Wednesday, June 2, 2010

Kesian dia..

HarakahDaily: Nampaknya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar kecewa lagi apabila nama beliau tidak termasuk dalam senarai kabinet baru yang diubahsuai oleh Perdana Menteri hari ini. Berikut adalah senarai penuh perubahan kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib hari ini.

1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang kalah dalam pertandingan merebut Presiden MCA di tangan Datuk Seri Chua Soi Lek.

2. Bekas Timbalan Menteri Kewangan yang menguruskan isu judi bola bagi pihak Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik menggantikan Kong sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3. Anak Presiden MCA yang juga ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau menggantikan Datuk Johari Baharom, Ketua Umno Kubang Pasu.

4. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan mengambil tempat Chor Chee Heung.

5. Gan Ping Sieu dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

6. Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan.

7. Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dilantik sebagai Timbalan Menteri Industeri Pertanian dan Komoditi. Beliau menggantikan Datuk Hamzah Zainudin, ahli Majlis Tertinggi Umno.

8. Ahli Parlimen Serian dari SUPP, Datuk Richard Riot dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.

9. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna.

10. Jelaing anak Mersat dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

11. Datuk Lee Chee Leong dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.



"Kesian dia,, dah lama tunggu tapi tak masuk senarai pn.. Apa la nasib diri.. Banyakkan lah bersabar dan sedekah amal jariah, yer.."


No comments:

fb