Saturday, July 24, 2010

Lagi Projek UMNO terbengkalai disiapkan


Kegagalan kontraktor Khidmat Makmur Sdn. Bhd. menyiapkan tiga projek di bawah rancangan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akhirnya diambil alih oleh kerajaan Selangor.
 
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tiga projek yang dimaksudkan adalah projek pembinaan 120 unit rumah kuarters MBSA bernilai RM1.4 juta;  Kondominium Sri Putri bernilai RM1 juta dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium tersebut.

 [CONTOH GAMBAR DI NEGERI SEMBILAN]

Ujarnya, langkah kerajaan itu semata-mata bertujuan mengurangkan beban berpanjangan membayar sewa beli kediaman masing-masing yang ditanggung rakyat sejak tahun 14 tahun lalu.

Sedangkan, tambahnya, pihak tertentu dalam MBSA pada era Umno BN memerintah kerajaan negeri sanggup memberikan tender secara rundingan langsung kepada seorang kontraktor yang juga orang kanan Umno negeri.

"Kuarters MBSA 0 peratus siap, bangunan komersial (Kondominium Sri Putri) siap hanya 60 peratus, stesen minyak dekat dengan kondominium pun 0 peratus siap," tegasnya pada satu kenyataan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

"Sepatutnya MBSA terima RM95 juta dari pembangunan tersebut, mengapa MBSA boleh beri tender secara langsung pada kontraktor sebegini."
Bercakap pada kenyataan yang sama, ahli majlis MBSA, Azli Yusof mendedahkan, Khidmat Makmur turut menggadai dua bidang tanah milik MBSA demi menjana modal alternatif.

"Kerana tak ada duit, pihak tersebut cagar dua bidang tanah pada bank sedangkan tak dibawa 
berbincang dalam mesyuarat majlis dan tiada kelulusan pun," ujar beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.

"Sebab dana RM75 juta, mereka tak ada (untuk selesaikan projek), di cagar pada bank."
Sehubungan itu, beliau mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menyiasat skandal tersebut.

"Apa yang jadi persoalan, bagaimana rundingan itu dijalankan dengan tidak ikut syarat-syarat, tidak diambil tindakan oleh SPRM.

"Kenapa tidak ada siasatan daripada SPRM, kalau Pakatan Rakyat, sedikit-sedikit aduan pun kena (siasat)," soal beliau.

Sumber : S.AT.F

Prepare For The War


Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? 
Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 199...8, kepada RM4...7 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. 
Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. 
Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.
Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.
Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas. - MerdekaReview,
 
"Biarkan.....
UMNO mampus dgn penyakitnya sendiri. PR jgn cuba-cuba ubati penyakit UMNO. Jgn cuba nak tunjuk kesian. Melayu tetap kuat dan kukuh dgn adanya.PR. Melayu sudah ramai meninggalkan UMNO. PR jgn terpengaruh. UMNO.kini sudah senak dan cirit birit. Cuma tunggu masa saja untuk dimasukkan.ke hospital kerana mengidap buasir yang sudah sampai tahap kritikal......

Siapa curi pasir


SEMUA WAJIB DATANG!!!

Thursday, July 22, 2010

Status Ahli UMNO terbaru


"Siapa kata? Tidak betul. Saya tidak dapat terima ada pihak kata meluat kepada UMNO. Tidak betul. Kita parti terbesar bagi orang Melayu. Ahli kita ramai. Selepas pemutihan jumlahnya ialah 3,186,850. Mereka ini sayang kepada UMNO".



?y=2010&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Ke-Takburan bercampur riak akan membawa padah...jika benar Melayu masih sayang suka Umno...kenapa diPerak TS mufti dipergunakan mereka untuk beralasan demi menyatukan orang melayu..??? kalau menyatukan bermaksud ada yang terpisah,terpecah,terbahagi antara pihak-pihak...Mulut berkata lain,hati terasa lain,kaki tangan semuanya ke-lain...Begitu-lah UMNO yang nampak suka tapi amat berduka...

PROTOKOL - PROTOKOL ZIONIS YAHUDI DIDLM MALAYSIA

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Protokol Pertama


Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.


Protokol Kedua


Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.


Protokol Ketiga


Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.


Protokol Keempat


Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-

Wednesday, July 21, 2010

Dinner : Tabung Impian Rakyat Malaysia [TIRAM 2010]





 Makan Malam Mega 
Tabung Impian Rakyat Malaysia

Tarikh: 7/8/2010 (Sabtu)
Masa: 8.00mlm-11.00mlm
Tempat: Stadium Melawati Seksyen 13, Shah Alam Selangor

Perlancaran oleh :
1. YAB Dato' Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

JUALAN TIKET - HUBUNGI:

Khairol - 013-366 6106
Zulfadlee - 019-213 4151
Isma - 019-282 5716
Ani - 03-5510 4611

Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi



'TIADA angin tiada ribut'. Tiba-tiba sahaja Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat pengumuman bahawa beliau sedang menimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Ketika ditanya lanjut oleh agendadaily, laman portal pro-Umno, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, "Pada waktu ini saya lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal. Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously considering."

Khairy menafikan beliau merajuk, tetapi beliau mahu memberi peluang kepada orang-orang baru. Katanya, walaupun usia baru mencecah 36 tahun, namun tiga penggal dalam pemuda sudah terlalu lama. Beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh dua tahun.



Namun, Khairy mengakui bahawa 'politic is a big boy’s game. Its not child’s play'. Juga beliau akui tiada perlunya bersikap terlalu idealistik atau terlalu berharap.

Mengapa agaknya Khairy bersikap sebegini? Apakah baru sekarang beliau sedar, beliau tidak diperlukan dalam Umno dan tidak berpeluang dilantik menganggotai Kabinet?

Tindakan Khairy ini mencetuskan andaian. Mungkin juga ia satu usaha beliau menarik simpati, sambil memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, melantik duduk dalam kerajaan, dalam suatu rombakan yang dijangka akan dilakukan dalam waktu yang terdekat ini.

Walaupun pelantikan jawatan dalam Kabinet merupakan perogatif PM, namun Khairy ada hak kerana beliau dalam Ketua Pemuda Umno. Tambahan pula Naib Ketuanya sudah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Malah pesaing yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno juga sudah dilantik jadi Timbalan Menteri. Beliau 'habuk pun tak ada'.

Selepas setahun lebih Najib mengambil alih jawatan PM dari bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy masih tidak diberi peluang dalam kerajaan.

Tanpa jawatan dalam kerajaan, Khairy sukar untuk bergerak. Beliau tidak ada platform untuk meraih sokongan juak-juak dan kroni. Beliau tiada bajet untuk 'membela' kroni.

"Dulu masa dia Naib Ketua dia ada bajet besar, maklumlah masa tu bapa mertua dia PM. Orang kata masa tu kalau Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) lawat bahagian, bawa 30K (RM30 ribu), dia akan cover balik dengan 70K (RM70 ribu).

"Sebab tu dia dapat pencalonan besar sebagai Ketua," kata seorang bekas Ketua Pemuda Umno bahagian kepada penulis.

Penulis pun tidak dapat memastikan sama ada dakwaan pemuda Umno ini benar atau tidak, wallahua'lam. Tetapi yang pasti Khairy disabitkan dengan kesalahan mengamalkan politik wang.

Beliau didapati bersalah, tetapi dilepaskan dengan amaran. Nak tahu banyak mana, kena tanya Jawatankuasa Disiplin Umno.

Apa pun, amalan 'membela' kroni dalam Umno adalah perkara biasa dalam sebuah parti yang mengamalkan politik wang. Setiap kali pembesar turun ke bahagian, maka 'bergayut-gayutlah' juak dan kroni menanti habuan.

Untuk seseorang pemimpin menaburkan habuan kepada juak dan kroni, mereka harus mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan ataupun menjadi pengarah kepada berpuluh-puluh buah syarikat milik kerajaan.

Maka dalam keadaan Khairy tidak berjawatan, dalam keadaan sekarang beliau dijangka tidak mampu untuk 'maintain' juak dan kroni. Jika adapun yang boleh dihulur, barangkali tidaklah selebat dahulu.

Isunya di sini, bukan soal memberi peluang kepada orang baru, hakikat sebenarnya yang Khairy tidak harus sembunyikan ialah sebaik sahaja Abdullah melepaskan jawatan PM, masa depannya dalam Umno sudah terlalu gelap.

Khairy tidak harus lupa bagaimana beliau dan bapa mertuanya 'disumpah-seranah' dengan teruknya oleh ahli-ahli Umno akibat kekalahan besar Umno-BN pada PRU ke-12, 8 Mac 2008.

Memang tidak patut diletakkan kesalahan kepada Abdullah dan Khairy, yang ditolak rakyat bukannya mereka berdua sahaja, tetapi Umno dan Barisan Nasional keseluruhannya.

Tetapi Umno tidak mahu mengakui hakikat ini. Mereka mahu mencari 'kambing hitam'. Abdullah sudah menjadi mangsa. Kali ini giliran Khairy pula. Orang-orang Umno tidak akan 'duduk diam' selagi Khairy tidak 'dihapuskan'.

Umno mengamalkan pemusatan kuasa. Ketika Abdullah berkuasa, semua orang mahu jadi orang Abdullah. Cantas mencantas berlaku. Pelantikan anggota Kabinet, malah Menteri Besar pun harus 'orang Pak Lah'.

Pendek kata, sesiapa yang menjadi PM dan Presiden Umno ketika itu, ianya adalah era dia 'beraja dan bertakhta' dalam Umno dan kerajaan.

Pemusatan kuasa dalam Umno ini, dilakukan sejak zaman Mahathir memerintah.

Kali ini zaman Najib berkuasa, orang-orang Abdullah, anak beranak, penyokong dan kroni yang melakukan onar dalam tempoh Abdullah berkuasa, harus dibersihkan. Kecuali mereka-mereka yang menjadi 'talam dua muka' dan golongan yang 'mencari makan' dalam Umno.

Oleh itu, dalam keadaan sekarang sukar untuk Najib melantik Khairy dalam Kabinet selagi 'musuh sebenar' beliau, Tun Mahathir Mohamad masih hidup.

Mungkin juga Najib hendak beri peluang kepada Khairy, tetap beliau mungkin tidak akan tahan apabila 'orang tua' itu mula membebel.

Maka dengan sebab itu Khairy tiada pilihan lain. Sama suka atau tidak beliau terpaksa melepaskan jawatan sama ada sampai dua tahun atau tidak, bergantung kepada keadaan.

Antara sebab yang mendorong beliau mengundurkan diri, pertama, sebab beliau tidak dilantik dalam Kabinet. Pengaruh Mahathir begitu besar dalam hidup Najib sehingga menyukarkan beliau membuat keputusan.

Kedua, jika ada pemilihan Ketua Pemuda, barangkali beliau tidak mendapat pencalonan yang mencukupi. Waktu pemilihan merupakan kesempatan terbaik bagi musuh untuk 'menghapuskan hayat politik' beliau dan gesaan untuk beliau meletakkan jawatan sudah kedengaran dalam Pemuda Umno sekarang.

Ketiga, oleh kerana akan tiada jawatan, tiada pengaruh lagi, mungkin juga menjelang PRU ke-13, beliau tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Rembau.

Dan keempat, barangkali Khairy sedar bahawa Umno sudah tiada masa depan. Umno-BN ibarat 'tongkang pecah' menanti hendak karam. Oleh itu sebelum beliau tenggelam bersama Umno-BN, baik dia berundur dahulu.

Apa pun Khairy sebenarnya bernasib baik kerana, beliau dapat bertahan lebih lama daripada Abdullah. Kalau diikutkan kehendak Mahathir dan musuh-musuhnya, mereka mahu kedua mertua menantu itu merudum sama-sama.

Dalam keadaan Abdullah sudah kehilangan kuasa, Khairy ibarat 'anak ayam kehilangan ibu'. Beliau tiada tempat bergantung, tidak dikehendaki dalam Umno. Berada dalam situasi sebegini amat menyukarkan beliau untuk melaksanakan tugas Ketua Pemuda Umno.

Masalah yang menimpa Abdullah dan Khairy, tidak harus dilihat dalam aspek yang terpencil. Pemerintahan Abdullah mencetuskan banyak persepsi negatif terhadap beliau, keluarga dan kroni. Ia harus dijadikan iktibar buat semua yang pernah berkuasa.

Semua pemimpin politik harus mengambil iktibar. Sesiapa pun yang berada di tampuk kuasa, atau pernah digelandangi dengan kekuasaan, tidak harus dilihat tamak, bongkak dan mementingkan diri, keluarga serta kroni.

Hakikatnya, kita harus sedar bahawa kekuasaan, kekayaan dan pengaruh, bukan milik kita selamanya.

Ambillah pengajaran dari firman Allah (mafhumnya):
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Surah Ali Imraan, ayat 26)

Semua pihak yang berseteru dalam Umno, sama ada Mahathir atau Khairy, atau sesiapa sahaja harus sedar bahawa, Umno-BN sudah tiada masa depan dalam negara 
dan TIDAK RELEVAN.

Trend pada waktu ini, masa depan rakyat Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat.

Untuk Umno, mereka boleh berebut jawatan, mereka boleh tumbangkan semua orang-orang Abdullah, mereka boleh melakukan pembersihan sesuka hati dalam Umno kerana Najib berkuasa.

Buatlah apa pun, sebelum Umno-BN 'dibersihkan' oleh rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Politik Murahan UMNO - KJ


PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

Saya ingin menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.

PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.

Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.

Ini, dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.
PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin.

Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam.

Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS.

UMNO sertai Pakatan Rakyat


Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan (pembelit berita) di muka depan akhbar Umno itu hari ini yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuda PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporannya hari ini, Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Namun akhbar itu sangat tidak beretika apabila memetik tulisan Nasrudin tetapi menukar istilah yang digunakan Nasrudin.


(Gambar: Ada niat jahat dalam laporan akhbar ini apabila menukar petikan asal dengan petikan yang direka dan diubah suai..lihat gambar atas (Utusan) dan
gambar bawah (tulisan dalam blog Nasrudin)

Dalam laporannya, Utusan menggunakan istilah Nasrudin mengajak Umno menyertai Pakatan Pembangkang tetapi yang digunakan Nasrudin adalah Pakatan Rakyat.

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

"Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam," tulis Nasrudin dalam blognya namun diputar belit oleh Utusan.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub juga bersetuju, jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.
Ini kerana, PAS berpengalaman menyertai BN dan ditendang keluar oleh parti assobiyah Melayu itu.


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menyifatkan laporan Utusan hari ini sebagai lambang Umno terlalu 'desperate' (terlalu terdesak).

"Saya rasa cukuplah dengan usaha & artikel perpaduan UMNO-PAS. Cerita pg1 Utusan hari ini nampak macam kita desperate sangat," kata Khairy dalam laman komuniti Twitternya.


 (Gambar: Laporan muka depan Utusan yang disifatkan terdesak oleh Khairy)

Pandangan Khairy disokong oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ketika membalas twitter Khairy itu.

"mbnizar @Khairykj : Dear YB, u are definitely right. It looks too bad for UMNO. Y PAS? Y not other malays in PKR,sab/sar,ngo etc.spt hidung tak..."

(YB, awak sangat tepat. Ia dilihat terlalu buruk untuk Umno. Kenapa PAS? Kenapa tidak Melayu dalam PKR, Sabah/Sarawak, NGO dll. Seperti hidung tak...")

Sementara itu, pelbagai pihak melihat, apa yang dibuat oleh Umno dan medianya sekarang dalam isu perpaduan ini adalah strategi serampang dua mata.

 
Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bermakna PAS jahat di mata orang Malayu yang tidak memahami isu ini kerana menolak usaha ke arah perpaduan.

Namun begitu, jika PAS menerima atau positif dengan ajakan Umno bermakna PAS sudah khianati rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan akan menyebabkan orang bukan Melayu khasnya akan menolak PAS.

Atas dasar itu, alasan yang terbaik kini adalah menerima perpaduan yang diminta Umno tetapi bersama-sama dalam Pakatan Rakyat yang dilihat lebih adil kerana tidak ada lebih besar dalam Pakatan Rakyat. Ia berbeza dengan susunan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Umno adalah abang besar  dan yang lain-lain adalah pengikut sahaja.

Perkasa adalah Militan - Duta AS

Bekas duta AS ke Malaysia, John R. Malott pula kata Perkasa adalah sebuah pertubuhan kumpulan Militan. Nampaknya, Perkasa berterusan diserang oleh pelbagai pihak dari dalam dalam dan luar negara.

“Saya anggap dia (Malott) tolol. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang
bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
Dia (Malott) gila mengatakan Perkasa adalah kumpulan militan” - Ibrahim Ali

Puak Dayus dan Negara Islam


Puak-puak dayus Umno ni sekarang sibuk membesar-besarkan isu ‘Negara Islam’. Mereka cuba membangkitkan pertelingkahan antara parti komponen Pakatan Rakyat, khasnya PAS dan DAP. Tapi dalam masa yang sama, mereka yang mengaku Islam tetap juga menolak hukum Islam yang diperjuangkan PAS.

Mereka cuba melaga-lagakan PAS dan DAP. Konon mereka... adalah wira dalam memperjuangkan agama Islam. Tak semena-mena puak-puak dayus ni meminta pemimpin Pakatan Rakyat (PR) antaranya PAS dan PKR supaya menyatakan pendirian berkenaan isu itu.
Kenapa ya? Mukaddimah WarkahDaily kat atas, Umno baru masuk masjid kemudian ada terbau busuk terus tuduh orang sekeliling tanpa usul periksa yang najis ada pada kakinya.

Umno sibuk mencelarukan keadaan, bagaimana mereka ini sibuk minta penjelasan orang lain dalam hal Negara Islam. Mereka cuba mendedahkan DAP tak sebulu dengan PAS sebab tak setuju dengan Negara Islam.

Pemimpin DAP yang lantang menentang Negara Islam itu siapa? Orang Islam ke? Orang Melayu ke?

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam, tiba-tiba ketika PAS memerintah Kelantan dan Terengganu, Umno telah menghalang kerajaan PAS melaksanakan undang-undang Islam yang telah pun diluluskan oleh sultan masing-masing.

Apakah Umno sudah lupa, bagaimana pemimpin tertinggi mereka cuba menghina sunnah Rasulullah dalam hal menyimpan janggut?. Siapa yang cuba menghalang kuliah-kuliah agama yang disampai di masjid-masjid? Siapa pula yang cuba menapis penceramah-penceramah agama (digam) yang cuba menyampaikan ilmu Islam? Siapakah telah pun meroboh masjid dan surau yang didirikan masyarakat Islam untuk beribadah?

DAP ke yang buat? Bukan ke Umno yang lakukannya. Umno mengaku Islam tapi halang perjuangan tegakkan hukum Islam dan Negara Islam. Pemimpin DAP yang tak mahu Negara Islam taklah pelik jika difikirkan secara firasatnya kerana mereka itu bukan beragama Islam. Mereka belum lagi didedahkan dengan kebaikan keadilan hukum Islam dan Negara Islam.

Mereka belum lagi baca kitab-kitab agama yang menceritakan bagaimana keadilan sebuah Negara Islam di zaman kegemilangan Islam sebagai kuasa besar.

Tapi bagaimana Umno yang sudah pun sekarang disertai ‘ulamak-ulamak muda’ kononnya, belum tahu akan keadilan dan kebaikan Negara Islam? Kalau dah tahu, kenapa Umno juga menolak hukum Islam dan Negara Islam seperti DAP?

Allah pun akan memaafkan hambanya yang melakukan dosa kerana kejahilannya (tidak tahu). Allah tidak sunyi dari mengetahui orang yang tahu dan tidak tahu.

Alangkah jahat dan buruknya Umno jika mereka sudah tahu kebaikan hukum Islam dan Negara Islam tapi tetap menolaknya juga. Lebih jahat dan buruk daripada DAP.
Kepada puak-puak ‘candu’ Umno, janganlah duk sibuk sangat perihal DAP bertentangan dasar dengan PAS dalam hal Negara Islam tu.

Lebih baik kamu sibuk dahulu, kenapa pemimpin-pemimpin kamu turut menolak hukum Islam dan Negara Islam. Mintalah pendirian pemimpin-pemimpin kamu berkenaan dasar PAS iaitu memperjuangkan hukum Islam.

Khidmat Guaman Percuma Kepada Isu Saman Ekor

Pakatan Rakyat Perak sedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah. Demikian dijelaskan oleh YB Dato' Seri Ir. Hj Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pagi tadi bersama dengan peguam Asmuni Awi. 

Ceramah Nisfu Syaban Dan Gaza [SIRI 3/JULAI 2010]



Ceramah Nisfu Syaban Dan Gaza [SIRI 2/JULAI 2010]



Ceramah Nisfu Syaban Dan Gaza [SIRI 1/JULAI 2010]

 

Tuesday, July 20, 2010

Rakyat Malaysia Sudah Lali Ditipu


Semalam sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas.

Jaminan itu turut diberikan oleh 17 wakil syarikat pengeluar makanan dan minuman utama di negara ini dalam satu pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putra Jaya semalam.

Jaminan seperti ini sudah banyak kali dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi barangan tetap naik. Yang pasti harga minyak, gas dan gula sudah naik.

Persoalannya mampukah kerajaan memastikan harga makanan yang dijual di pasar malam dan lain-lain tapak perniagaan di dalam negara tidak dinaikkan.

Rakyat sudah faham benar jika berlaku kenaikan harga minyak, gas dan sebagainya sudah tentu harga barangan akan naik. Sudah banyak kali rakyat ditipu .

Apakah kali ini rakyat akan ditipu lagi???Hampeh!!!

Pakar IT ditahan ISA


Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.
 
Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

"Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Menurut beliau, pihak terbabit kemudiannya menggeledah rumah bapanya ala-ala samseng tanpa waran.

Dalam penggeledahan tersebut, katanya, mereka merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau, sehingga menakutkan beliau sekeluarga.

Mereka turut menuduh abangnya masih bergiat dalam aktiviti keganasan di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Sedangkan, katanya lagi, abangnya yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja  dan hidup aman damai bersama-sama beliau sekeluarga, di sini.

"Dia bukan baru sehari dua balik sini (Malaysia), sudah setahun dia bekerja di sini, tapi polis kata dia baru sehari dua balik ke Malaysia selepas berjihad," katanya yang juga juruteknik IT sebuah firma di Shah Alam.

Tidak cukup dengan itu, ujarnya, mereka turut mengugut bapanya sehari selepas abangnya ditahan tanpa bicara.

"Ada (kecam), dia telefon bapa saya dan ugut, saya boleh ditahan 5 tahun kerana saya tanya tentang abang saya," beliau menambah.

Menurut beberapa sumber, Mohammad Fadzlullah dipercayai ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari.

Pun begitu, kebiasaannya, mereka yang ditahan tanpa bicara melewati tempoh masa tersebut, bergantung pada keputusan Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan keluarga mangsa telahpun membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Dilaporkan, Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma.
"Suaram akan bantu, minta dia boleh diwakili peguam, keluarkan abang dulu," jelasnya.

Sumber : S.A.T.F

Semua calon Ketua Pemuda Umno guna wang


KUALA LUMPUR, 20 Julai: Blogger terkenal, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz membayangkan semua calon dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan tahun lalu tidak terkecuali dari berkempen menggunakan wang.

Dalam posting di dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com, yang bertajuk "The Rumble that KJ created", Mohd Ariff Sabri yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan menyifatkan kemenangan Ketua Pemuda Umno kini, Khairy Jamaluddin sebagai "adil dan saksama".

"Beliau (Khairy) memenangi jawatannya dengan adil dan saksama, semua yang bertanding berkempen menggunakan wang. Kita tidak mahu bersikap hipokrit untuk membayangkan walaupun seketika, (bahawa) (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo dan (Datuk) Mukhriz (Mahathir) berkempen tanpa menggunakan wang," kata beliau dalam blognya yang dikunjungi hampir tiga juta pengunjung sejak Jun 2008.

Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno tahun lalu mengalahkan Dr Mohamad Khir dan Mukhriz.

Sebelum itu, Khairy yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dalam politik wang.

Kontroversi tercetus apabila beliau dibenarkan bertanding sedangkan orang yang lain seperti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga didapati bersalah atas kesalahan yang sama tidak dibenarkan bertanding.

Mohd Ali pada masa itu dilihat sebagai pesaing yang berkemungkinan dapat mengalahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno.

Walaupun Khairy menang dan menjadi Ketua Pemuda Umno, beliau tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas kemenangan Khairy ketika itu, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: "Pemuda telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia".

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan bahawa keengganannya menghadiri pembukaan Perhimpunan Agung Umno ketika itu kerana "Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah".

"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

"Memanglah saya terasa sedih kerananya.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah," katanya.

Menurut Dr Mahathir, tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno," katanya. 
Sumber : S.A.T.F

Alternative Band Club [ABC] - Jabatan Amal Johor

Pertandingan Memancing Bersama Pemuda PAS

Satu program telah dijalankan pada 18 Julai 2010 bersamaan hari Ahad bertempat di Parit Besar, Bagan bersama Pemuda PAS Caw. Bagan berjaya mengadakan Pesta Memancing Ikan Puyu. Pertandingan seperti ini telah mendekatkan masyarakat dengan PAS, malah terdapat bangsa lain yang turut serta antanya kaum Cina. Jumlah kehadiran yang dicatatkan adalah seramai 300 orang dan peserta lebih kurang 150 orang.




Pertandingan yang seumpama ini juga mengeratkan hubungan masyarakat antara kaum dan mereka tidak lagi elergi atau takut dengan PAS. Bagi kalangan orang muda pula, mereka juga menerima PAS kerana PAS adalah sebuah parti politik yang beasaskan dakwah yang telah berjaya menarik perhatian pemuda - pemuda ini dengan muzik. Dalam majlis itu juga, Pemuda PAS telah membawa sebuah band, ABC [Alternative Band Club] yang didatangkan khas dari Jabatan Amal Johor . Muzik atau hiburan adalah diHARUSkan didalam Islam. Pada masa yang sama juga, pemilihan muzik juga perlu baik dan menjaga tata syariah Islamiah.


Suasana ini juga mencerminkan keceriaan pada jiwa masyarakat dan juga kebersihan parit yang menjadi keutamaan alam sekitar kita. Ini adalah salah satu aktiviti PAS yang bukan sahaja menjaga masyarakat malah dalam masa yang sama dapat memupuk masyarakat bersama - sama dalam memelihara alam sekitar. Sebaik-baiknya diminta pihak kerajaan prihatin terhadap sistem peparitan yang kotor dan tersumbat, dan perlu dibersihkan dengan sempurna bagi melancarkan sistem peparitan. Terutamanya dikawasan Parit Besar Bagan dan Taman Industri Sri Sulong.

Soalan Terbuka Utk Khir Toyo

SOALAN TERBUKA UNTUK KHIR TOYO !!!

KHIR TOYO CAKAP PASIR SELANGOR NI KENA SAMUN !!

KHIR TOYO SAMPAI PEGI TEMPAT PERLOMBONGAN PASIR HARAM !!!

KHIR TOYO KATA PASIR INI HARTA RAKYAT SELANGOR !!!

CUMA ADA SATU PERKARA YANG AKU MUSYKIL !!!!!!!!

INI SOALAN UNTUK KHIR TOYO SORANG JEK JAWAB :



APA PASAL KHIR TOYO TAK BUAT LAPORAN POLIS PASAL PENYAMUN PASIR LOMBONG TU ???????????????

BUAT LA LAPORAN POLIS , SPRM , PTG SEMUA SEKALI !!!!!

MENGAPA KHIR TOYO TAK BUAT TINDAKAN HABIS-HABISAN

UNTUK MELAWAN PENYAMUN PASIR HARAM ?????

RAKYAT SELANGOR SOKONG TINDAKAN TU !!!!

TAPI SI KHIR TOYO NI DAH SAMPAI TEMPAT YANG KONONNYA

PERLOMBONGAN HARAM , TAK PULAK KAU PANGGIL

POLIS TANGKAP PENYAMUN HARAM TU ?????

APASAL EK ????????????????????????????

SAKIT KEPALA AKU MEMIKIRKAN !!!!!!!!!!!!!!!!!

TV3 , UTUSAN MALAYSIA DAN SEGALA BAPAK MEDIA DAH LAPOR !!!!

TAPI PENYAMUN TAKDA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! KAH KAH KAH KAH

AIK ??????????????????????????????? KAH KAH KAH

KAH KAH KAH '

KAH KAH KAH

VISUAL DALAM TV3 , SIAP LORI PASIR TU RELEK JEK LALU BELAKANG KAMERA TV3 !!! KAH KAH KAH

WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII KHIR TOYOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PENYAMUN-PENYAMUN TU !!!!!!!!!!!!!!!

RAKYAT SELANGOR SOKONG !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SAMPAI SAAT INI , TAKDE PON SORANG PENYAMUN HARAM JADAH

YANG DIBAWA KE MUKA PENGADILAN !!!!!!!!!!!!


MUKA PENYAMUN PON AKU TAK NAMPAK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MANA PENYAMUN TU ????????????????????????

ADA APA-APA KE SAMPAI PENYAMUN TU PON

KHIR TOYO TAKUT NAK LAPOR PADA POLIS ???????????????????????????


APSAL ?????????????????????/

KHIR TOYO BARU TAHU CERITA SEBENAR KE SIAPA DALANG

DI BELAKANG PENYAMUN PASIR DENGKIL TU ????????????????????/

MANA PENYAMUN ?>???????????????????????????????/

MANA ???????????????

MANA ???????????????????????

MANA ????????????


LEPAS NI AKU NAK BAWAK TEMAN-TEMAN KE KUANG ..................


KITA TINJAU-TINJAU KUANG...................................

KITA TENGOK MACAM MANA SI SHUKOR BAHALOL NI

JAGA KAWASAN DIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


KAWASAN IR ZIN BADAK BUKAN MAIN LAGI DIA MENYALAK !!!


BAGUS SANGAT KE KAWASAN KUANG YANG DIA JAGA TU ????????

BUKAN MAIN RANCAK LAGI PARA PENYAMUN MENYAMUN PASIR

DI KUANG...................................
............................

ADA APA-APA KE YB ??????????????????

TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUU................
......................................
 

Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir.


Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari akhirat nanti.

Untuk bahagia di hari akhirat, kita mesti melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik.


Begitulah hubungan kehidupan dunia dengan akhirat. Orang yang memikirkan kehidupan di hari akhirat ialah orang yang paling kuat berusaha, beribadah dan membuat kebajikan ketika hidup di dunia.


Hidup di dunia kita terikat dengan peraturan dan undang-undang yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Tidak boleh bebas sepenuhnya seperti orang-orang kafir kerana bagi mereka dunia ini adalah syurga dan tidak ada lagi syurga di hari akhirat kerana kekufuran mereka kepada Allah s.w.t. Sesuailah apa yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w. bahawa di dunia ini adalah penjara untuk orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.


Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Sahabat yang dimuliakan,

Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan.

Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan.


Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya.


Sebab itu kita selaku orang Mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-duanya (kebahagiaan dunia dan akhirat).


Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Orang beriman tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Dunia tempat bekerja bukan tempat rehat. Oleh itu kita mesti gigih melaksanakan amal soleh, memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan ilmu fardu ain dan menyampaikannya, berdakwah dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menuai memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran.


Fikirkanlah! Waktu tidur dan berehat-rehat telah berlalu, kerana bertambahnya umur kita bermakna kita telah terlalu hampir untuk bertemu Allah s.w.t. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah s.w.t. nanti dengan membawa amal yang terlalu sedikit sedangkan dosa pula melebihi daripada pahala yang kita miliki?


Walaupun di dunia ini kita mengalami kesusahan dalam kehidupan kerana kemiskinan, menderita kerana penyakit yang dihadapi, di uji dengan pergolakan dalam keluarga karenah anak-anak dan isteri, tekanan di tempat kerja dengan sikap ketua yang tidak berhemah, tekanan sebagai guru dengan sikap pelajar yang tidak beradap sopan dan berbagai-bagai masaalah yang datang silih berganti anggaplah itu semuanya sebagai 'penjara' atau pun dugaan yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t. kepada kita semua. Bila kita redha dan sabar menghadapinya maka ingatlah ganjaran yang besar menanti kita di hari akhirat nanti.


Biarkanlah orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah Syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti Syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari Syurga oleh Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka Syurgalah tempat kediamannya."
(Surah An-Nazi'at ayat 40-41)


Akhirkata anggaplah kehidupan ini dan semua yang ada padanya sebagai ujian kepada manusia, dan dapat menilai siapakah manusia yang paling baik amalannya. Di akhirat nanti kedudukan manusia ditentukan beradasarkan apa yang mereka lakukan ketika di dunia dan akhir kesudahan kehidupan mereka.


Kehidupan didunia hanyalah sementara sahaja.Oleh itu marilah sama-sama kita menginsafi diri, beristighfar setiap masa dan berdo'a memohon keampunan di atas kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. Persiapkanlah dua bekalan iaitu satu bekalan yang akan kita bawa bersama-sama ke alam Barzakh dan satu bekalan yang kita tinggalkan di dunia yang mana sahamnya masih kita perolehi iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.
Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusa...ha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.

“Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu Salahuddin mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal.

“Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini,” kata beliau.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.



“Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?” katanya. -TMI
SUMBER : BESUT

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT JULAI 2010

CERAMAH UMUM
PAKATAN RAKYAT


SEMUA DIJEMPUT HADIR
P/S: SILA SEBARKAN HANDBILL INI, DIKAWASAN ANDA. DOWNLOAD

Sunday, July 18, 2010

Program Ziarah Amal

Misi Dakwah 
(Ziarah Amal ke perkampungan Orang Asli)

Lokasi : Kawasan Ledang
Tarikh : 31 July 2010 (sabtu)
Sasaran : 30 Keluarga

Visi : Dakwah (mengenalkan keindahan Islam) kepada golongan orang asal Malaysia .
Misi : Membina jambatan Jemaah kepada masyarakat awam.
         : Menghulur sumbangan kepada mereka sebagai uslup dakwah.

Tentatif Program :
9.00 pagi : Berkumpul diPekan Parit Sulung.
9.15 pagi : Bertolak ke Kawasan Ledang.
10.30 pagi: Sampai di Pekan Tangkak dan terus bertolak ke Lokasi.
11.30 pagi: Tiba di Lokasi (kampong org Asli)
  • Ramah mesra bersama penduduk dan ketua org asli.
  • Program kebajikan
  • Gotong-royong -Menyampaikan sumbangan.
2.00 Ptg : Bertolak balik..
 
  • Sumbangan anda amat dihargai dan semoga mendapat Redha Ilahi.. 
  • Berbentuk kewangan dan barang sumbangan. 
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

JABATAN AMAL NEGERI JOHOR

Nombor Akaun : 01032010044952

  • Insyallah program menjejaki orang Asli ini akan mencakupi keseluruhan Bumi Johor.. dan insyallah pragram akan datang akan menjejaki satu Ras Orang asli yg hanya tinggal 49 org sahaja didunia ini.. mereka terletak dinegeri Johor..( sifat mereka Pemalu dan susuk tubuhnya rendah).. Insyallah dgn kerjasama dari Tuan-Puan semua akan merealisasikan cita-cita kami... Beramal Kerana Allah...

Friday, July 16, 2010

Undilah Barisan Nasional


Buat Baik Berpada-pada, akhirnya UMNO makan rakyat..

  Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuat kuasa mulai tengah malam ini. Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan "penyelarasan harga" subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan sendiri oleh Najib.

Kata Najib kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal sedangkan para pemimpin UMNO dan BARISAN NASIONAL hidup dalam kemewahan.

27 Mei lalu,Idris Jala pernah berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman. Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

NAH!..

Menaik-kan harga barang untuk manfaat semua rakyat adalah taktik kuno dan mengarut untuk menghalalkan tindakan pemerintah. Subsidi kepada rakyat adalah satu beban manakala untuk kroni-kroni adalah sebagai bentuk "bantuan" dari sudut pandang mereka. Inilah 'double standard' yang diamalkan oleh kerajaan pemerintah hari ini.

Soalnya,kenapa subsidi tidak diteruskan kerana itu lebih menjamin faedah di terima secara langsung oleh rakyat. Kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL selamanya gagal mendengar bahawa rakyat mahu menikmati ekonomi yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Kerajaan sepatutnya mangambil pendekatan yang lebih terkehadapan dan bukannya membebankan rakyat dengan mengurangkan subsidi.

