Wednesday, October 20, 2010

Siswa, Pensyarah UKM sertai UMNO.

Dimanakah Akta AUKU???
Kenapakah Muhammad Hilman Idham, Muhammad Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha, dan Woon King Chai boleh didakwa atas kesalahan Akta AUKU???
Tetapi pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Fadhlan Mohd Othman dan 2 siswa terbabit boleh pula?Konfius....


(KLIK GAMBAR UTK BESARKAN)
Mereka akan di dakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi:
15 (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-
a. Mana-mana parti politik sama ada di ada di dalam atau di luar Malaysia.
Keempat-empat mahasiswa ini akan didakwa pada tarikh yang berbeza di Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6, Bangunan Canselori UKM. Muhammad Hilman Idham telah didakwa pada 2 Jun 2010 yang lalu manakala Muhammad Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Wong King Chai akan didakwa pada 3 Jun 2010 lalu.

No comments:

fb