Wednesday, October 20, 2010

PAS disenangi umum

PAS mendapat sambutan khusunya pada pilihanraya umum ke-12 lalu, adalah hasil sokongan pengundi pelbagai kaum yang yakin bahawa parti itu dan rakan - rakannya yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan. 

Tersirat beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Antaranya, ahli - ahli PAS sama ada yang menjadi calon dan yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan itu mempunyai watak atau penampilan yang cukup berbeza dengan calon - calon Melayu beragama Islam yang mewakili parti kebangsaan Melayu.

Ini kerana bagi calon PAS yang bertanding, mereka disyaratkan agar sama sekali tidak merokok, memiliki tingkah laku yang baik, tidak mempunyai rekod buruk seperti pernah terlibat dengan jenayah dan sebagainya.

Bagi calon Muslimat pula, mereka wajib menutup aurat dengan sempurna seperti yang dikehendaki oleh syariat Islam. Ini bukan 'dress code' yang dicipta oleh pimpinan PAS malah ia adalah pemakaian yang telah ditetapkan oleh Islam. 



Ia amat berbeza berbanding calon - calon Melayu daripada parti kebangsaan. Syarat - syarat seumpama ini tidak penting. Mereka yang telah dikenali umum terlibat dengan tindakan salah laku, rasuah, skandal, menyokong samseng juga turut terpilih. Bagi calon - calon wanitanya, tidak disyariatkan menutup aurat dengan sempurna, lagi cantik dan menawan sudah tentu mendapat tempat untuk bergelar calon. 

Ini bermakna, calon - calon Melayu boleh diklasifikasikan dalam dua jenama. Satu jenama Islam dan satu lagi tidak Islamik, walaupun dari satu rumpun yang bangsa, yang membezakan ialah penampilan, cara berfikir, berpakaian, budi bahasa, yang diambil kira oleh pengundi yang semakin cerdik untuk menilai.

Telah terbukti pada pilihanraya yang lalu, bahawa pengundi bukan Islam boleh menerima calon - calon PAS. Selain kerana marah terhadap Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai sekatan terhadap peluang parti - parti lain yang bertanding menggunakan jentera kerajaan, mereka sudah mula beralih kepada PAS dan rakan - rakannya.

"Antara faktor lain adalah kerana orang - orang PAS yang bukan calon juga banyak memberi input positif kepada bukan Islam, dari sudut adab pergaulan, tidak ada perasaan buruk sangka terhadap mereka (bukan Islam), saling menghormati, bersikap sederhana dalam segenap tindak - tanduk."

Mereka juga sedia bersusah payah dalam apa jua keadaan tanpa memperlihat suka bermewah, sanggup menghadapi segala rintangan secara bersama, yang paling penting ialah sikap bertanggungjawab untuk menyelesaikan setiap isu yang dihadapi bersama calon.

Selain itu, faktor Muslimat juga amat berperanan kepada kejayaan, kemenangan calon yang bertanding. Dengan berpakaian sopan, meyakinkan pengundi bukan Islam, bahawa mereka bersedia pada bila bila masa untuk bekerja sebagai pelapis kepada pimpinan parti.

Kejayaan PAS seperti yang telah dinyatakan hingga diketahui umum adalah keperluan kepada mengekalkan imej sebagai ahli - ahli Parti Islam. Mereka sanggup bekerja walaupun tidak dibayar dengan elaun - elaun tertentu. Mereka bekerja dengan harapan untuk melihat Islam dapat didaulatkan pada suatu hari nanti, apabila ia mampu menguasai negara dan mendapat mandat rakan - rakan politik lain.

Jika bukan Islam pada pilihan raya lalu beralih untuk menyokong calon - calon PAS atas sebab - sebab yang sedia maklum, 

"apakah dalam tempoh empat hingga lima tahun pada pilihan raya ke-13??"
"apakah pada pilihan raya kecil di Dun Galas??"

PAS masih mampu untuk menang, atau mereka termasuk pengundi orang asal (Asli) di Gua Musang akan berpihak semula untuk mengundi calon  BN apabila tiada isu besar yang berlaku kemarahan mereka pun semakin reda.

Justeru itu, mereka perlu diberi pendedahan atau maklumat bagi mengisi ruang minda yang kosong dengan pengisian kebenaran daripada ahli - ahli PAS sama ada berdakwah secara lidah (lisanul maqal) atau secara body language (lisanulhal).

Tidak kurang juga para pemimpin perlu berperanan sebagai wakil - wakil rakyat yang berkesan, bukan sahaja menyahut KBSM, iaitu Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati semata - mata malah mempunyai hala tuju yang jelas ke mana mereka hendak membawa rakyat masing - masing dalam tempoh tersebut.

Ini semua bergantung kepada sejauh mana penglibatan mereka pada parti, kesungguhan, keikhlasan untuk melihat manusia seluruhnya kembali kepada asal fitrah dijadikan manusia di muka bumi iaitu hanya untuk beribadat kepada-NYA dalam bentuk dan skop yang luas sesuai dengan kesyumulan Islam. 

"Terdapat seorang pemimpin Umno yang sering mengungkapkan kenyataannya dengan kagum kepada ahli - ahli PAS yang sangat berdisiplin dalam segenap aktiviti mereka, sama ada disiplin terhadap kepimpinan, agenda dan program parti, disiplin terhadap janji - janji yang dibuat, menepati waktu, sanggup bekerja lebih masa walau tidak dibayar dengan wang ringgit, dan bermacam - macam lagi."

Ahli - ahli PAS perlu melihat kenyataan itu sebagai satu perkara positif walaupun ia datang daripada parti musuh tradisi. Ungkapan itu benar - benar memberi suntikan dan mafas baru kepad petugas - petugas PAS disegenap peringkat, bermula dari pihak atasan sehingga pihak bawahan kerana ia amat bermanfaat dalam mengukuhkan kedudukan parti yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat pelbagai kaum.

Bersambung sekejap lagi..

No comments: