Kisah ini diambil dari seorang sahabat U-JAM. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Masih teringt zaman berkonvoi utk pulang ke kampung,perjalanan yg biasa memenatkn itu terubat melihat gelagat rakan2 yg bersama dgn saya,kami penuh dgn telatah dan aksi yg menghiburkn,biasalah kami golongn pendapatan sederhana nak tukar tayar motor pun saving berbulan2,tp skrg ramai rakan2 saya yg sudah berkereta sbb dah ada karier masing2,cuma saya je masih setia dgn motor putih berlogo "TUAN GURU NIK AZIZ",sudah dua tahun ia menjadi binatang tungganganku,ALHAMDULILH........
kami biasa berhenti di R&R termerloh utk solat,mengisi minyak dan minum utk melegakn keletihan di selitkn dengan senda gurau,kebiasaannya kami sampai di termerloh pada waktu tengahari ,perjalanan kami biasa tidak di rancang tetapi sudah menjadi kebiasaan maka ia tampak terancang,pada hari itu keadaan di R&R temerloh mmg di luar kebiasaan krn terlalu ramai org jadi kami duduk di kaki lima di sebelah tempat kami parking motor kerana tak mahu menganggu mereka yg berkeluarga singgah di situ,mereka lebih berhak utk mendapat tempat yang berteduh dan berbangku krn mereka membawa anak2 yg masih kecil.....
"seperti sebuah kisah RASULULLAH S.A.W mengimamkan solat dan terdengar tangisan anak kecil lantas RASULULLAH S.A.W memendekkan bacaan dalam solat Baginda,dan setelah solat para sahabat bertanya dan Baginda menjawab yang Baginda tidak mahu ibu kepada budak yg menangis itu gelisah dalam bersolat sehingga tidak khusyuk menunaikan solat itu"
dalam bersolat pun RASULULLAH tetap bertolenrasi dengan haq kerisauan ibu2,ini kan pula DI R&R ini,kami tunaikan haq mereka sebagai saudara moga2 haq kami ALLAH mudahkan di kemudian hari...
sedang kami rancak berbual dan bersenda,lalu seorang perempuan yang bertudung labuh,putih mukanya,mancung hidungnya,kami segera memperlahankan suara kerana menghormati dia yang tampak TAWAJJUH dalam beragama kerana mungkin dia seorang USTAZAH yang mengajarkn perkataan ALLAH,kami hormati beliau.....
setelah dia berlalu kami menyambung perbualan seperti biasa,dan kebetulan air saya sudah habis,di sebabkan desakan dahaga mendatang maka saya pergi ke gerai runcit untuk membeli air,dan di situ saya ternampak gadis bertudung labuh tadi sedang sedang membeli air bersama kawannya...
saya masuk ke gerai itu dan dalam diam saya memasang telinga mendengar perbualan perbualan si gadis itu,
"ish sibuklah mat rempit kat depan tu rimas aku! dah la tak bayar tol huh"
kawan dia tampil menambahkan lauk perbualan,
"betol2,aku tengok diorang yang bawa motor tu macam nakal je,aku selalu dengar mat rempit ni jahat,rompak sini ragut sana sini"
hurm,terasa kagum dengan imaginasi mereka.namun olahan perbualan mereka membuatkn hati ini sedikit terluka,
saya tampil sedikit ke depan seperti mahu memotong mereka dari barisan ke kaunter pembayaran,dan ketika itu saya sengaja jatuhkn air kotak yang saya pegang,dan itu menyebabkan bucu air kotak itu sedikit cacat,
"makcik kalu air kotak ini penyek mcm ni,air kat dalam still ok ke?
makcik di kaunter menyambut
" alah selagi tak bocor eloklah ia"
saya pun membalas kata2 makcik itu,
ha pandai pun makcik,macam manusia juga kan? luaran dia dengan insan dalaman dia dengan tuhan macam firman ALLAH dalam surah al hujurat ayat 13,saya membaca ayat itu dengan sedikit terketar2 ( almklumlah saya bukan al hafiz)
"manusia di ciptakn pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenal"
"hai manusia,sesungguh kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku supaya kamu saling kenal mengenal,sesungguh org yg paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah org yang paling bertakwa di antara kamu,sesungguhnya ALLAH maha mengetahui lagi maha mengenal"
"org yg paling mulia di sisi ALLAH di antara kamu yg paling bertakwa"
jadi walupun luaran buruk,jahat dan macam mat rempit tapi takwa dia tak de org nampak,takwa itu dia dengan ALLAH,kan cik kan?? tak kan lah sebab tak bayar tol,terus kata jahat,hehehehehe nah duit ni makcik,saya nak pergi merempit dulu yea,saya beli,
saya tinggalkan gerai itu tanpa menghiraukan gadis itu dan kembali bersama rakan2 yang lain,
pelik saya dengan pandangan gadis itu pada kami,
pakaian kami?alhamdulilh tutup aurat siap glove lagi,
apa salah kami ea?
kacau dia pun tidak......
biarlah mulut orang dan hati orang,yg tahu spekulasi,
bersyukurlah kamu di murahkan rezeki,mendapat tunggangan yang beratap
yang di tutup rapi,tunggangan kami nilah melenguhkan semua sendi2,
alahamdulilh inilh rezeki kami,
insyallah kami tidak mendengki,
sebab rezeki ayam tampak di kaki,
rezeki kami belum tentu lagi.......
pesanan: ana sampaikn cerita ini dalam ujam ini bukan utk memburukan dan bertudung labuh krn ana pun bertudung labuh i(insyallah buat masa ini) tetapi cerita ini membuka minda ana,yg tk semestinya yg dibungkus semua dgn elok dan cantik itu di dalamnya amat cantik dan manis,so sama2 lah kita perbaiki diri kita semua agar di luar cantik dan di dalam sama2 cantik dan manis dan berakhlak mulia.....semoga dpt manfaat pada rakan2 dalam ujam ni...
MUTIARA KATA: DAUN BURUK TIDAK PERNAH NAK DI PANDANG,
WALUPUN SEBENARNYA BERSAMA DIA
DAUN LAIN TIDAK BURUK
SETIAP YANG DATANG
ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN.....
HASIL NUKILAN: hamba ALLAH,moga2 dirinya di rahmati ALLAH
selalu dan sentiasa dalam iman dan islam,amin.....
selalu dan sentiasa dalam iman dan islam,amin.....
selamat membaca semua, assalamualaikum dari ana HALAWATUL IMAN.........
No comments:
Post a Comment