-Julai-2010 ni?



Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 yang lalu, maka rakyat perlu pergi ket ahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon, Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.

Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.

Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam(seperti) menyokong judi dalam negara.

Suhaizan Bin Kaiat 
Setiausaha 
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Kempen Tak Nak Judi 3 Julai 2010







Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan seluruh anggota hadir beramai2 untuk mberi sokongan padu kpd usaha & kempen "Tak Nak Judi" anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi [GMJ] yg akn mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Judi pada : -

3 Julai 2010 [ SABTU ]
Jam : 2.00 Petang
Perkarangan Masjid Negara KL


Jumpa anda di sana!

p/s: Bagi sesiapa dari kawasan Parit Sulong yang ingin turut serta sila hubungi Sdr. Ismail Amar di talian 019-7292300. Tempat terhad. Para malaikat bersama kita semua. Amiin..

Tuesday, June 29, 2010

Al-fatihah..


Tengah hari tadi, saya telah mendapat satu SMS (khidmat pesanan ringkas) lagi berita sedih dari seorang sahabat kita, iaitu Hamidi Sukiban. Melaluinya, salah seorang AJK DEwan Ulama Johor dan Ketua Urusan Ulama Batu Pahat, al-Marhum Ust. Mekraj Patani telah kembai kerahmatullah alaih..

Bersama-sama kita menyedekahkan al-fatihah buat beliau.
Al-fatihah..

Sunday, June 27, 2010

Makluman Terbaru : Himpunan Tak Nak Judi

Kenyataan Media
Ahad | 27 - Jun - 2010
Himpunan Tak Nak Judi

Memandangkan masih banyak lagi judi dalam negara (Malaysia) GMJ (Gerakan Membantah Judi) memutuskan Himpunan Rakyat pada 3 Jul 2010 jam 2 ptg di Masjid Negara diteruskan atas nama Himpunan Tak Nak Judi.

GMJ berpendapat jika pihak kerajaan boleh membatalkan lesen judi sukan maka pihak kerajaan sememangnya mampu membatalkan lesen-lesen judi yang lain secara berperingkat. GMJ mengajak semua pihak daripada pelbagai agama dan bangsa tampa mengira fahaman politik agar dapat bersama dalam himpunan ini. Perhimpunan ini sangat penting bagi mempastikan rakyat Malaysia bebas daripada judi. Sesungguhnya judi adalah bertentangan dengan semua agama dalam dunia ini. Judi boleh meruntukan masyarakat dan negara.

Suhaizan Kayat
Pengerusi
Gerakan Membantah Judi

Saturday, June 26, 2010

Angkuh, Sombong dan Bodoh!


Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! … itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam Negara. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : ” Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah”. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.
Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil – kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak – agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .
Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir?

Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan membantah Judi [GMJ]. Semua mereka adalah berbangsa Cina dan bukan Islam.
Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian, tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada Negara.
Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan. Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara.
DPPP menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara 

Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan. Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan. Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan. Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan. Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut, curi, rompak dan bunuh serta membunuh diri.

Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi. Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri. Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya untuk berdikari.
Justeru itu sekali lagi DPPP menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyertai Himpunan Aman 100K pada 03hb Julai 2010 dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong.
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

UMNO sudah takut!!!

UMNO sudah takut! 
Mereka sekarang seperti sudah takut pada RAKYAT.. 

Ini adalah pernyataan tepat dalam membuktikan Perdana Menteri telah bermesyuarat dengan Majlis Tertinggi Umno bagi mengharamkan judi..? Kenapa yer? Tetiba je.. adakah..??


Walaubagaimanapun, Demo Bantah Judi tetap akan diadakan.. Sebab:

  1. Walaupun judi bola diHARAMkan oleh UMNO, adakah?? “Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.-Suhaizan Kayat"
  2. Kenapa hanya negeri kelantan boleh hapuskan kedai jual arak, judi tetapi tidak dihapuskan di negara Malaysia ini? Adakah sebab Kelantan diperintah oleh PAS? PAS/UMNO juga adalah beragama Islam tetapi kenapa tidak dihapuskan? Walaupun Perdana Menteri berkata "Keputusan ambil kira pandangan masyarakat, agama, politik"

Perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai depan bagi membantah pemberian lesen judi sukan akan tetap diadakan tetapi dijadikan sambutan meraikan kemenangan.
 

Bagaimanapu
n menurut Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ), mereka akan membatalkan hasrat untuk berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat (kanan) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar.
“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan,” katanya ketika dihubungi.
Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam.
Katanya, penjelasan itu perlu berikutan keputusan pembatalan hanya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan ataupun jemaah menteri.
“Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno,” kata Suhaizan.
“Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.
“Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.

Thursday, June 24, 2010

Nasi Lemak Kecil dan Nasi Lemak Besar

Bismiilah, pembuka bicara..

Ya Allah,bukakanlah pintu hati kami menggapai redhaMu..

"Along,sekejap lagi,belikan Bihun goreng dekat kedai kak Zah ya"pesan Ummi seusai mengerjakan solat subuh.

"Kedai Kak Zah?"

"Kedai Kak Zah sebelah kedai ikan Ah Soon tu"balas ummi.Ummi segera bersiap untuk ke sekolah,untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.tugas yang mulia tahu?

"Oh,okey.."

Pagi itu,sunyi sepi.ye lah,semua ke sekolah.sekarang bukan musim cuti sekolah.kalau Syafiq nak ke sekolah buat apa?Buat sibuk?

hahahhahaa(ketawa macam penjahat)

selesai mandi,maka berangkatlah syafiq ke kedai kak Zah.hati tertanya,kenapa bihun Kak Zah yang menjadi pilihan.Sedapkah?Apa yang luar biasanya?Isi daging gajah ke?Entahlah,syafiq pun belum pernah merasa.Kalau sesiapa yang ingin merasa bihun yang digelar bihun Kak Zah,datanglah ke pekan Sanglang yang terletak di utara kedah.pekan Sanglang sebarang pekan tau..!!

Promote sempena cuti-cuti Malaysia..

Balik di kedai Kak Zah,Bila ditanya pada pemilik kedai,jawapnnya bihun tak ada.Kecewanya hati Tuhan yang tahu.penatnya aku bergaya semata-mata nak beli bihun Kak Zah rupanya tak ada!!Sedih!!kecewa!!Segalanya bercampur baur.Hati menggumam,aduhai......

Motor Yamaha 1000 cc pun dihidupkan.Pantas meredah angin lalu sampai ke warung terdekat untuk membeli nasi lemak.Dicapainya beg plastik berwarna biru dicapai.Aku mencapai sebungkus nasi ayam.Kemudian,mata melirik,ingin memilih nasi lemak bilis dan telur pula.

"Uish,nak pilih yang mana ni?Yang besar ke yang kecil?"hati bertanya.lantas,aku mencapai sebungkus nasi lemak yang kecil,dua nasi lemak yang bersaiz besar.Selesai membayar,aku pun pulang dengan hati yang girang.

Setelah selesai membancuh teh kosong dengan sedikit perahan limau nipis,aku mencapai nasi lemak.Sebungkus nasi lemak yang kecil dan sebungkus nasi lemak yang besar.Mula-mula,aku habiskan nasi lemak yang kecil dulu.


Bismillah...Syukur kepada Allah atas rezeki ini...

"Sedapnya sambal tumis ni!nasi pun terasa lemak peahan santannya.Pandai masak.."Puji hati kepada tukang masak nasi lemak kecil.

bila habis je nasi lemak kecil,dicapainya pula nasi lemak bersaiz besar.mesti sedap ni.Hati meneka..

Dibukanya nasi lemak yang besar lalu aku jamah.

"Alahai,tak de la sedap sangat pun."Hati mula komen yang bukan-bukan.jangan tiru macam saya!

Pasti pembaca tertanya-tanya,baki dua nasi lemak lagi nak bagi kat siapa?

berhenti makan sebelum kenyang!

Adakah mesej ini yang cuba disampaikan.?Tidak ye,maaf..

maaf sangat sebab muqadimah dah panjang.baiklah para pembaca,mari...

mari,duduk sebelah Syafiq,kita bicara.Kita muhasabah.Kita hitung diri.Kita bicara tentang hati..Jom?

Apa kaitannya dengan nasi lemak?nasi lemak kecil?nasi lemak besar?

Inilah bicaranya bermula..

Kita sibuk mengejar ilmu.Ya,ilmu itu penting.ilmu lebih penting dari segala-galanya.bagaimana kita nak beribadah jika kita tiada ilmu tentang ibadah?

Dewasa kini,begitu ramai graduasi yang lulus berpangkat tinggi dari universiti tempatan.Tidak kurang juga yang membawa pulang sijil bertauliah dari universiti terkemuka luar negara.Tak lupa juga yang membawa pulang sijil nikah dari luar negara,sekurang-kurangnya mereka tidak terjebak dengan maksiat.Alhamdullillah.Ramai antara mereka yang berjaya.Syukur....

tetapi,berapa ramaikah yang benar-benar ber'ilmu' jika dibanding dengan mereka yang tidak berilmu?

Saidina Ali krw pernah berkata,"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"

Pohon tidak berbuah?Seumpamanya pohon mempelam(juga dikenali sebagai mangga) di belakang rumah.Kalau tidak berbuah,apa kita akan buat?Adakah kita akan makan daun?Sudah tentu kita mahukan buahnya bukan?tetapi kalau tidak berbuah,apa kita akan buat pada pohon itu,pasti kita akan tebang dan menggantikan dengan pohon yang benar-benar boleh menghasilkan buah.

Itulah realitinya.hari ini,kita lebih memilih kepada tebalnya himpunan sijil daripada tebalnya pengamalan ilmu di dalam diri.Kita lebih memilih kuantiti daripada kuantiti.

kita kaitkannya dengan solat.Ya,kita tahu rukun Islam itu mestilah menunaikan solat fardhu bahkan kita tahu balasan meninggalkan solat.kalau tak tahu tentang tu,saya beritahu....

baca di bawah ya...(^^,)

Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak – gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

haa..lepas ni jangan buat tak tahu ya?

Apa gunanya walaupun kita mendapat A+ di dalam kelas jika solat kita tinggalkan..?Amalkan ilmu kita ya.Nak dengar cerita lain pula.Ada cerita mantap lagi..!!

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al khatab,terdapat sekumpulan kanak-kanak sedang riang bermain.Lalu,mereka mendapat tahu bahawa saidina Umar sedang melalui kawasan itu.lantas,semuanya lari bertempiaran.Saidina Umar terkenal dengan ketegasannya.Tinggal seorang kanak-kanak yang masih terus bermain tanpa menghiraukan Saidina umar.lantas,Saidina Umar pun bertanya,

"Ya anakku,mengapa engkau tidak lari daripadaku?"

kanak-kanak kecil itu menjawab."mengapa aku harus lari,sedang engkau juga makhluk Allah sepertiku?Engkau tidak mampu mendatangkan mudarat kepadaku melainkan dengan izin Allah."

Para pembaca yang dimuliakan Allah,

seandainya diberi pilihan,yang mana pilihanmu,nasi lemak sedikit tetapi sedap ataupun nasi lemak besar yang banyak?

pilihlah sendiri...

Tuesday, June 22, 2010

Istimewa Buat Yang Tak Bantah Judi

Senarai Kerajaan Negeri, Pertubuhan Politik, NGO, Individu yang Membantah Judi





SENARAI KERAJAAN NEGERI 
YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

Kerajaan Negeri Kelantan


 Kerajaan Negeri Selangor


Kerajaan Negeri Kedah


Kerajaan Negeri Pulau Pinang


SENARAI PERTUBUHAN POLITIK 
YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

Parti Islam Semalaysia(PAS)

Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Tindakan Demokratik(DAP)

 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) JOHOR

GERAKAN

SENARAI NGO YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN
1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)
6. SATNA
7. Jemaah Islah Malaysia(JIM)
8. Jamaiy

9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak(BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia(PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas(PAR Kempas)
18. SHURA
19. Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG)
20. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia
21. Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
22. Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan
23. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia(Perkid Malaysia)
24. Persatuan Peguam Syarie Malaysia
25. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
26. GMJ Negeri Kedah (30 Keangotaan)
27. GMJ Negeri Perak (10 Keangotaan)


SENARAI INDIVIDU 
YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN
Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi 
Bekas Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon
Presiden Gerakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dato Abdul Ghani Bin Othman
Menteri Besar Johor

Dato Tamrin Ghafar – Bekas Pengerusi Mara(Anak Tun Ghafar Baba 
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

Dato’ Dr. Toh Kin Woon 
Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Sohibu As Samahah Datuk Mohd Tahrir Bin Datuk Kiyai Samsuddin
Mufti Kerajaan Negeri Johor

Sdr. Mohd Radhi Mat Din 
Bekas Ketua Pasukan Bola Sepak Kedah

** Nota : Senarai sokongan diatas adalah berdasarkan laporan media sehingga 22hb Jun 2010.


 Diambil dari: Sdr. Suhaizan Kayat [LINK]

Pencuri Kain Kafan



Diriwayatkan ada seorang lelaki yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginannya untuk bertaubat kepada Allah SWT.

Dia berkata: "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku melihat tujuh perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat berkenaan. Lantaran aku berasa insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat".
 "Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kearah kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada malam hari, aku lihat wajahnya memaling dari arah kiblat. Mengapa terjadi demikian hai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Lantas ahli ibadah itu menjawab: "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka daripada menghadap kiblat, bagi membezakan mereka dari golongan muslim yang lain."

Sambung pemuda itu lagi: "Golongan kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok ketika dimasukkan ke liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu: " Mereka itulah yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat adalah amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat maka sempurnalah segala amalan kita yang lain."

Pemuda itu menyambung lagi: " Golongan ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak dari perutnya itu.

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda." balas ahli ibadah itu lagi.
"Golongan keempat, kulihat mayat yang bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu hai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu: " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada ibubapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada anak yang derhaka kepada ibubapanya."
"Bagaimana pula golongan yang kelima? Aku lihat ada pula mayat yang kukunya panjang hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya."

"Mereka adalah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Ketika hidup, mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari bukanlah termasuk dari kalangan umat baginda." jelas ahli ibadah itu.

Berkata lagi pemuda itu: "Golongan keenam yang aku lihat, sewaktu siang lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali kubur itu, aku lihat mayat itu terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang sangat busuk baunya."

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya." jawab ahli ibadah tadi dengan ringkas.

Akhir sekali, pemuda itu bertanya mengenai golongan yang terakhir yang dilihatnya: " Wahai guru, golongan terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah: " Mereka ialah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan disisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepada Allah jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah sekalipun.

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN JADIKANLAH PEDOMAN WAHAI SAHABAT....

'DAN BERILAH PERINGATAN, SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU AMATLAH BERGUNA KEPADA KAUM MUKMININ'

Cinta Marah vs Cinta Benci

"Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum.

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita…"

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian… Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya…"

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"

"Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!"

www.u-jam.blogspot.com

Umno Masuk PAS


“Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar agama."

"Cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong."?

”Saya nasihatkan (orang UMNO) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS.”

"Saya redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain".

"Saya sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS."

"Saya menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi."

”Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS."

”Sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau agama."


"Sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.Persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.

“Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan ada pilihanraya."

“Ini adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi. Saya beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.

"DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.Baru ni kami telah mengadakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS."

“Tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,”jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS."

Untuk makluman anda,Saya diatas ialah saudara N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Kosong atau Berisi?

alhamdulillah..marilah sama2 kita hayati kisah teladan ini...buat renungan bersama..insya Allah..

.........Al-kisah................

"Sayang, tengok nih..Cantiknya Al-Quran nih..Warna keemasan..Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga..Warna unggu keemasan..Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil..

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran..Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran..

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah..

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil..Tergelak Jamilah..Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil..Prihatin..

"Apa yang saudara cari tu..Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih..Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

"Oh, kami cari Al-Quran..Nak buat hantaran..Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil..

Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah..Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum..

"Aa..... aa.... lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab..Jamilah sudah di sebelah rak yang lain..

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran...Kesian Al-Quran...Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah...

"Alah, pakcik nih..Kacau daun pulak urusan orang muda..Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya..

"Oh, baguslah..Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman..Ada tafsiran lagi" cadang pakcik..

Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

"Ala, besar lah pakcik..Kami nak pilih nih..Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan..Saiznya kecil..

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut..

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel..

Nabil kelihatan serba salah..Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba..

Hari yang dinantikan sudah tiba..Mereka sudah bersolek..Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan..Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut..Pak imam baru sahaja sampai..

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema..

Nabil bagai hidup semula..Dirinya terkejut..Jantung bagai gugur serta merta..Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan..Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam..Mukanya berseri-seri..Janggutnya putih..Jubah putih..

Rambutnya ada yang berwarna putih..

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad..

"Pak...... Ustaz... kabar baik, pak..... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil..Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu..

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil..Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad..Kelihatan orang ramai mengiyakan..Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib..

Nabil menelan air liur..Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya..Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih..

"Ss....... su.... surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri..Jamilah masih melihat dari tepi tirai..Memegang kepalanya..Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja..Baca 3 ayat Surah ArRa’d" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi..

"Surah Ar Ra'd?! Apa benda nih” detik hati Nabil..

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil..

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan..Ada yang keluar dari rumah menahan gelak..Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan..Ada yang menggeleng-geleng kepala..Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya..Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas..

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran..Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassy aitaanirrajim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad..

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya..

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran..Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran..Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran..Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula..Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad..

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca..Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat..Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri..Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya..

Hari semakin cepat berlalu..................... Nabil sudah melalui hari-hari yang indah..Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.. "Pit!.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.." SMS dari ustaz Sa’ad tiba..Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil...

alhamdulillah...

apa yang kita dapat pelajari dari kisah di atas?..(^_^)

sebelum bernikah..maka check diri terlebih dahulu..adakah sudah mempunyai isi? atau hanya bekas yang kosong sahaja?..(^_^)

kalau tak nak nikah, tak perlu muhasabah diri (check diri)? ish..tak boleh..kena check juga..sebab nanti nak balik..ke nak balik dalam keadaan diri tak terurus?..(^_^)

selamat bermuhasabah diri...insya Allah..wallahua'lam..


Dari : http://u-jam.blogspot.com/

Aku terlanjur


Bagi Mereka yang Terlanjur..

Bagi yang telah terlanjur berbuat dosa dan maksiat, janganlah berputus asa. Sesungguhnya rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu, sentiasa menanti taubatnya. Allah SWT. berfirman dalam surah al-Zumar ayat 53.
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah pernah memberi harapan kepada hamba-hambanya telah terbabas ini. Anas bin Malik telah menceritakan dengan berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda :

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي 


غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Maksudnya :
Allah Tabaraka wa Ta`ala telah berfirman : Wahai anak Adam, sekiranya engkau berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, nescaya aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli – wahai anak Adam – walaupun dosa kamu itu mencapai puncak langit, lalu kamu meminta ampun kepada-Ku, nescaya aku akan mengampunkannya. Aku (juga) tidak peduli – wahai anak Adam – kalau kamu datang kepada-Ku dan kesalahanmu seberat bumi, lalu engkau datang kepada-Ku – sedangkan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu, nescaya aku akan memberikan keampunan kepadamu.”
HR. Al-Tirmizi.

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Abu Zarr mendengar Nabi bersabda :

قَالَ مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya :
“Tiada seorang hamba yang mengatakan : Tiada Tuhan melainkan Allah, kemudian ia mati, melainkan ia akan masuk syurga.”
HR. Al-Bukhari dan Muslim

Mendengar hadis tersebut, Abu Zarr bertanya : “Walaupun ia telah berzina dan mencuri ?. Rasulullah menjawab, “Ya, walaupun ia telah berzina dan mencuri.” Abu Zarr seperti tidak percaya dengan apa yang diungkapkan Rasulullas SAW. itu sehingga ia menyoal Rasulullah dengan soalan yang sama sampai tiga kali. Dan Rasulullah SAW. pun menjawabnya dengan jawapan yang sama.

Wednesday, June 16, 2010

Pekerti Mat Rempit Lagi Tinggi dari Gadis Tudung Labuh

Kisah ini diambil dari seorang sahabat U-JAM. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masih teringt zaman berkonvoi utk pulang ke kampung,perjalanan yg biasa memenatkn itu terubat melihat gelagat rakan2 yg bersama dgn saya,kami penuh dgn telatah dan aksi yg menghiburkn,biasalah kami golongn pendapatan sederhana nak tukar tayar motor pun saving berbulan2,tp skrg ramai rakan2 saya yg sudah berkereta sbb dah ada karier masing2,cuma saya je masih setia dgn motor putih berlogo "TUAN GURU NIK AZIZ",sudah dua tahun ia menjadi binatang tungganganku,ALHAMDULILH........

kami biasa berhenti di R&R termerloh utk solat,mengisi minyak dan minum utk melegakn keletihan di selitkn dengan senda gurau,kebiasaannya kami sampai di termerloh pada waktu tengahari ,perjalanan kami biasa tidak di rancang tetapi sudah menjadi kebiasaan maka ia tampak terancang,pada hari itu keadaan di R&R temerloh mmg di luar kebiasaan krn terlalu ramai org jadi kami duduk di kaki lima di sebelah tempat kami parking motor kerana tak mahu menganggu mereka yg berkeluarga singgah di situ,mereka lebih berhak utk mendapat tempat yang berteduh dan berbangku krn mereka membawa anak2 yg masih kecil.....

"seperti sebuah kisah RASULULLAH S.A.W mengimamkan solat dan terdengar tangisan anak kecil lantas RASULULLAH S.A.W memendekkan bacaan dalam solat Baginda,dan setelah solat para sahabat bertanya dan Baginda menjawab yang Baginda tidak mahu ibu kepada budak yg menangis itu gelisah dalam bersolat sehingga tidak khusyuk menunaikan solat itu"
dalam bersolat pun RASULULLAH tetap bertolenrasi dengan haq kerisauan ibu2,ini kan pula DI R&R ini,kami tunaikan haq mereka sebagai saudara moga2 haq kami ALLAH mudahkan di kemudian hari...

sedang kami rancak berbual dan bersenda,lalu seorang perempuan yang bertudung labuh,putih mukanya,mancung hidungnya,kami segera memperlahankan suara kerana menghormati dia yang tampak TAWAJJUH dalam beragama kerana mungkin dia seorang USTAZAH yang mengajarkn perkataan ALLAH,kami hormati beliau.....

setelah dia berlalu kami menyambung perbualan seperti biasa,dan kebetulan air saya sudah habis,di sebabkan desakan dahaga mendatang maka saya pergi ke gerai runcit untuk membeli air,dan di situ saya ternampak gadis bertudung labuh tadi sedang sedang membeli air bersama kawannya...

saya masuk ke gerai itu dan dalam diam saya memasang telinga mendengar perbualan perbualan si gadis itu,
"ish sibuklah mat rempit kat depan tu rimas aku! dah la tak bayar tol huh"
kawan dia tampil menambahkan lauk perbualan,
"betol2,aku tengok diorang yang bawa motor tu macam nakal je,aku selalu dengar mat rempit ni jahat,rompak sini ragut sana sini"

hurm,terasa kagum dengan imaginasi mereka.namun olahan perbualan mereka membuatkn hati ini sedikit terluka,
saya tampil sedikit ke depan seperti mahu memotong mereka dari barisan ke kaunter pembayaran,dan ketika itu saya sengaja jatuhkn air kotak yang saya pegang,dan itu menyebabkan bucu air kotak itu sedikit cacat,
"makcik kalu air kotak ini penyek mcm ni,air kat dalam still ok ke?
makcik di kaunter menyambut
" alah selagi tak bocor eloklah ia"
saya pun membalas kata2 makcik itu,
ha pandai pun makcik,macam manusia juga kan? luaran dia dengan insan dalaman dia dengan tuhan macam firman ALLAH dalam surah al hujurat ayat 13,saya membaca ayat itu dengan sedikit terketar2 ( almklumlah saya bukan al hafiz)
"manusia di ciptakn pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenal"
"hai manusia,sesungguh kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku supaya kamu saling kenal mengenal,sesungguh org yg paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah org yang paling bertakwa di antara kamu,sesungguhnya ALLAH maha mengetahui lagi maha mengenal"

"org yg paling mulia di sisi ALLAH di antara kamu yg paling bertakwa"
jadi walupun luaran buruk,jahat dan macam mat rempit tapi takwa dia tak de org nampak,takwa itu dia dengan ALLAH,kan cik kan?? tak kan lah sebab tak bayar tol,terus kata jahat,hehehehehe nah duit ni makcik,saya nak pergi merempit dulu yea,saya beli,
saya tinggalkan gerai itu tanpa menghiraukan gadis itu dan kembali bersama rakan2 yang lain,
pelik saya dengan pandangan gadis itu pada kami,
pakaian kami?alhamdulilh tutup aurat siap glove lagi,
apa salah kami ea?
kacau dia pun tidak......

biarlah mulut orang dan hati orang,yg tahu spekulasi,
bersyukurlah kamu di murahkan rezeki,mendapat tunggangan yang beratap
yang di tutup rapi,tunggangan kami nilah melenguhkan semua sendi2,
alahamdulilh inilh rezeki kami,
insyallah kami tidak mendengki,
sebab rezeki ayam tampak di kaki,
rezeki kami belum tentu lagi.......

pesanan: ana sampaikn cerita ini dalam ujam ini bukan utk memburukan dan bertudung labuh krn ana pun bertudung labuh i(insyallah buat masa ini) tetapi cerita ini membuka minda ana,yg tk semestinya yg dibungkus semua dgn elok dan cantik itu di dalamnya amat cantik dan manis,so sama2 lah kita perbaiki diri kita semua agar di luar cantik dan di dalam sama2 cantik dan manis dan berakhlak mulia.....semoga dpt manfaat pada rakan2 dalam ujam ni...

MUTIARA KATA: DAUN BURUK TIDAK PERNAH NAK DI PANDANG,
WALUPUN SEBENARNYA BERSAMA DIA
DAUN LAIN TIDAK BURUK
SETIAP YANG DATANG
ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN.....

HASIL NUKILAN: hamba ALLAH,moga2 dirinya di rahmati ALLAH
selalu dan sentiasa dalam iman dan islam,amin.....

selamat membaca semua, assalamualaikum dari ana HALAWATUL IMAN.........