Tuesday, October 19, 2010

Diari Jambori Amal Negeri Johor


JAMBORI AMAL JOHOR
DENGAN 4WD
15 - 17 OKTOBER 2010

Peserta seramai 106 orang dari seluruh kawasan di Johor.
Unit Amal Parit Sulong menghantar wakil 3 orang
iaitu Sdr. Anuar Timan, Sdr. Anuar Selamat dan Sdr. Mohd Faiz Saian.

 Muhammad Anuar Selamat
 
Mohamad Anuar Timan

 Mohd Faiz Bin Saian

Diari Jambori Amal
Tempat : Ramako, Hutan Simpan Endau-Rompin

15 Okt. 2010
2.30ptg
Berkumpul dirumah Sdr. Anuar untuk meng'confirm'kan ahli yang akan pergi ke Jambori Amal ini. Setelah menuggu selama 10minit dan membuat beberapa panggilan, kami dapati hanya kami ber-3 yang akan pergi. Jadi, dgn bantuan Sdr. Zamzuri kami berangkat ke rumah Ust. Rusdi untuk mendapatkan sejumlah wang (sumbangan Pemuda Pas Kawasan) & barangan dapur. Dengan wang RM250, alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah. Samada wang tersebut cukup atau  tidak, kami hanya bertawakal.

3.15ptg
Berjumpa dgn Ust Rusdi, beliau menyuruh kami untuk mengambil kenderaan di rumah Sdr. Halim Kepol. Sdr. Halim Kepol memberi kami untuk meminjam kenderaan beliau, Perodua Kembara untuk ke Jambori Amal. Kami mendapat info dari Ust. Rusdi bahawa hanya kumpulan Unit Amal Parit Sulong yang terakhir belum sampai (kumpulan kami) jadi kami hanya bertawakal untuk sampai dengan selamat.

4.00ptg
Sebelum bergerak ke Kluang, kami solat asar berjamaah di masjid Sultan Ismail.

6.00ptg
Sampai di Bandar Kluang.

7.00ptg
Sampai ke pekan Kahang. Ketika kami berjalan2 di pekan Kahang, kami ternampak signboard pejabat Taman Negara Endau Rompin (Kg. Peta) kami segera kesana untuk bertanya soalan mengenai Konvoi Unit Amal. Kami memberitahu mereka, bahawa kami adalah kumpulan terakhir yang sampai pada hari ini. Jadi, mereka berkata yang mereka akan masuk ke dalam hutan malam ini. Syukur alhamdulillah.

7.30mlm
Solat magrib jamak isyak berjamaah. Kemudian, kami mencari warung terdekat untuk menikmati makan malam. Kami pergi ke beberapa kedai unutuk mencari keperluan lain seperti gas, lampu suluh, pisau, hammer dsb.

9.00mlm
Seperti yang dijanjikan kami mengekori kenderaan 4X4 pegawai Hutan Negara Endau Rompin untuk ke Kg Peta. Tapak perkhemahan kami adalah di dalam Kampung Peta. Jadi, untuk ke Taman Negara Endau Rompin akan melalui Kampung Peta dahulu. Dari pintu masuk ladang di Pekan Kahang dalam lingkungan 60km.

10.00mlm
Kami masuk ke perkampungan Orang Asli.

10.15mlm
Pegawai Hutan menyuruh kami berhenti sebentar kerana mereka mendapat maklumat bahawa gajah sedang melalui jalan dihadapan. Kami berhenti sekitar 15 minit.

10.30mlm
Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Peta.

11.30mlm
Akhirnya kami sampai di Hutan Negara Endau Rompin (Kg. Peta). Kami meninjau2 untuk mencari sahabt2 unit amal yang lain tetapi hampa.


12.00pg
Kami pusing semula untuk bertanyakan kembali pada pegawai di pondok keselamatan Hutan Endau Rompin. Salah seorang pegawai mereka, pergi untuk mencari sahabat2 kami  yang lain dan kami hanya menunggu di Pondok Keselamatan tersebut. Kami bimbang akan sesat didalam hutan, kami juga tidak dilengkapi dengan walkie-talkie. Ia adalah susah untuk meminta bantuan sekiranya terdapat masalah yang berlaku.

12.16pg
Pegawai yang pergi mencari sahabat2 kami yang lain telah pulang dan memberitahu kami bahawa sahabat2 kami ada dibawah. Jadi setelah mengucapkan terima kasih, kami segera ke tempat yang dinyatakan tadi.

1.15pg
Setelah sampai di pintu masuk Ramako, Hutan Simpan Endau Rompin banyak cabaran dan rintangan yang perlu kami hadapi bertiga. Antaranya bukit yang amat tinggi dan curam (kami langsung tak tahu yang kembara kami mempunyai sistem 4WD,, huhuhu~), jalan berbatu sejauh 20km, lopak air yang dalam dan sebagainya. Setelah kami melepasi bukit yang tinggi dan curam kami merasa syukur dan lega. Tetapi ujian tetap datang dari Allah kepada kami apabila kami mendapati ada sebuah lopak air yang dalam dihadapan. Sebelum kami melalui lopak tersebut, salah seorang rakan kami berpendapat untuk pergi ke chalet Hutan Simpan Endau Rompin dan tidur satu malam disana. Tetapi, seorang sahabat kami, menyatakan kami sudah jauh ke dalam jadi adalah amat bahaya untuk kami kesana. Banyak percubaan yang telah kami buat antaranya meletakkan kayu dibelakang tayar, menolak kembara kiri dan kanan akhirnya kami pasrah.

Banyak rintangan, cabaran untuk kami sampai ke Ramako, Hutan Simpan Endau Rompin ini, walaupun begitu ekspedisi 3 hari 2 malam ini adalah suatu kenangan dan pengalaman buat kami yang baru dalam unit amal.

Kami berkeputusan untuk meninggalkan kenderaan kami disitu dan berjalan kaki meminta bantuan. Wahal kami memeng tidak tahu adakah sahabat2 kami yang lain ada dihadapan atau tidak! Adakah di depan jalan mati?! Kami sememang nya tidak tahu apa-apa. Kami hanya bertawakal kepada Allah. Kami berjalan dengan berbekalkan 2 batang lampu suluh yang baru kami beli dan sebilah parang. Kedengaran dikanan kiri kami seperti ada yang mengekori, tetapi buat tak tahu. Mengabaikan adalah lebih baik. Kami hanya harap kami dapat sampai untuk memnta bantuan kepada sesiapa sahaja. 

Sayup-sayup kedengaran air terjun dari sini. Kami terus berlari ke arah air terjun tersebut walaupun kaki saya ini luka. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana kami tidak salah. Kami menjumpai sahabat2 unit amal yang lain. Orang pertama yang kami jumpa adalah Ust. Khalid (Unit Amal Spg. Renggam) dan kami bertanyakan tentang khemah urusetia.


Berbekalkan semangat dan doa dari rakan2 di Parit Sulong, akhirnya dapat kami sampai juga ke Jambori Amal 2010. Alhamdulillah..

Kami segera ke khemah urusetia untuk meminta bantuan. Selepas kami minum, kami dibantu oleh AJK Unit Amal Johor untuk menarik keluar kenderaan kami dari lopak air tersebut.

Ini adalah satu pengalaman yang kami dapat dalam 1 hari 1 malam ini, pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Pengalaman ini juga yang mengajar kami erti sahabat, erti pertolongan, erti amal, erti kesabaran dan tawakal. Apa yang penting disini adalah Niat. Niat untuk kita meneruskan jambori ini atau tidak. Dan apa sahaja halangan atau cabaran yang datang kita perlu tepis dengan tabah. Selepas itu, baru kita fikirkan mengenai wang, kenderaan, keperluan dan sebagainya. Jika tidak ada, kita hanya perlu tawakal dan berusaha. Jika Allah menyebelahi kita, insyaallah rezeki ada dimana- mana sahaja di atas muka bumi Allah ini.

Semoga kami akan terus bersemangat dan kuat dalam
menghadapi rintangan dan cabaran 
di masa akan datang. Amiin.
Takbiirrrr!!! 

Logo 4X4 di kenderaan


 Tag Peserta

Gotong royong dlm membuang halangan, bagi
memudahkan sahabat2 unit amal yang lain dapat meneruskan cabaran.


 Lokasi : Ramako adalah terletak 10km sebelum Kg. Peta.


Setelah sampai di, Ramako..


 




Bersama2 membantu menghidupkan unggun api, kawasan khemah, pangkin dsb.


 


Menikmati kesejukan & ketenangan air..



 Perbarisan Perasmian Jambori Amal 2010
 Hari : Sabtu
Jam : 7.30pagi




Solat zohor subuh berjamaah & tazkirah dari Ust. Khalid


Berbaris utk dibahagikan kumpulan, dalam beberapa acara (games)


Explore Race
4X4 digunakan dalam game ini.

Malam Kebudayaan
 
 
Menunggu giliran utk buat persembahan


 Kami bergabung dgn Unit Amal Spg. Renggam
utk acara pd Malam Kebudayaan; Pentomen bertajuk "Cabaran & Harapan".
Akhirnya, kami mendapat tempat ke-3. Masa yg diberikan untuk bersedia adalah 30minit sahaja.
Tanpa skrip, spontan.

Acara Survival
Memupuk semangat berkumpulan serta belajar berdikari dalam
menyediakan makanan sekiranya bekalan makanan telah habis.

 Perbarisan Penutup Jambori Amal Johor




 Pemandangan Alam Semulajadi,
Hutan Simpan Endau Rompin (Ramako)



 Pertandingan Kawad Dlm Air


Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Bergambar sebelum menuju ke acara seterusnya,
Ziarah Amal di Perkampungan Orang Asli, Sungai Peroh, Kahang.



Ziarah Amal


Penghargaan buat wartawan Sinar Harian 
dari Jabatan Amal Johor

Kenangan di Ramako, Hutan Simpan Endau Rompin








No comments: