Monday, June 14, 2010

Kepulangan Ust. Hassan Sukri ke Rahmatullah

Bersama kita menyedekahkan surah al-Fatihah dan bacaan surah yaasin buat
Ustaz Hassan Sukri. Al-fatihah..

Download:
FLVMP43GP

--
Dukacita dimaklumkan bahawa Ust. Hassan Sukri telah kembali ke rahmatullah pada jam 2 petang tadi. Beliau juga adalah tokoh maal Hijrah di Selangor dan bekas Timbalan Presiden PAS.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi tadi, baru sahaja pulang dari Kota Bharu dalam jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Beliau telah membawa kereta yang dinaiki dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.


Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (MADU) di Machang.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
"Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia. Kita hilang satu sumber rujukan yang besar"

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
"Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan dan Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini."

Ustaz Nasharudin
"Parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri."
Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.

No comments: