Friday, November 30, 2012

Pakai je serban, jubah tapi


Ada org tanya soalan la pulak:

Budak fesbuk: "Ustaz, kenapa orang yang berpakaian Islamik, perangai cam haram je tengok?"

Saya: "Aku bkn ustaz, bape kali nk cakap. Senang je soalan ni. Ko pun bleh jawab neh."

Budak fesbuk: "Kalo saya bleh jawab, saya tak tanya la ustaz."

Saya: "Dalam dunia ni:

- Ada ramai pakai jubah dan serban - tapi segelintirnya sahaja mukmin sejati.
- Ada ramai pakai purdah dan niqab - tapi segelintirnya sahaja mukminah sejati.
- Ada ramai pakai tudung - tapi segelintirnya sahaja tudung akhlak.
- Ada ramai tak pakai tudung - tapi segelintirnya sahaja betul-betul mau berubah.
- Ada ramai buka aurat - tapi segelintir sahaja yang betul-betul jahil tentang aurat. Ramainya dah tau pun. Saje je eksyen tanak tutup.

Budak fesbuk: "So? Pe kaitan plak ni?"

Saya: "Oklah, ko pergi pasar pagi, ko cari buah tembikai, cempedak ke nangka ke. Pertama sekali apa yang ko tengok?"

Budak fesbuk: "Saya tengok penjual dia."

Saya: "Salah. Ko tengok kulit buah tu dulu kan? Ko bleh konpem tak buah yang ko beli tu betul-betul cantik isi kat dalam, masak isi kat dalam sama cantiknya dengan kulit luar dia? Ko bleh tau ke isi kat dalam buruk ke baik dengan tengok kulit je?"

Budak fesbuk: "Choiiii, mana bleh. Kena belah la baru tau isi kat dalam."

Saya: "So, ko sendiri dah jawab dah pun soalan ko tanya. Kulit luaran bukanlah gambaran isi dalaman. Hanya KLU sahaja. Kalau ada pengalaman nilai buah elok ke tak, maka dapatlah yg elok. Kalau ko tade pengalaman tgk buah. Ko tertipu la dengan penjual buah. Hee."

Budak fesbuk: "OH pahemm dah"

Saya: "Orang ni macam buah gak lah. Kalo dari benih lagi dipilih benih yang baik, dibaja dengan baik, ditanam dengan elok, disemai dengan konsisten, diracun perosak dengan betul, insya-Allah..eloklah buah tu nanti. Sedaplah buah tu nanti. Eloklah isi dalamannya nanti."

Budak fesbuk: "Dalem betul kiasannya."

Saya: "Ok dah, pi main jauh-jauh. Aku nak goreng nasi goreng hailam."

- Syabab Musafir Kasih

No comments: