Friday, July 16, 2010

Buat Baik Berpada-pada, akhirnya UMNO makan rakyat..

  Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuat kuasa mulai tengah malam ini. Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan "penyelarasan harga" subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan sendiri oleh Najib.

Kata Najib kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal sedangkan para pemimpin UMNO dan BARISAN NASIONAL hidup dalam kemewahan.

27 Mei lalu,Idris Jala pernah berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman. Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

NAH!..

Menaik-kan harga barang untuk manfaat semua rakyat adalah taktik kuno dan mengarut untuk menghalalkan tindakan pemerintah. Subsidi kepada rakyat adalah satu beban manakala untuk kroni-kroni adalah sebagai bentuk "bantuan" dari sudut pandang mereka. Inilah 'double standard' yang diamalkan oleh kerajaan pemerintah hari ini.

Soalnya,kenapa subsidi tidak diteruskan kerana itu lebih menjamin faedah di terima secara langsung oleh rakyat. Kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL selamanya gagal mendengar bahawa rakyat mahu menikmati ekonomi yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Kerajaan sepatutnya mangambil pendekatan yang lebih terkehadapan dan bukannya membebankan rakyat dengan mengurangkan subsidi.

Banyak lagi pendekatan patut diambil seperti langkah mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran kewangan kerajaan, memotong elaun menteri yang melampau, lawatan-lawatan menteri yang membazir, benteras rasuah,penyelewengan. Perbelanjaan untuk sesuatu yang tidak membawa manfaat pula wajar dihentikan terus. Sekiranya perkara ini dilakukan, rakyat akan nampak kesungguhan kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL dalam menangani isu ini. Namun ternyata UMNO DAN BARISAN NASIONAL ini tidak pernah berubah..hanya omong kosong yang tidak bermakna bak kata orang pantai timur hanya sekadar "Angin Syurga"

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin harus memilih untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN pada PRU ke 13 akan datang demi kesejahteraan semua. Jangan teragak agak lagi. Rebahkan UMNO dan BARISAN NASIONAL! Buktikan bukan UMNO dan BARISAN NASIONAL sahaja yang mampu memerintah Malaysia ini.
LAWAN TETAP LAWAN!!
ALLAHUAKBAR!!

4 comments:

Sutera Biru said...

Guna pakar ekonomi rimba dan menghukum dengan hukum rimba maka itulah kenyataan yang keluar. Ini bukan tahun tahun 60,70-an..cakap apa sahaja semua orang angguk...Diberi bantuan jika sokong UMNO dan BN. Jika pemerintah bersungguh sungguh mahu membantu maka kemiskinan dapat dikurangkan.. langkah ini seperi kembali ke zaman kuno. Mencipta kemiskinan ... See Morebaru dengan harapan rakyat terus berpaut pada pemerintah. Meletakkan rakyat dalam keadaan tersepit...walhal mereka beroleh keuntungan dan kekuatan secara tidak lansung mendepani PRU.

Tok Heritage said...

Jika anda bapa atau emak kepada anak-anak bujang anda yang dijemput untuk hadir ke majlis retrade PLKN anjuran Datuk Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, bagi tahulah kepada anak-anak anda supaya jangan pergi.

Untuk makluman Zahid sengaja mengadakan program ini untuk brainwash anak-anak muda ini tentang terhakisnya kuasa orang melayu dan minta mereka... See More menyertai UmNo dan menyokong Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum nanti.

Inilah usaha UBN setelah gagal memikat anak-anak muda yang sama menyertai dan menyokong parti UmNo walau pun kononnya mereka ikut serta dalam program 1Malaysia.

Pandai anak-anak muda ni mereka menunjukkan seperti menyokong Najib untuk mendapatkan sesuatu tetapi menolak parti pimpinan Najib.... syabas.

Posted by Sekretariat Parlimen Kota Raja

http://p111kotaraja.blogspot.com/2010/07/retrade-plkn-jangan-pergi-perangkap.html

pemuda sulong said...

Banyak lagi pendekatan patut diambil seperti langkah mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran kewangan kerajaan, memotong elaun menteri yang melampau, lawatan-lawatan menteri yang membazir, benteras rasuah,penyelewengan. Perbelanjaan untuk sesuatu yang tidak membawa manfaat pula wajar dihentikan terus. Sekiranya perkara ini dilakukan, rakyat akan ... See Morenampak kesungguhan kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL dalam menangani isu ini. Namun ternyata UMNO DAN BARISAN NASIONAL ini tidak pernah berubah..hanya omong kosong yang tidak bermakna bak kata orang pantai timur hanya sekadar "Angin Syurga".

Yes, ini yang patut kerajaan pertimbangankan terlebih dahulu sebelum menaikkan harga barangan dan perkhidmatan di negara kita.

... kenaikan gaji juga menyumbang kepada kenaikan harga barangan, harus juga diberi perhatian kerana rakyat biasa yang paling teruk menerima impaknya..

(أحمد تجاري عثمان) said...

Aikk!!! minyak naik sungguh la. Hang pa lepas ni siap sedia laa. Rantaian kenaikan barang-barang dan perkhidmatan akan menyusul. lepas ni teh tarik naik harga!, roti canai naik harga!, semua barangan dan makanan yang dok ada kat pasaQ malam naik harga!. TeluQ naik harga!, cikedis naik harga!, roti tawaQ naik harga!, karpet pakistan naik harga!, TOL naik harga!,upah angkat tong gas pun nanti akan naik harga!, sampai la masuk tandas nak kencin pun naik harga!!.