Wednesday, October 20, 2010

VIDEO :: TRAGEDI MEMALI AT BALING

 

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 8) : AKHIR

PakTeh masih lagu terbaring di serambi rumah Ustaz Ibrahim,dia hanya mampu melihat apa yang berlaku sambil berdoa jika dia ditakdirkan mati pada hari itu biarlah dia diterima oleh Allah sebagai seorang yang syahid disisiNya.
Satu demi satu rakan-rakannya rebah kebumi,jumlah yang terkorban dan yang cedera sudah tak terbilang lagi.

Setelah beberapa ketika barulah tembakan dari pihak polis mula berhenti.Kini bunyi tangisan dan ratapan anak-anak kecil dan wanita kematian ayah dan suami.Termasuklah suara yang amat Pak Teh kenali iaitu suara dari Isteri Ustaz Ibrahim Sendiri.

Tahulah Pakteh bahawa gurunya dan temannya itu telah terkena tembakan.
Rebahlah seorang mujahid dihadapan isteri.Dengan segera Asyahid di pangku oleh isterinya .Dengan lembut dia mengusap dahi suaminya ,bersama titisan darah merah dari tubuh suaminya bercampur airmata isteri tersayang.


"Sudah sampai apa yang abang doakan selama ini,bersyukurlah,mengucaplah"kata isteri Asyahid Ibrahim Libya

"Abang kena apa?"

"Kena tembak"

"Alhamdulillah"

Itulah antara suasana yang dapat dilihat oleh Pak Teh didepan matanya sendiri.

"Serah diri,serah diri,Sergah seorang polis sambil menghala kearah Isteri Ustaz Ibrahim.
Orang-orang kampung yang tidak cedera diarahkan menyerah dan di bawa menaiki trak polis yang sedah sedia menunggu.

Ada di kalangan penduduk kampung yang cuba membantu rakan-rakan yang cedera dihalang oleh pihak polis bahkan di hentak dengan M16.

Pak Teh yang terbaring menghala kearah pintu pagar dapat menyaksikan pihak polis mengusung orang -orang kampung yang mati ,antaranya rakannya yang juga Gurunya yang di kasihi Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Kemudian ada seorang anggota polis menghala kearah Pak Teh sambil berkata "Janggut ni hidup lagi"
Pakteh yang dalam keadaan lemah kerana sudah banyak kehilangan darah hanya mampu membiarkan tubuhnya diusung dan di campakkan kedalam trak polis bersama dengan mayat-mayat orang-orang kampung yang telah meninggal.

Selepas itu Pak Teh dibawa ke Hospital Besar Alor Star untuk dirawat selama Lebihkurang sebulan sebelum di hantar ke Kem Kamunting selama 2 tahun.

 Makam As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya

-Tamat-
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 7)

Pak Teh mendengar pintu pagar di rempuh,setelah dilihat kereta kebal mula berada di hadapan rumah Pakteh mengarahkan semua Muslimat dan Kanak-kanak yang ada di situ berundur ke bahagian belakang rumah.

Beberapa anggota polis dilihat cuba menembak salah seorang penduduk kampung(Paksu Man). Demi mempertahankan Paksu Man, Pakteh meluru kearah polis dengan parang panjang di tangan.Kemudian bumyi tembakan tidak henti-henti kedengaran disambut dengan laungan takbir dari penduduk kampung.

Bermulalah satu sejarah hitam keganasan polis di Malaysia di bawah arahan Umno dan BN.Satu bukti kerakusan pemerintah dalam mengamalkan demokrasi.Berulang kembali lagenda raja bersiung di negeri kedah di sebuah kampung terpencil daerah baling mukim siong.

Tapi kali ini siong itu bukan dari raja tetapi dari seorang penguasa sebuah negara berdaulat dipanggil Malaysia yang berasal dari kedah(Mahathir Mohammad)

Pakteh sudah tidak peduli lagi dengan hujan peluru yang meluru berpusu-pusu kearahnya.Demi membela kebenaran,demi Islam dia sanggup menghadapi apa saja.Tiba-tiba Pakteh merasakan dirinya lemah.Parang ditangannya mula terlepas.Darah mula mengalir dari tangan dan angota badanya.Pak Teh terkena peluru polis.Pak Teh cuba berlutut tapi akhirnya dia rebah ketanah.

PakTeh menceritakan ,walaupun dalam keadaan begitu dia masih lagi sedar dan tidak pengsan.Tidak berapa lama kemudian bunyi tembakan berhenti.Setelah reda tembakan dari pihak polis ,Pak Teh dapat mendengar bunyi tangisan anak-anak kecil yang mungkin juga terkena tembakan atau menagisi kematian ayah atau ibu mereka.Juga dapat kedengaran di telinga Pak Teh suara tangisan dari wanita.Dalam situasi begitu Pakteh hanya berdoa mengharapkan pertolongan Allah sahaja.


Badannya sudah tidak bermaya lagi dan tidak berdaya untuk berdiri.Namun begitu menurut Pak Teh dia tidak terasa sakit atau dahaga cuma merasa sedikit kebas pada badannya.Biasanya orang yang terkena peluru akan merasa dahaga kerana belerang yang ada dalam peluru itu boleh membakar bahagian badan.Pakteh sendiri merasa hairan kenapa dia tidak merasa sakit bila terkena peluru.Mungkin ini adalah pertolongan Allah kepada orang yang Ikhlas seperti PakTeh.

Waktu terbaring di situ suasana sedih mula menghantui Pak Teh,bukan sedih kerana dirinya tetapi mengenang kepada nasib kanak-kanak yang kehilangan ibu atau ayah yang di tembak.Bagaimana dengan nasib orang-orang kampung yang kehilangan saudara mara selepas ini.

