Wednesday, October 20, 2010

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 5)

Peristiwa malam itu tidak dapat diikuti oleh Pakteh,dia tidak meninggalkan rumah pada malam itu kerana isterinya sedang sakit tenat.Tapi dia telah mengarahkan anaknya,Yusuf untuk menggantikan nya mengikuti program ceramah tersebut.Begitulah rutin Pakteh,dia tidak mahu ketinggalan untuk menuntut ilmu samaada melalui kuliah di masjid atau program ceramah.

Beberapa hari sebelum kejadian berdarah itu berlaku,Pak teh seakan dapat merasakan sesuatu.dia menjadi serba salah kerana pada masa yang sama Isterinya sedang sakit.Patutkah dia meninggalkan Isterinya terlantar di rumah.Bagaimanapun dua hari sebelum tragidi tersebut,Pak teh bertawakal kepada Allah dan bertekad untuk pergi.Rasa rindunya kepada gurunya sudah tidak dapat di bendung lagi.

Cerita-cerita tentang keganasan polis yang kedengaran menambahkan lagi kebimbangan nya terhadap keselamatan sahabat yang juga gurunya Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Sebelum meninggalkan rumah beliau sempat berpesan kepada Isterinya agar menjaga anak-anak.




18 November 1985, Kelihatan semakin kerab pihak polis mengadakan rondaan di kampong Memali. sesetengahnya sudah tidak bergerak seolah-olah mereka akan berkubu di situ.
semakin lama semakin banyak kereta polis memasuki kampung Memali.
Selepas Maghrib orang kampung dapat tahu bahawa pihak polis mula berkemah di kawasan berhampitran rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Ustaz Ibrahim menerima berita itu dengan tenang dan kuliah pada malam itu di teruskan seperti biasa.Pada malam itu Ustaz Ibrahim menyatakan pada murid-muridnya yang beliau tidak akan menyerah diri walau apa pun yang berlaku.Beliau menegaskan yang pihak polis hanya boleh menyentuh tubuhnya setelah tubuhnya menjadi mayat.

Bagaimanapun suasana pada malam itu seperti biasa cuma kadang-kadang di kejutkan dengan kehadiran orang-orang tertentu yang meminta Asyahid Ustaz Ibrahim menyerah diri.Pada malam itu Pak teh berkawal di kedai yang tidak jauh dari rumah ustaz Ibrahim,Disamping berbincang mereka berzikir sambil membayangkan apa akan berlaku esok hari.

Keesokan harinya,sebelum subuh Pakteh datang semula ke rumah Ustaz Ibrahim untuk persiapan solat subuh berjemaah dan kuliah yang akan di adakan selepas solat seperti hari-hari sebelumnya.



Setelah itu,Lebih kurang jam 7.00 pagi,kelihatan kereta polis semakin bayak di kawasan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim.Terdapat juga beratus - ratus anggota polis hutan (PPH)atau sekarang di kenali sebagai PGA yang terdiri dari anggota lelaki dan wanita.Kelihatan juga van dan trak dari unit FRU dalam jumlah yang cukup ramai dan sebuah kereta perisai seolah-olah kampung Memali menjadi medan perang.

Kerana bimbangkan keselamatan Ustaz Ibrahim orang - orang kampung mula berkumpul beramai-ramai di rumah Ustaz Ibrahim,Ustaz Ibrahim mengingatkan mereka supaya jangan ada antara mereka yang memulakan angkara tidak baik,sikap mereka hanyalah mempertahankan diri.Orang ramai kelihatan tenang tanpa ada sebarang kekacauan.

Sebelum ini mereka tidak pernah terlintas untuk berhadapan suasana begini,Ustaz Ibrahim tidak pernah melatih murid-murid nya secara militan.sebelum ini Asyahid Ustaz Ibrahim ada memiliki senapang patah RELA.yang digunakan di kebun.Untuk mengelakkan keadaan bertambah gawat Ustaz Ibrahim telah menyerahkan senapang itu kepada polis.Tidak terlintas dihatinya untuk bergaduh dengan sesiapa apatah lagi dengan pihak polis.Apa yang beliau lakukan ialah menyampaikan kebenaran.



Bersambung seterusnya, bagaimana detik-detik cemas apabila pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan terkena seorang kanak-kanak perempuan sehingga pengsan. Orang - orang kampung menyangkakan kanak-kanak itu telah mati.

No comments: