Berhubung dengan demo bantahan dan menghantar memorandum ke Kedutaan AS di Kuala Lumpur pagi tadi, seorang ahli dari PERKASA cuba untuk membunuh 'diri'nya, dengan menyelar lehernya dengan sebilah pisau. Lelaki itu dikenali sebagai Moin Mohmed Habib, yang berasal dari Palestin, menyertai demonstrasi tersebut.
Lelaki tersebut cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang berada disitu. Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pegawai polis yang mengawal keadaan.Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat dan dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.
Bermula jam 10.30 pagi tadi, demontrasi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu bertujuan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Amerika Syarikat.
1 comment:
Sian dia,bangang macam umno gak.....
Post a Comment