Pemimpin-pemimpin inilah yang manjadi pembela secara tidak rasmi kepada golongan yang mempromosi Inter Faith Commission (IFC) , Artikel 11 , tidak wajar dikawal moraliti dan monogami (lawan bagi poligami).
Apa yang penulis nyatakan ini bukan sekadar tuduhan tidak berasas sebaliknya ianya boleh dibuktikan dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Umno tersebut yang boleh disahkan melalui keterangan lisan dan dokumentari.
Marilah kita lihat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno berikut:-
A. Kenyataan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim
Semasa merasmikan seminar Interfaith di Hotel Equatorial Bangi, Selangor pada 24 Februari 2005 Dr Rais Yatim telah berkata seperti berikut:-
"While believing that we are not here to express severe and bigoted subjective findings against fellow Malaysians who happen to embrace religions other than our own, one salient point seems to run through a collective endeavour such as this. And that is, no one ought to say and claim that his religion is the best to the exclusion of others. To say this would annihilate the intent of equality and basic humanity." (lihat infoline Majlis Peguam di m/s 8 - 10 )
(Terjemahan)
Tidak boleh mana-mana orang boleh mengatakan atau mendakwa bahawa agamanya adalah yang terbaik sehingga mengenepikan agama - agama lain. (Bila kita) bercakap begini bermakna akan memusnahkan niat persamaan (agama) dan asas kemanusiaan.
Ucapan ini sekaligus menafikan hak orang Islam untuk mendakwa agama Islam lebih baik daripada agama-agama lain. Ertinya semua agama adalah sama. Orang Islam tidak boleh mendakwa ketinggian (superiority) Islam meskipun ketinggian Islam itu dijamin oleh Allah SWT. di dalam Al Quran melalui ayat-ayatNya seperti berikut:
a) "Sesungguhnya Al-Deen di sisi Allah adalah Islam" - (Al- Baqarah)
b) "Pada hari ini telah Aku Sempurnakan agamaKU untuk kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan telah Aku reda Islam sebagai Deen kamu - (Al Maidah 5:3)
c) "Barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup nescaya Allah tidak akan sekali-kali menerima cara hidup tersebut dan di akhirat kelak mereka termasuk orang-orang yang rugi."
d) Dan Dialah (Allah) yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang sebenar untuk agama itu mengatasi agama-agama lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik (Al-Saff : 9)
b) "Pada hari ini telah Aku Sempurnakan agamaKU untuk kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan telah Aku reda Islam sebagai Deen kamu - (Al Maidah 5:3)
c) "Barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup nescaya Allah tidak akan sekali-kali menerima cara hidup tersebut dan di akhirat kelak mereka termasuk orang-orang yang rugi."
d) Dan Dialah (Allah) yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang sebenar untuk agama itu mengatasi agama-agama lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik (Al-Saff : 9)
Yusuf Al Qardahwi di dalam bukunya 'Mawqiful Islam al-'aqdi min kufri al-yahudi wa annasara (Pendirian Islam secara aqidah berhubung kekufuran Yahudi dan Kristian )' ketika mengulas ayat Al-Saff di atas menyatakan, "wa ma'na hadza ghalabatul Islam 'ala kulli al-adyan wa minha deen ahlil kitab." (maksudnya: "makna ayat ini kelebihan Islam ke atas agama-agama lain antaranya agama ahlul kitab (Yahudi dan Nasara) ( lihat m/s 31 ).
B. Kenyataan Dato' Nazri Aziz
Di dalam program dialog bersama peguam yang diadakan di auditorium Majlis Peguam 22 Februari 2006 Malaysiakini melaporkan:-
"Nazri told the audience that the race in getting the votes has led the political parties such as Umno and PAS using Islam as its platform in doing things that, said Nazri , we do not believe in.
"Umno was forced to use Islam in order to garner votes and we are doing a disservice to our nation . We are led into doing something that we don’t believe."
(Terjemahan)
"Umno dipaksa menggunakan Islam bagi mendapatkan undi dan kami tidak memberi apa-apa khidmat kepada masyarakat. Kami didorong melakukan sesuatu yang kami tidak mempercayai atau beriman dengannya."
Saya telah memberikan komentar saya terhadap kenyataan Nazri tersebut seperti berikut:-
Apa yang didedahkan Nazri ini menjadi bukti yang sahih dan kuat bahawa Umno tidak dapat lagi bertahan untuk terus berpura-pura kepada rakyat negara ini tentang sikap sebenar mereka terhadap Islam.
Satu keperitan dan kesakitan yang amat sangat Nazri dan Umno rasakan apabila bersikap berpura-pura ini. Ibaratnya kalau Umno dahulu terpaksa bertopeng bagi melindungi wajahnya yang hodoh kini topeng yang lama dan mungkin sudah busuk dan berulat itu terpaksa ditanggalkan dan kini orang telah dapat melihat wajar sebenar pemakai topeng tersebut. Amat hodoh!
Pendedahan Nazri mengajar kepada kita tentang perlunya orang Islam mengetahui dan memahami Islam dari satu segi dan permainan politik golongan sekular Islam dari satu segi yang lain bagi mendapatkan undi.
Bagi Umno dan juga mana-mana parti sekular di negara-negara umat Islam keyakinan bahawa Islam adalah satu kepercayaan yang perlu dipegang, didokong, disokong dan dilaksanakan di dalam seluruh kehidupan manusia adalah suatu yang tidak penting dalam perjuangan mereka.
Apa yang penting bagi Umno adalah untuk terus berkuasa di dalam negara ini mereka mesti juga bercakap dan bertindak seolah-olah mereka juga mahukan Islam meskipun mereka sendiri tidak mempercayai ajaran Islam itu sendiri.
C. Kenyataan Dato' Azalina Osman
Ketika soal jawab bersama para pelajar di Majlis Perasmian Minggu Mesra Siswa (MMS) di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) di Shah Alam pemimpin Umno ini telah menyatakan berkaitan hukum hudud antara lain:-
"Kalau laksana hukum hudud, ramai yang kudung tangan, bila kudung tangan susah nak beribadat, macam mana nak solat? Kalau laksana hudud, ramai orang Islam yang kudung sedangkan orang bukan Islam tak kena potong tangan. Jadi masyarakat akan lihat ramai orang Islam yang jahat. Jadi orang akan kata Islam ini jahat sedangkan orang tak lebel pun pencuri yang bukan Islam."
Kata-kata tersebut telah diberitahu kepada penulis oleh seorang pelajar UiTM yang turut hadir dan mendengar sendiri ucapan pemimpin Umno tersebut.
Jelas kata-kata Azalina tersebut lahir daripada mahkluk Allah yang jahil dan buta tentang perundangan Islam. Ia menunjukkan seolah-olah perintah Allah yang mengarahkan pemotongan tangan ke atas pencuri adalah satu lawak jenaka yang layak dipersendakan.
Jika hukuman potong tangan yang ada nasnya secara qat'ie boleh dipersendakan begitu rupa oleh pemimpin Umno apa lagi harapan yang kita boleh sandarkan pada Umno untuk mendaulatkan Islam.
D. Kenyataan Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melanjutkan operasi kelab malam, restoran dan pub sehingga pukul 5 pagi sebagai usaha menarik pelancong asing.
Dalam keadaan masyarakat muda yang hanyut dan rosak akhlak mereka oleh budaya hedonisme pemimpin Umno yang pernah memegang saham judi di Pahang ini sanggup mencadangkan idea yang busuk untuk terus-menerus menghancurkan masyarakat dan akhlak di negara ini.
Sumber : S.A.T.F
No comments:
Post a Comment