Pagi tadi, PAS telah menghantar satu memorandum ke Kedutaan AS bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel kerana mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin dan mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka, Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin.
Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali. Pemuda PAS pula disertai Timbalan Ketua, Azman Shapawi, Setiausaha Kamaruzaman Mohamad, Exco Riduan Mohamad Nor serta pemuda PAS sekitar Lembah Kelang.
Juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza (LL4G) pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya.
Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut.
Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.
Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.
Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel.
Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera membuat sidang tergempar.
"HANCUR ISRAEL. JAHANAM ISRAEL.
ISRAEL LAKNAT"
No comments:
Post a Comment