Tidak pernah terfikir pada fikiran PakTeh pihak kerajaan yang yang di ketuai oleh seorang Islam yang juga berasal dari negeri Kedah sanggup berbuat demikian kepada orang yang seagama,dan sebangsa dengan mereka.

Dalam cuaca panas itu tiba-tiba hujan renyai-renyai mulai turun seakan membelai tubuh-tubuh yang tumbang.Kemudian PakTeh dapat merasakan seseorang mendekati tubuhnya,Polis itu memohon maaf kepada PakTeh dan memberitahu bahawa bukan dia yang menembak PakTeh.Suaranya agak tersekat-sekat dan dari cara percakapannya PakTeh dapat merasakan ada simpati dari angota Polis ini terhadap dirinya.Polis itu kemudiannya menyapu ubat pada luka-luka di badan PakTeh dan kemudiannya mengangkat Pakteh dan meletakkan ke serambi rumah Ustaz Ibrahim.



Kisah ini sepatutnya sudah cukup untuk menginsafkan pihak berkuasa.Apa yang berlaku di memali sepatutnya boleh menimbulkan kesedaran agar keganasan mereka tidak berulang lagi.
Alfatihah kepada mangsa-mangsa Memali.

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 6)

Melihat kepada jumlah anggota polis yang ramai lengkap bersenjata,di iringi sebuah kereta kebal.Orang -orang kampung terpaksa mempertahankan diri walaupun hanya dengan memegang pisau dapur dan lastik. Ada 2-3 orang yang memegang parang panjang yang biasanya di gunakan di kebun.Pada fikiran mereka pada masa itu,pasti pihak polis akan menyerang kampung mereka itu.

seperti yang pernah di ceritakan oleh Pakteh,Lebih kurang jam 8 pagi,setiap penjuru rumah Ustaz Ibrahim mula di kepung polis.Kereta perisai sudah berada di hadapan pintu pagar rumah Asyahid dan bersedia merempuh bila2 masa saja.

Tidak berapa lama,kedengaran loceng dari trak FRU. Pihak polis kemudian meminta orang-orang kampung serah diri.Seruan itu di sambut dengan laungan takbir yang bergema dari orang-orang kampung.



Tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak kecil yang ada bersama dengan ibu bapa mereka,pihak polis kemudian telah melepaskan gas pemedih mata kearah orang-orang kampung.

Berbagai usaha dilakukan oleh orang kampung untuk menghadapi situasi tersebut.Ada yang menutup mata dengan serban basah,ada yang membasuh muka di perigi berdekatan,ada juga yang mengambil kain basah menutup bom asap yang belum meletup.

Dalam situasi tersebut tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan telah pengsan ,mulutnya berbuih,orang-orang kampung menyangkakan dia telah mati.Salah seorang orang kampung,Cikgu Syafie, hilang sabar apabila menyangka kanak-kanak perempuan itu telah mati dan telah meluru kearah pihak polis dengan parang panjang.

Belum sempat dia bertindak,cikgu syafie telah di tembak dalam jarak yang cukup dekat.Walaupun rebah kemudian dia bangun semula dan kali ini ,cikgu Syafie sekali lagi di tembak berkali-kali sehingga gugur sebagai korban pertama peristiwa berdarah tersebut.
Hampir dua jam,pihak polis masih lagi melepaskan berpuluh-puluh bom asap,tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak yang ada di situ.Orang-orang kampung sibuk bergelut dengan kepulan bom asap tersebut.Hampir 12.30 tengahari,baru lah pihak polis menghantar wakil untuk berunding dengan orang kampung.

Pakteh mewakili penduduk kampung dan pihak polis diwakili Pengarah Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam pada masa itu 'Dato'Yahya Yeop'.

Pakteh menyatakan dengan tegas kepada Dato' Yahya Yeop, "tak ada apa yang hendak dirundingkan lagi sedangkan pihak polis telah membunuh seorang penduduk kampung(cikgu Syafie)
Kenyataan Pak Teh menyebabkan Dato' Yahya Yeop terdiam seketika,dia mengakui memang ada kebenaran kata-kata pakteh tersebut.

kemudian Dato'Yahya Yeop berkata "Kami nak 4 orang Penjenayah yang ada di sini serah diri"

"siapa?'

"er-er-errr..,Dato'Yahya tidak dapat menjawab lalu memanggil ketua polis baling yang berada tidak jauh dari situ


"siapa nama penjenayah tu.Mana waran tangkapnya?"Tanya dato'Yahya Yeop kepada ketua Polis baling.

Ketua polis Baling membaca nama-nama yang tercatit pada waran tangkap tu"Mohd.Ali bin Yatim,Ramli bin Che Mid,Yusuf bin che Mid,dan Ibrahim bin Mahmud(Ustaz Ibrahim Libya)

kata pakteh"Mereka bertiga tak ada di sini encik,Ustaz Ibrahim ada tapi dia tak mahu serah diri"

"Encik Ustaz Ibrahim tu tokguru kami,Dia tak ada apa-apa salah,dia tak membunuh orang.Dia hanya mengajar orang kampung buat baik,berdakwah.Kalau encik tangkap dia dimana lagi kami nak mengaji.Janganlah tangkap dia encik"
"Saya tak tahu berkenaan perkara tu,Kalau saya tahu perkara sebenar tentu saya tak datang.Saya di arah untuk datang tangkap penjenayah"Dato' Yahya Yeop mula rasa serba salah.

"Encik, kalau masa dulu kerajaan boleh berunding dengan Chin Peng di Baling ni dengan tidak tumpah darah.Komunis tu bunuh orang kita,ramai askar,polis yang mereka bunuh,tapi kerajaan boleh berunding dengan baik"Pakteh berhujjah.

Dato'Yahya hanya memandang kearah Pakteh setelah mendengar hujjah Pakteh,kemudian berkata"Saya nak awak bertemu dengan ustaz awak,mintak dia serah diri saja"

Pakteh kemudian menemui Ustaz Ibrahim menceritakan perbincangan tersebut.Asyahid Ustaz Ibrahim tetap dengan pendiriannya.Pakteh sekali lagi bertemu dengan Dato' Yahya.

"Hah..! ,apa kata ustaz awak?'

"Ustaz Ibrahim kata dia tidak akan serah diri kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan"

"Kalau begitu baiklah,saya bagi tempoh kepada awak semua 5 minit untuk serah diri.Selepas itu kalau berlaku apa-apa bukan lagi menjadi tanggungjawab saya.Sama ada hidip atau matu penjenayah ini tetap kami akan ambil"Kata Dato' Yahya Yeop sambil beredar dari situ
"Kami berserah kepada Allah" balas Pakteh

Baru beberapa langkah pakteh menoleh ke belakang ,Pakteh mendengar pintu pagar telah di rempuh dengan kereta kebal mula bergerak di hadapan rumah Ustaz Ibrahim.Diikuti beratus-ratus anggota polis dan unit UTK bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.

Melihat situasi yang makin tegang Pakteh mengarahkan muslimat dan kanak-kanak berundur ke bahagian belakang rumah

Bersambung Siri 7

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 5)

Peristiwa malam itu tidak dapat diikuti oleh Pakteh,dia tidak meninggalkan rumah pada malam itu kerana isterinya sedang sakit tenat.Tapi dia telah mengarahkan anaknya,Yusuf untuk menggantikan nya mengikuti program ceramah tersebut.Begitulah rutin Pakteh,dia tidak mahu ketinggalan untuk menuntut ilmu samaada melalui kuliah di masjid atau program ceramah.

Beberapa hari sebelum kejadian berdarah itu berlaku,Pak teh seakan dapat merasakan sesuatu.dia menjadi serba salah kerana pada masa yang sama Isterinya sedang sakit.Patutkah dia meninggalkan Isterinya terlantar di rumah.Bagaimanapun dua hari sebelum tragidi tersebut,Pak teh bertawakal kepada Allah dan bertekad untuk pergi.Rasa rindunya kepada gurunya sudah tidak dapat di bendung lagi.

Cerita-cerita tentang keganasan polis yang kedengaran menambahkan lagi kebimbangan nya terhadap keselamatan sahabat yang juga gurunya Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Sebelum meninggalkan rumah beliau sempat berpesan kepada Isterinya agar menjaga anak-anak.




18 November 1985, Kelihatan semakin kerab pihak polis mengadakan rondaan di kampong Memali. sesetengahnya sudah tidak bergerak seolah-olah mereka akan berkubu di situ.
semakin lama semakin banyak kereta polis memasuki kampung Memali.
Selepas Maghrib orang kampung dapat tahu bahawa pihak polis mula berkemah di kawasan berhampitran rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Ustaz Ibrahim menerima berita itu dengan tenang dan kuliah pada malam itu di teruskan seperti biasa.Pada malam itu Ustaz Ibrahim menyatakan pada murid-muridnya yang beliau tidak akan menyerah diri walau apa pun yang berlaku.Beliau menegaskan yang pihak polis hanya boleh menyentuh tubuhnya setelah tubuhnya menjadi mayat.

Bagaimanapun suasana pada malam itu seperti biasa cuma kadang-kadang di kejutkan dengan kehadiran orang-orang tertentu yang meminta Asyahid Ustaz Ibrahim menyerah diri.Pada malam itu Pak teh berkawal di kedai yang tidak jauh dari rumah ustaz Ibrahim,Disamping berbincang mereka berzikir sambil membayangkan apa akan berlaku esok hari.

Keesokan harinya,sebelum subuh Pakteh datang semula ke rumah Ustaz Ibrahim untuk persiapan solat subuh berjemaah dan kuliah yang akan di adakan selepas solat seperti hari-hari sebelumnya.



Setelah itu,Lebih kurang jam 7.00 pagi,kelihatan kereta polis semakin bayak di kawasan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim.Terdapat juga beratus - ratus anggota polis hutan (PPH)atau sekarang di kenali sebagai PGA yang terdiri dari anggota lelaki dan wanita.Kelihatan juga van dan trak dari unit FRU dalam jumlah yang cukup ramai dan sebuah kereta perisai seolah-olah kampung Memali menjadi medan perang.

Kerana bimbangkan keselamatan Ustaz Ibrahim orang - orang kampung mula berkumpul beramai-ramai di rumah Ustaz Ibrahim,Ustaz Ibrahim mengingatkan mereka supaya jangan ada antara mereka yang memulakan angkara tidak baik,sikap mereka hanyalah mempertahankan diri.Orang ramai kelihatan tenang tanpa ada sebarang kekacauan.

Sebelum ini mereka tidak pernah terlintas untuk berhadapan suasana begini,Ustaz Ibrahim tidak pernah melatih murid-murid nya secara militan.sebelum ini Asyahid Ustaz Ibrahim ada memiliki senapang patah RELA.yang digunakan di kebun.Untuk mengelakkan keadaan bertambah gawat Ustaz Ibrahim telah menyerahkan senapang itu kepada polis.Tidak terlintas dihatinya untuk bergaduh dengan sesiapa apatah lagi dengan pihak polis.Apa yang beliau lakukan ialah menyampaikan kebenaran.



Bersambung seterusnya, bagaimana detik-detik cemas apabila pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan terkena seorang kanak-kanak perempuan sehingga pengsan. Orang - orang kampung menyangkakan kanak-kanak itu telah mati.

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 4)

Pada Minggu lepas di ceritakan percubaan kerajaan BN untuk menahan Asyahid Ustaz Ibrahim dibawah akta ISA tetapi tak berjaya kerana di sembunyikan oleh murid-murid beliau.

Setelah lebih kurang 40 hari disembunyikan masjid tempat asyahid selalu mengadakan usrah mulai sunyi dari pengajian dan pembelajaran agama dari beliau.

Ini menyebabkan murid-murid beliau menjadi rindu untuk mendengar kuliah dan usrah dari beliau membawa Asyahid pulang kembali secara sembunyi.


Setelah itu Asyahid Ustaz ibrahim meneruskan semula usrah beliau di masjid - masjid seperti selalu dilakukannya tetapi kali ini secara sembunyi.Ini di ambil kesempatan oleh kerajaan Umno untuk memfitnah beliau,menuduh beliau mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya mencetusnya peristiwa berdarah tersebut.

didalam peristiwa tersebut Pakteh(pencerita), telah terkena 14 das tembakan dari jarak dekat tak sampai 10 meter.tapi apa yang menghairankan orang lain dan Pakteh sendiri ialah walaupun darahnya mengalir begitu banyak,pakteh tidak pengsan atau merasa sakit.

Bahkan angota polis yang bertugas menghimpunkan mayat-mayat dan mangsa yang cedera tercengang melihat Pakteh masih lagi melemparkan senyuman kepada mereka.
Mungkin inilah satu tanda rahmat Allah kepada orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agamanya.

Begitu juga kepada petugas hospital,mereka juga hairan bagaimana pakteh langsung tidak merasa sakit dengan kecederaan tersebut.Padahal pesakit yang lain tidak begitu.

Menurut pakteh setelah Asyahid dibawa pulang kembali dari tempat persembunyiannya,rumah Asyahid sentiasa dikawal rapi oleh murid-muridnya secara bergilir-gilir setiap malam.
Ada juga cerita aneh dari pihak polis yang meronda sekitar kampung tersebut,pada malam hari mereka mengatakan pernah melihat sekumpulan orang berjubah putih sedang berada di atas bumbung rumah asyahid.

Sesetengah mereka pula mengatakan mendengar suara zikir dan takbir yang sangat kuat apabila mendekati rumah asyahid.Ini menyebabkan usaha untuk menagkap Asyahid menjadi sukar.Tetapi kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan.

Sebelum peristiwa Memali,telah berlaku satu krisis yang agak tegang antara pihak polis dan orang kampung.



Pada malam 20 oktober 1985,satu ceramah telah diadakan di perkarangan Madrasah Islahiah Diniah yang mana penceramahnya ialah Ustaz Awang Bakar dari terengganu dan Ustaz Ibrahim Libya sendiri.

Seperti biasa jika ada ceramah Pas pihak polis akan adakan sekatan jalanraya,dalam satu sekatan menuju kg,Weng pihak polis telah menahan seorang pemandu van kerana menyimpan parang panjang.walaupun sudah dijelaskan oleh pemandu tersebut bahawa parang tersebut memang sentiasa ada di simpan dalam vannya kerana digunakan untuk membuat kerja-kerja kebun,menebas dan sebagainya.
Perkara ini memang biasa di kampung-kampung,malah ada yang menyimpan parang panjang dalam motorsikal.

Kejadian ini menyebabkan beberapa orang kampung yang panas baran telah menawan beberapa orang anggota polis termasuklah Ketua Polis daerah Baling sebagai tebusan.Mereka mahu polis membebaskan pemandu van tersebut barulah mereka membebaskam angota polis tersebut.Akhirnya pihak polis terpaksa akur.


Selepas kejadian malam itulah pihak polis terutama Ketua Polis Daerah Baling,dikatakan berdemdam dengan penduduk kampung menyebabkan polis mula memusuhi penduduk setempat.

Bersambung Siri 5

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 3)

 Kesan Tembakan di bahu PakTeh

Hari demi hari ceramah-ceramah asyahid Ustaz Ibrahim mula mendapat sambutan yang menggalakkan.boleh dikatakan hampir setiap malam program ustaz Ibrahim dipenuhi dengan ceramah dari satu tempat ke satu tempat sehingga ke negeri -negeri lain seperti perak,pulai pinang,perlis dan negeri-negeri di pantai timur.

Selalunya apabila ada program ceramah Pakteh adalah orang yang kerab menemani Asyahid ustaz Ibrahim.Kesempatan ini diambil oleh pakteh untuk menambahkanlagi pengetahuannya.
Dalam perjalanan ketempat-tempat ceramah pakteh selalu berbincang dengan Ustaz Ibrahim berkenaan dengan isu-isu agama.ini menyebabkan hubungan Pakteh dan Ustaz Ibrahim semakin erat.

 Pakteh menunjukkan tangan kirinya yang bengkok akibat tembakan

Menurut pakteh,ustaz Ibrahim seorang yang tegas,beliau tidak pernah merasa gentar untuk menegur sesiapa sahaja jika dirasakan perkara itu tidak betul.Pada suatu ketika,pengasas Madrasah itifaqiah Carok putih,Lebai Ya'kub merasa tercabar tengan pengaruh asyahid yang mula mengatasinya.Lebih-lebih lagi apabila ustaz Ibrahim mula bertanya tentang pentadbiran dan keewangan madrasah.Bermula dari sini akhirnya tercetuslah perang dingin antara lebai Ya'kub dengan asyahid ustaz Ibrahim Libya.


Akhirnya asyahid tidak lagi dibenarkan mengajar di sekolah tersebut lagi.Beberapa ahli Pas kawasan tersebut mempelawa ustaz Ibrahim untuk mengajar di surau berdekatan.Akhirnya Ustaz Ibrahim membuka Madrasah Islahiah Diniah,Kg.Memali.
Berkat keikhlasan asyahid Ustaz Ibrahim,madrasah tersebut terus mendapat sambutan dari masyarakat tempatan dan orang luar.

Lebai Ya'kub kemudian mengistiharkan diri menyertai Umno menyebabkan penyokong-penyokong pas meninggalkan Lebai Ya'kub dan belajar dengan Ustaz Ibrahim pula.
Ustaz Ibrahim Libya mula dikenali umum khususnya berkaitan ketegasan beliau berkaitan perbezaan Fahaman Islam Pas dan Umno.Beliau menerangkan secara terpeinci bagaimana orang yang menyokong pas dapat pahala dan menyokong Umno dapat dosa.Inilah yang menyebabkan
pempinan Umno pada masa gelisah yang akhirnya membawa kepada percubaan penangkapan beliau dibawah akta ISA.Kisah seterusnya bersambung minggu hadapan.

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 2)

Seperti yang saya katakan hari sabtu lepas,minggu ini saya akan ceritakan serba sedikit biodata diri PakTeh,pencerita yang menceritakan kisah sebenar tragidi memali.
Nana sebenar Pakteh ialah MatPiahYunus.Pakteh mula mendapat pendidikan awak di sekolah rendah Keb.weng,Baling Kedah.Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya.walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.
PERSEKOLAHAN
Pakteh meceritakan,sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan.Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan .Selepas Tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Khairiah,Kg.Pisang Baling Kedah.Namun begitu pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masaalah keewangan.


Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah,Kg.Charok Putih ,Weng Kedah.Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena,Seberang Prai,Asyahid juga pernah menuntut di NilamPuri Kelantan sebelum ke Deoban India,Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.

Pakteh pula,walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi.Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian.Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi,pengasas pondok Lanai.Tuan Guru Hj yahya Kupang(meninggal)dan Lebai Yaakub,Pengasas sekolah Agama Carok Putih,Weng.
KERJAYA
Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun.Pakteh pernah menjadi pemandu van,menghantar barang-barang runcit ke kedai-kedai runcit.


kisah seterusnya Minggu hadapan.Akan diceritakan bagaimana dalam peristiwa Memali berdarah itu Pakteh ditembak dan 14 biji peluru M16 hinggap ketubuhnya dari jarak kurang 10 meter.(ijoks2009)

Kisah Sebenar Peristiwa Memali (Siri 1)


Kisah benar ini saya petik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997)Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal,kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.

Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang
menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.

November 1985,Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal,di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16.Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku PM pada masa itu.

Walaupun sudah lebih 12 tahun peristiwa hitam itu berlaku namun saya merasa terpanggil untuk menceritakan kisah sebenar ini memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini.Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.


Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS.
1984,Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pempinan pas dan penceramah-penceramah yang popular pada masa itu.Antara penceramah pas yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah,Ustaz Bunyamin Yaakub(Arwah),Ustaz Latif Muhammad,Ustaz Abu Bakar Chik,Hj.Mohammad Sabu(Abang Mat),Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.

Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri sepertimana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah.
Beliau kemudian di sembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang.Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya.walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid di kampung beliau.


Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.
Kisah seterusnya akan bersambung minggu hadapan.Akan saya akan ceritakan sedikit latar belakang pencerita iaitu Pakteh.Siapakah beliau,cara hidup beliau dan hubungan beliau dengan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Malaysia bagaimana

Malaysia Bankrap


"Bajet 2011 berjumlah RM213 bilion, RM162.8 bilion untuk belanja mengurus, RM49.2 bilion untuk pembangunan. Maknanya belanja mengurus 3 kali ganda belanja pembangunan. JPM sendiri terima peruntukan sehingga RM15 bilion berbanding RM78 juta untuk parlimen."

Bajet ini satu petunjuk yang sangat jelas, pilihan raya sudah dekat. Bajet yang disasarkan untuk mendapat undi, bukan ekonomi berpendapatan tinggi. GST tak jadi dibuat, elaun pengerusi JKKK dan elaun mesyuarat JKKK naik, elaun Tok Batin naik, elaun Tok Imam naik (tapi kenapa bilal tak naik), elaun guru KAFA naik, imbuhan yang pelbagai tapi adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut? Atau imbuhan-imbuhan ini hanya perangkap. Apa perlunya dibina Menara Warisan PNB setinggi 100 tingkat dengan kos RM5 billion tetapi beban hidup rakyat tidak diringankan.

"Menarik kononnya untuk menghargai kaum wanita, cuti bersalin dianjalkan 60 hari ke  90 hari, ada orang kata kerajaan pusat tiru dasar cuti bersalin 90 hari kerajaan PR Selangor. Sebenarnya tidak. Dianjalkan dari 60 hari kepada 90 hari, maknanya kakitangan awam wanita boleh tentu sendiri berapa hari mereka nak cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan maksima 300 hari sepanjang perkhidmatan. Berapa puluh tahun pun seorang wanita bekerja dengan kerajaan, cuti bersalin mesti tak lebih 300 hari. Tak ada tambahan apa-apa. Maknanya boleh beranak setakat 3 orang saja. Lepas itu tak ada dah cuti. Kalau siapa nak beranak 5 tetap kena ambil cuti bersalin 60 hari sebab 60 x 5 = 300. Tak sama dengan dasar cuti bersalin 90 yang kerajaan Selangor buat. Jangan cepat rasa seronok. Kena kira betul-betul."

First Lady Rosmah bukan menteri kabinet  tetapi Program TADIKA PERMATA PINTAR Rosmah seakan  ambil alih dan mengecilkan peranan kementerian Shahrizat. Walaupun Rosmah tak ada sebarang jawatan rasmi, tapi program PERMATA yang dia urus  dapat bajet istimewa. RM111 juta peruntukan  hasil duit rakyat diberikan seorang suami kepada first lady tersayang sedangkan untuk SAR rendah dan menengah hanya RM95 juta diperuntukan. Satu lagi projek kerajaan BN. Isteri didahulukan, SAR dianak tirikan.

Duti  import antara 3 hingga 5 peratus dimansuhkan untuk kira-kira 300 jenis barang-barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan seperti beg tangan berjenama, kasut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian dalam, seluar dalam, minyak wangi. Mampukah rakyat biasa beli beg tangan berjenama? Kalau mampu pun, apakah ini keperluan mendesak. Penyembur rambut, minyak wangi, seluar dalam import. Semua ni keperluan siapa? Keperluan orang kampung atau keperluan mak datin. Seluar dalam pun masuk bajet. Ada orang kampung pakai minyak wangi import, penyembur rambut import? Berapa ramai rakyat biasa pakai dompet berjenama? Kalau Bajet untuk rakyat, rakyat mana? Apakah rakyat dengan makna kita masyarakat bawahan atau dengan makna ahli politik dan kroni. Kalau bukan untuk rakyat biasa maknanya ia satu lagi bajet untuk kemudahan dan keselesaan warga yang berada. Mereka sebut projek mega di situ, projek mega di sini, hakikatnya berbillion ringgit akan dapat kepada kroni, rakyat hanya dapat ratusan ringgit.

Masa Najib bentang bajet kelmarin, saya tengah memandu di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Perak, sambil mengikuti perbentangan bajet di dalam kereta. Menarik bila diumumkan, untuk pengguna-pengguna Lebuh Raya PLUS saya dengan sukacitanya mengumumkan… PM berhenti sekejap, saya menjangkakan kalau tak dimansuhkan tol mesti sekurang-kurangnya kerajaan mengurangkan kadar tol. Rupa-rupanya… dengan sukacitanya saya mengumumkan kadar tol di semua 4 lebuh raya kendalian PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun. Ingatkan nak diumumkan tol dimansuhkan atau sekurang-kurangnya diturunkan. Mungkin ada pemandu di lebuh raya PLUS yang senak perut, tergelak dengar pengumuman ini. Rupanya nak bagi tahu tol tak naik. Tak naik tak payahlah diumumkan. Saya yakin PLUS tak terjejas apa-apa ekoran kadar tol tidak dinaikkan kerana mereka mempunyai perjanjian dengan kerajaan: Sebarang kekurangan pendapatan PLUS ekoran kadar tol yang tidak dinaikkan akan ditampung pihak kerajaan. Ditampung pihak kerajaan maknanya duit rakyat akan digunakan.

Apa pula keperluan ubah suai Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dengan kos mencecah RM65 juta. Bukankah ia baru saja diubah suai. Apakah ubah suai ini atas kehendak Rosmah? Sekiranya begini duduk perkara maka  amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai ‘First Lady’ yang berselera dan bernafsu tinggi sehingga sang suami perlu membelanjakan puluhan juta ringgit duit rakyat demi memenuhi selera isteri tercinta.

Termasuk tahun ini telah 14 tahun berturut-turut kerajaan BN membentangkan bajet defisit. Untuk Bajet 2011, jumlah defisit kira-kira RM1 billion. Menjadi persoalan kenapa perlu kerajaan berbelanja melebihi pendapatan. Berbelanja melebihi pendapatan bermakna negara perlu berhutang. Setakat tahun ini sahaja jumlah hutang Negara telah mencapai hampir RM400 billion. Kalau kita terus berhutang tanpa mampu menjelaskannya, memang jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Idris Jala, Negara kita menuju bankrap menjelang 2019, setahun sebelum kita mencapai status negara maju 2020.

PAS disenangi umum

PAS mendapat sambutan khusunya pada pilihanraya umum ke-12 lalu, adalah hasil sokongan pengundi pelbagai kaum yang yakin bahawa parti itu dan rakan - rakannya yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan. 

Tersirat beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Antaranya, ahli - ahli PAS sama ada yang menjadi calon dan yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan itu mempunyai watak atau penampilan yang cukup berbeza dengan calon - calon Melayu beragama Islam yang mewakili parti kebangsaan Melayu.

Ini kerana bagi calon PAS yang bertanding, mereka disyaratkan agar sama sekali tidak merokok, memiliki tingkah laku yang baik, tidak mempunyai rekod buruk seperti pernah terlibat dengan jenayah dan sebagainya.

Bagi calon Muslimat pula, mereka wajib menutup aurat dengan sempurna seperti yang dikehendaki oleh syariat Islam. Ini bukan 'dress code' yang dicipta oleh pimpinan PAS malah ia adalah pemakaian yang telah ditetapkan oleh Islam. 


Siswa, Pensyarah UKM sertai UMNO.

Dimanakah Akta AUKU???
Kenapakah Muhammad Hilman Idham, Muhammad Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha, dan Woon King Chai boleh didakwa atas kesalahan Akta AUKU???
Tetapi pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Fadhlan Mohd Othman dan 2 siswa terbabit boleh pula?Konfius....

BN hilang 50 kerusi parlimen

KP Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiranya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.


Sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang 


"bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."


"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.


Keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.


"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya,"


Sementara itu, berhubung isu ekonomi, Khairy mempersoalkan kenapa terdapat anggota parti itu yang takut dengan gusar dengan ekonomi berteraskan merit melalui Model Baru Ekonomi (MBE),


"Mengapa kita perlu gusar apabila mereka yang berkebolehan, yang genuine, diberi peluang untuk ke depan? Apakah kita terlalu dengki dengan bangsa sendiri yang rajin dan berbakat sehingga kita sanggup menghalang kejayaan mereka? 


"Adakah kita umpama ketam di dalam bakul yang menarik turun sesama sendiri?" 


Beliau juga mengakui terdapat persepsi negatif terhadap pendekatan terdahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB) di kalangan anak muda.


"Apabila saya ceritakan soal DEB dan perjuangan bangsa, mereka jawab: 'Minta maaf. Apa yang saya dapat dari DEB?' Gaji mereka di bawah paras kemiskinan, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar di mana kos sara hidup meningkat dengan lebih pantas dari pendapatan. Mereka Melayu, Bumiputera tetapi nikmat DEB tidak mereka rasai. 


"Tanggapan mereka – persepsi yang mereka ada – DEB hanya menguntungkan segelintir Bumiputera elit yang ada kabel besar. Bagi golongan ini, sasaran ekuiti 30 peratus tidak bermakna kerana kebanyakkan mereka tidak pernah dan tidak mampu untuk membeli saham," katanya.


Source: http://tinyurl.com/26exo74

Tuesday, October 19, 2010

Diari Jambori Amal Negeri Johor


JAMBORI AMAL JOHOR
DENGAN 4WD
15 - 17 OKTOBER 2010

Peserta seramai 106 orang dari seluruh kawasan di Johor.
Unit Amal Parit Sulong menghantar wakil 3 orang
iaitu Sdr. Anuar Timan, Sdr. Anuar Selamat dan Sdr. Mohd Faiz Saian.

 Muhammad Anuar Selamat
 
Mohamad Anuar Timan

 Mohd Faiz Bin Saian

Diari Jambori Amal
Tempat : Ramako, Hutan Simpan Endau-Rompin

15 Okt. 2010
2.30ptg
Berkumpul dirumah Sdr. Anuar untuk meng'confirm'kan ahli yang akan pergi ke Jambori Amal ini. Setelah menuggu selama 10minit dan membuat beberapa panggilan, kami dapati hanya kami ber-3 yang akan pergi. Jadi, dgn bantuan Sdr. Zamzuri kami berangkat ke rumah Ust. Rusdi untuk mendapatkan sejumlah wang (sumbangan Pemuda Pas Kawasan) & barangan dapur. Dengan wang RM250, alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah. Samada wang tersebut cukup atau  tidak, kami hanya bertawakal.

3.15ptg
Berjumpa dgn Ust Rusdi, beliau menyuruh kami untuk mengambil kenderaan di rumah Sdr. Halim Kepol. Sdr. Halim Kepol memberi kami untuk meminjam kenderaan beliau, Perodua Kembara untuk ke Jambori Amal. Kami mendapat info dari Ust. Rusdi bahawa hanya kumpulan Unit Amal Parit Sulong yang terakhir belum sampai (kumpulan kami) jadi kami hanya bertawakal untuk sampai dengan selamat.

4.00ptg
Sebelum bergerak ke Kluang, kami solat asar berjamaah di masjid Sultan Ismail.

6.00ptg
Sampai di Bandar Kluang.

7.00ptg
Sampai ke pekan Kahang. Ketika kami berjalan2 di pekan Kahang, kami ternampak signboard pejabat Taman Negara Endau Rompin (Kg. Peta) kami segera kesana untuk bertanya soalan mengenai Konvoi Unit Amal. Kami memberitahu mereka, bahawa kami adalah kumpulan terakhir yang sampai pada hari ini. Jadi, mereka berkata yang mereka akan masuk ke dalam hutan malam ini. Syukur alhamdulillah.

7.30mlm
Solat magrib jamak isyak berjamaah. Kemudian, kami mencari warung terdekat untuk menikmati makan malam. Kami pergi ke beberapa kedai unutuk mencari keperluan lain seperti gas, lampu suluh, pisau, hammer dsb.

9.00mlm
Seperti yang dijanjikan kami mengekori kenderaan 4X4 pegawai Hutan Negara Endau Rompin untuk ke Kg Peta. Tapak perkhemahan kami adalah di dalam Kampung Peta. Jadi, untuk ke Taman Negara Endau Rompin akan melalui Kampung Peta dahulu. Dari pintu masuk ladang di Pekan Kahang dalam lingkungan 60km.

10.00mlm
Kami masuk ke perkampungan Orang Asli.

10.15mlm
Pegawai Hutan menyuruh kami berhenti sebentar kerana mereka mendapat maklumat bahawa gajah sedang melalui jalan dihadapan. Kami berhenti sekitar 15 minit.

10.30mlm
Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Peta.

11.30mlm
Akhirnya kami sampai di Hutan Negara Endau Rompin (Kg. Peta). Kami meninjau2 untuk mencari sahabt2 unit amal yang lain tetapi hampa.


12.00pg
Kami pusing semula untuk bertanyakan kembali pada pegawai di pondok keselamatan Hutan Endau Rompin. Salah seorang pegawai mereka, pergi untuk mencari sahabat2 kami  yang lain dan kami hanya menunggu di Pondok Keselamatan tersebut. Kami bimbang akan sesat didalam hutan, kami juga tidak dilengkapi dengan walkie-talkie. Ia adalah susah untuk meminta bantuan sekiranya terdapat masalah yang berlaku.

12.16pg
Pegawai yang pergi mencari sahabat2 kami yang lain telah pulang dan memberitahu kami bahawa sahabat2 kami ada dibawah. Jadi setelah mengucapkan terima kasih, kami segera ke tempat yang dinyatakan tadi.

1.15pg
Setelah sampai di pintu masuk Ramako, Hutan Simpan Endau Rompin banyak cabaran dan rintangan yang perlu kami hadapi bertiga. Antaranya bukit yang amat tinggi dan curam (kami langsung tak tahu yang kembara kami mempunyai sistem 4WD,, huhuhu~), jalan berbatu sejauh 20km, lopak air yang dalam dan sebagainya. Setelah kami melepasi bukit yang tinggi dan curam kami merasa syukur dan lega. Tetapi ujian tetap datang dari Allah kepada kami apabila kami mendapati ada sebuah lopak air yang dalam dihadapan. Sebelum kami melalui lopak tersebut, salah seorang rakan kami berpendapat untuk pergi ke chalet Hutan Simpan Endau Rompin dan tidur satu malam disana. Tetapi, seorang sahabat kami, menyatakan kami sudah jauh ke dalam jadi adalah amat bahaya untuk kami kesana. Banyak percubaan yang telah kami buat antaranya meletakkan kayu dibelakang tayar, menolak kembara kiri dan kanan akhirnya kami pasrah.

Banyak rintangan, cabaran untuk kami sampai ke Ramako, Hutan Simpan Endau Rompin ini, walaupun begitu ekspedisi 3 hari 2 malam ini adalah suatu kenangan dan pengalaman buat kami yang baru dalam unit amal.

Kami berkeputusan untuk meninggalkan kenderaan kami disitu dan berjalan kaki meminta bantuan. Wahal kami memeng tidak tahu adakah sahabat2 kami yang lain ada dihadapan atau tidak! Adakah di depan jalan mati?! Kami sememang nya tidak tahu apa-apa. Kami hanya bertawakal kepada Allah. Kami berjalan dengan berbekalkan 2 batang lampu suluh yang baru kami beli dan sebilah parang. Kedengaran dikanan kiri kami seperti ada yang mengekori, tetapi buat tak tahu. Mengabaikan adalah lebih baik. Kami hanya harap kami dapat sampai untuk memnta bantuan kepada sesiapa sahaja. 

Sayup-sayup kedengaran air terjun dari sini. Kami terus berlari ke arah air terjun tersebut walaupun kaki saya ini luka. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana kami tidak salah. Kami menjumpai sahabat2 unit amal yang lain. Orang pertama yang kami jumpa adalah Ust. Khalid (Unit Amal Spg. Renggam) dan kami bertanyakan tentang khemah urusetia.


Berbekalkan semangat dan doa dari rakan2 di Parit Sulong, akhirnya dapat kami sampai juga ke Jambori Amal 2010. Alhamdulillah..

Kami segera ke khemah urusetia untuk meminta bantuan. Selepas kami minum, kami dibantu oleh AJK Unit Amal Johor untuk menarik keluar kenderaan kami dari lopak air tersebut.

Ini adalah satu pengalaman yang kami dapat dalam 1 hari 1 malam ini, pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Pengalaman ini juga yang mengajar kami erti sahabat, erti pertolongan, erti amal, erti kesabaran dan tawakal. Apa yang penting disini adalah Niat. Niat untuk kita meneruskan jambori ini atau tidak. Dan apa sahaja halangan atau cabaran yang datang kita perlu tepis dengan tabah. Selepas itu, baru kita fikirkan mengenai wang, kenderaan, keperluan dan sebagainya. Jika tidak ada, kita hanya perlu tawakal dan berusaha. Jika Allah menyebelahi kita, insyaallah rezeki ada dimana- mana sahaja di atas muka bumi Allah ini.

Semoga kami akan terus bersemangat dan kuat dalam
menghadapi rintangan dan cabaran 
di masa akan datang. Amiin.
Takbiirrrr!!! 

Logo 4X4 di kenderaan


 Tag Peserta

Gotong royong dlm membuang halangan, bagi
memudahkan sahabat2 unit amal yang lain dapat meneruskan cabaran.


 Lokasi : Ramako adalah terletak 10km sebelum Kg. Peta.


Setelah sampai di, Ramako..


 




Bersama2 membantu menghidupkan unggun api, kawasan khemah, pangkin dsb.


 


Menikmati kesejukan & ketenangan air..



 Perbarisan Perasmian Jambori Amal 2010
 Hari : Sabtu
Jam : 7.30pagi




Solat zohor subuh berjamaah & tazkirah dari Ust. Khalid


Berbaris utk dibahagikan kumpulan, dalam beberapa acara (games)


Explore Race
4X4 digunakan dalam game ini.

Malam Kebudayaan
 
 
Menunggu giliran utk buat persembahan


 Kami bergabung dgn Unit Amal Spg. Renggam
utk acara pd Malam Kebudayaan; Pentomen bertajuk "Cabaran & Harapan".
Akhirnya, kami mendapat tempat ke-3. Masa yg diberikan untuk bersedia adalah 30minit sahaja.
Tanpa skrip, spontan.

Acara Survival
Memupuk semangat berkumpulan serta belajar berdikari dalam
menyediakan makanan sekiranya bekalan makanan telah habis.

 Perbarisan Penutup Jambori Amal Johor




 Pemandangan Alam Semulajadi,
Hutan Simpan Endau Rompin (Ramako)



 Pertandingan Kawad Dlm Air


Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Bergambar sebelum menuju ke acara seterusnya,
Ziarah Amal di Perkampungan Orang Asli, Sungai Peroh, Kahang.



Ziarah Amal


Penghargaan buat wartawan Sinar Harian 
dari Jabatan Amal Johor

Kenangan di Ramako, Hutan Simpan Endau Rompin