Banyak lagi pendekatan patut diambil seperti langkah mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran kewangan kerajaan, memotong elaun menteri yang melampau, lawatan-lawatan menteri yang membazir, benteras rasuah,penyelewengan. Perbelanjaan untuk sesuatu yang tidak membawa manfaat pula wajar dihentikan terus. Sekiranya perkara ini dilakukan, rakyat akan nampak kesungguhan kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL dalam menangani isu ini. Namun ternyata UMNO DAN BARISAN NASIONAL ini tidak pernah berubah..hanya omong kosong yang tidak bermakna bak kata orang pantai timur hanya sekadar "Angin Syurga"

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin harus memilih untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN pada PRU ke 13 akan datang demi kesejahteraan semua. Jangan teragak agak lagi. Rebahkan UMNO dan BARISAN NASIONAL! Buktikan bukan UMNO dan BARISAN NASIONAL sahaja yang mampu memerintah Malaysia ini.
LAWAN TETAP LAWAN!!
ALLAHUAKBAR!!

HOT: Ejin jet F5 jenis J85-21


Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N Tharmendran yang menerima pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM Januri lalu hari ini tampil mendedahkan penderaan yang dilakukan terhadapnya sepanjang berada dalam tahanan.
Tharmendran, 42, yang hadir bersama peguamnya, N Surendran di Parlimen hari ini mendakwa dia telah mengalami penderaan fizikal yang teruk dan dipaksa untuk mengaku bersalah dalam kes kecurian enjin tersebut.
Tharmendran memberitahu, seorang ketua pegawai penyiasat berpangkat mejar telah diarahkan untuk menyelesaikan kes itu dan dibenarkan menggunakan apa cara sekalipun bagi memaksa dia mengaku bersalah.
"Sepanjang tempoh tahanan saya bermula 2 Julai 2009, selama 60 hari saya ditahan, mereka tidak memberitahu keluarga di mana saya ditahan. Saya dipaksa mengaku bahawa saya bersalah mencuri enjin tersebut.
"Sepanjang tempoh siasatan, ketua pegawai penyiasat dipanggil penglima tentera udara untuk menyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin dan boleh menggunakan apa cara sahaja asalkan dapat selesaikan kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau didera oleh pegawai berkenaan dan tidak tidur selama tiga minggu di dalam bilik yang kecil dan secara berterusan dipaksa mengaku bersalah. Dia dipakaikan topi keledar dan kepalanya dipukul menggunakan kayu kriket dan kayu golf sehingga topi keledar yang dipakai mengalami keretakan.
Sepanjang dalam tahanan itu juga, beliau turut mendengar tahanan lain didera dengan teruk sehingga tangisan dan jeritan mereka dapat didengarinya.
"Semasa saya disoal siasat, terdapat tiga hingga empat orang yang disoal siasat. Mereka turut didera dan saya dapat mendengar tangisan mereka merayu agar tidak dipukul. Namun saya tidak pasti sama ada mereka mahu tampil membuat pendedahan seperti yang saya lakukan ini," katanya.
Tharmendran turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap TUDM yang langsung tidak mengambil tahu mengenai apa yang berlaku terhadapnya sepanjang tempoh tahanan namun selepas dia dibebaskan, dia dipanggil untuk bertugas kembali.
Tempoh perkhidmatan Tharmendran sepatutnya berakhir pada 28 Mei tahun ini.
"Selama enam bulan saya ditahan di penjara Sungai Buloh, mereka tidak pernah tanya apa berlaku pada saya.
“Tapi bila saya keluar dengan peguam saya, baru mereka datang suruh saya bertugas. Saya rasa ini sangat tidak adil," katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam menghantar usul penderaan dalam tahanan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat namun ianya ditolak speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan ianya dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media yang sama mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes kecurian enjin jet yang menjejaskan imej pertahanan negara.
"Kita mahukan satu siasatan menyeluruh, jawatankuasa atau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengkaji apa sebenar yang berlaku dalam kes kecurian ini. Rakyat nak tahu bagaimana enjin yang penting itu boleh hilang. Kita sedia maklum bahawa ada peraturan sebelum semua barang melibatkan ketenteraaan dikeluarkan. Inikan pula enjin jet.
"Kami ahli Parlimen mahu menunjukkan bahawa kehilangan dua enjin merupakan satu maruah yang besar yang menjadi satu bahan ketawa seluruh dunia hari ini. Kes ini berlaku pada 2007 dan mencerminkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana beliau adalah menteri pertahanan ketika itu. Kami mendapat berita bahawa bukan dua enjin ini sahaja yang lesap, banyak lagi alat-alat lain yang mahal harganya hilang dalam simpanan," katanya.
Tegasnya, Tharmendran telah dikambinghitamkan oleh pihak tertentu bagi menyelesaikan kes itu daripada terus didedahkan kepada umum.
"Kita lihat sarjan Tharmendran ini seolah-olah dijadikan kambing hitam untuk menyelesaikan perkara ini," tegasnya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula berkata, keselamatan Tharmendran masih belum terjamin kerana TUDM masih mendakwa dia sebagai kakitangan mereka.
"Kes ini sangat memalukan negara sebab kita usulkan perkara ini. Keselamatan sarjan Tharmendran belum terjamin kerana pihak tentera masih mendakwa bahawa dia seorang dalam perkhidmatan jadi bila-bila masa boleh gunakan paksaan untuk tangkap dia.
"Kes ini seolah-olah ada konspirasi untuk tidak mahu siasat dan dedahkan realiti sebenar sebab sudah menjadi tumpuan masyarakat," katanya.
Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.
Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Minggu lepas, Tharmendran dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.
Jaminan terhadap Tharmendran sebanyak RM50,000 bagi kesalahan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM dijelaskan oleh bapanya, N. Nagarajan selaku penjamin.