Wednesday, November 14, 2012

Umno Parit Yaani Mengganas



Jika selama ini kita hanya menyaksikan pencacai UMNO yang mengambil upah melakukan kerja-kerja provokasi ini.. kini Ketua Cawangan sendiri terpaksa melakukannya..

Merasakan tertekan dan parti yang disokongnya kini kini tergugat bila menyaksikan sambutan penduduk terhadap ceramah PAS, seorang pemimpin setempat dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah penceramah yang sedang berucap.

Menurut laporan Nusajaya Kini insiden ini telah berlaku dalam satu ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.

Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Dun Parit Yaani , Tn. Hj. Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi ini tidak mengambarkan sikap demokratik mereka.

"Bagi saya, UMNO ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan.

"Mereka menganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak domokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.

Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, UMNO juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.

"Mereka juga turut menganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama YDP Kawasan Sri Gading, Ustaz Hasim Jusoh cuba dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam dan pihak RELA untuk hadir ke sekolah terbut bagi menyampaikan sumbangan

"Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan UMNO ini. Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin UMNO bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat disini", jelas beliau lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Vote for PAS for Peace And Security (PAS)
Vote for PAS for Prosperity And Stability (PAS)
Vote for PAS for Practicality And Society (PAS)

PAS FOR ALL! Membangun dan Berubah Bersama ISLAM! Menegakkan Negara Berkebajikan! Allahuakbar! Alhamdulillah!


Hakimi bin Abdul Jabar
Batu Pahat, Johor, Malaysia
ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
1:26 a.m. 26 April 2013