Wednesday, October 20, 2010

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 8) : AKHIR

PakTeh masih lagu terbaring di serambi rumah Ustaz Ibrahim,dia hanya mampu melihat apa yang berlaku sambil berdoa jika dia ditakdirkan mati pada hari itu biarlah dia diterima oleh Allah sebagai seorang yang syahid disisiNya.
Satu demi satu rakan-rakannya rebah kebumi,jumlah yang terkorban dan yang cedera sudah tak terbilang lagi.

Setelah beberapa ketika barulah tembakan dari pihak polis mula berhenti.Kini bunyi tangisan dan ratapan anak-anak kecil dan wanita kematian ayah dan suami.Termasuklah suara yang amat Pak Teh kenali iaitu suara dari Isteri Ustaz Ibrahim Sendiri.

Tahulah Pakteh bahawa gurunya dan temannya itu telah terkena tembakan.
Rebahlah seorang mujahid dihadapan isteri.Dengan segera Asyahid di pangku oleh isterinya .Dengan lembut dia mengusap dahi suaminya ,bersama titisan darah merah dari tubuh suaminya bercampur airmata isteri tersayang.


"Sudah sampai apa yang abang doakan selama ini,bersyukurlah,mengucaplah"kata isteri Asyahid Ibrahim Libya

"Abang kena apa?"

"Kena tembak"

"Alhamdulillah"

Itulah antara suasana yang dapat dilihat oleh Pak Teh didepan matanya sendiri.

"Serah diri,serah diri,Sergah seorang polis sambil menghala kearah Isteri Ustaz Ibrahim.
Orang-orang kampung yang tidak cedera diarahkan menyerah dan di bawa menaiki trak polis yang sedah sedia menunggu.

Ada di kalangan penduduk kampung yang cuba membantu rakan-rakan yang cedera dihalang oleh pihak polis bahkan di hentak dengan M16.

Pak Teh yang terbaring menghala kearah pintu pagar dapat menyaksikan pihak polis mengusung orang -orang kampung yang mati ,antaranya rakannya yang juga Gurunya yang di kasihi Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Kemudian ada seorang anggota polis menghala kearah Pak Teh sambil berkata "Janggut ni hidup lagi"
Pakteh yang dalam keadaan lemah kerana sudah banyak kehilangan darah hanya mampu membiarkan tubuhnya diusung dan di campakkan kedalam trak polis bersama dengan mayat-mayat orang-orang kampung yang telah meninggal.

Selepas itu Pak Teh dibawa ke Hospital Besar Alor Star untuk dirawat selama Lebihkurang sebulan sebelum di hantar ke Kem Kamunting selama 2 tahun.

 Makam As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya

-Tamat-
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: