Menurut Datuk Ariff Sabri dan Aspan Alias yang selama ini merupakan ahli Umno bertekad menyertai DAP, yang mana menurut mereka parti yang dituduh Umno sebagai chauvinis Melayu itu mengamalkan dasar "kesatuan nasional."
Menurut mereka perjuangan DAP berdasarkan kesatuan nasional tanpa perjuangan perkauman dan dan agama, malahan menurut mereka sewaktu mengisi borang, tiada ruang atau bahagian 'bangsa' perlu ditandakan atau disi.
Mereka juga menolak pendapat serta hujah dari rakan blogger UMNO kemasukan mereka kerana tiadanya tempat di dalam PKR dan PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat.
Menurut Aspan lagi semua itu adalah fitnah dari UMNO, dirinya kata Aspan telah membazirkan masa selama 41 tahun bersama dengan UMNO.
Kata blogger itu lagi UMNO sebenarnya sudah 'mati' serta bermusuhan dengan bangsa Melayu,sesuatu yang ironi untuk didengar, tetapi ianya kenyataan dari seorang bekas blogger umno yang menyertai UMNO sejak puluhan tahun.
Malahan menurut Aspan lagi UMNO turut tidak menghormati badan legislatif negeri. Sdr Aspan dan Datuk Ariff Sabri dijemput di dalam majlis "Kenapa Saya Masuk DAP" anjuran Roketkini dan DAP Subang Jaya.
Menurut Aspan lagi UMNO mulai musnah bila di ambil alih oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sejak sekian lama UMNO diperintah oleh aristokrat yang yang 'tidak makan duit rakyat',namun sebaliknya pada pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Sementera itu Datuk Ariff Sabri atau lebih dikenali dengan nama bloggernya Sakmongkol AK47 menegaskan beliau mengambil masa yang lama untuk menyertai DAP. Kecewa dengan kronisme di dalam UMNO dan menegaskan DAP adalah sebuah parti yang berjuang untuk demokrasi, kesaksamaan ekonomi, dan negara yang bebas dari rasuah.
sumber
No comments:
Post a Comment