Wednesday, June 16, 2010

REVIEW: Blog usrah pemuda

Assalamualaikum w.b.t,
Hari ini saya nak review satu blog yang telah dibangunkan pada awal bulan ini. Blog yang yang dimaksudkan ialah blog Usrah Jemaah Anak Muda versi ke-2. Anda semua boleh lihat di sini [http://u-jam.blogspot.com/].

Blog ini dibangunkan khas buat semua pemuda /pemudi/keluarga yang cintakan usrah, yang cintakan islam. Ia juga bagi membantu anda semua yang sering kali sibuk dengan kerja, tugasan dan hidup seharian untuk pergi usrah bersama jemaah lain. Ia amat bagus untuk semua peringkat umur dan ia dijana oleh beberapa tenaga kerja yang efisyen dan mampu bergerak dalam jemaah disamping mencari keredhaan Illahi.

:: Kepentingan ::
Usaha yang baru dalam melahirkan masyarakat generasi muda yang terdidik dengan Islam, yang akan memahami apa dia cara hidup Islam. Bagi membolehkan mereka menempuh masa depan sebagai seorang Islam. Oleh kerana itu, usrah jemaah anak muda ini satu wadah yang sangat mustahak. 

  1. Wadah yang baik
  2. Pemangkin bagi membolehkan mana - mana pihak yang hari ini mencintai kebaikan dan prihatin dalam masalah anak muda untuk memanfaatkan U-JAM ini dalam rangka pembangunan Generasi Pembangunan Anak Muda Islam di Malaysia.
  3. Manfaat kepada ibubapa, kepada anak muda dan bangsa malah negara kita untuk melahirkan generasi pemuda Islam yang kuat dan juga bermanfaat kepada Parti Islam Se-Malaysia [PAS] bagi menjadi pekerja - pekerja muda yang taat kepada Allah s.w.t.
:: Tujuan U-JAM v2.0 ::
Bagi melahirkan murabbi yang berkelayakan untuk bertemu dengan anak - anak muda diluar sana, ditepi jalan; maksudnya bukan pada anak muda yang hanya fikrah pada PAS tetapi fikrah dan minat pada PAS.



No comments: