Tuesday, June 8, 2010

Jualan Langsung Halal

Nabi Muhammad s.a.w juga adalah ahli perniagaan. Tidak salah bagi setiap orang untuk berjinak -jinak dalam perniagaan. Nabi Muhammad s.a.w bersadba; "9 per 10 rezeki itu datangnya dari perniagaan". Oleh yang demikian, bagi mendapatkan sesuatu rezeki yang halal dan suci lagi bersih dari syak wasangka, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria telah meminta supaya pihak kerajaan menerapkan kaedah syarak yang adil dalam sistem amalan jualan langsung di tanah air supaya tidak terus menindas rakyat, khususnya umat Islam.

Juga diwujudkan suatu panel syariah atau penasihat dibawah Kementerian (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – KDNHEP) dan diterapkan dalam syarikat-syarikat

yang berasaskan jualan langsung,” jelas beliau petang tadi ketika menyambung perbahasan sesi petang di Dewan Rakyat berhubung pindaan Akta Jualan Langsung, 1993.


Kebanyakkan sistem jualan langsung yang diamalkan oleh syarikat kebelakangan ini mengamalkan sistem perniagaan secara tidak adil walaupun sah di dalam sijil. Juga dengan sistem piramid ‘siapa yang masuk dulu, dia untung’ sebenarnya hanya menguntungkan golongan atasan tertentu sahaja. Malah, agen-agen jualan langsung bawahan terpaksa bekerja keras untuk terus hidup dalam sistem tersebut berbekalkan hanya motivasi tertentu oleh agen di atas mereka.

Beliau mencadangkan kementerian berkenaan supaya mengeluarkan suatu garis panduan yang jelas untuk para pemilik syarikat jualan
langsung terbabit dari terkeluar dari garis panduan berkenaan dan turut menggesa pihak berwajib membuat pemantauan menyeluruh ke atas syarikat serta penggiat jualan langsung di tanah air supaya rakyat tidak dikecewakan dengan sistem yang amat mengelirukan itu.


Bagi Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa pula, jualan langsung yang tidak berasaskan pada menjual produk halal merupakan suatu ‘permainan duit’ yang nyata tidak beretika serta haram di sisi syarak. Pihak kerajaan perlu memandang serius fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini yang menegaskan bahawa jualan langsung yang tidak berasaskan produk umumnya adalah HARAM. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mana-mana syarikat yang mahu memulakan aktiviti jualan langsung, mereka diwajib mendapatkan pengesahan dari panel penasihat syariah berwajib terlebih dahulu.

No comments: