Thursday, November 8, 2012

TUKAR : Wanita Umno Caw. Dua Serangkai Bersedia



Semerah 06 Nov - Parit Moen 1 yang terletak didalam DUN Semerah N17, yang majoritinya adalah Ibu-ibu tunggal dan Warga emas bersedia untuk membuat perubahan pada PRU13 ini.

Menurut Puan Siti Rafeah Sahat gambar kiri yang mengetuai kepada ibu-ibu tunggal & warga emas di Pt Moen 1 dengan berani berkata beliau akan membantu & memberi sokongan penuh kepada PKR & Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.

Beliau yang berusia 71thn, kecewa dan kesal setelah lebih 3 kali membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk warga-warga emas dikawasannya tidak diambil endah sehingga 2 orang daripada penduduk disitu telah meninggal dunia.

Beliau amat sedih dengan pemimpin-pemimpin BN yang hidup dengan bermewah-mewahan sedangkan ada rakyat yang masih diabaikan. Walaupun ada macam-macam Jabatan yang diberikan amanah & tanggungjawab untuk membantu rakyat yang susah tetapi rakyat yang pergi memohon ini dipandang seperti pengemis & peminta sedekah.

Beliau yang pernah bersuara meminta lampu jalan sehingga mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia berkata, dengan adanya jentera-jentera PKR Cabang Parit Sulong yang berani memasuki kawasan-kawasan BN tegar ini dengan membuat penyampaian dan penerangan yang betul, beliau percaya BN akan tumbang di Dun Semerah jelasnya ketika bakal calon PKR N17 Sdr Azmi Masrani menemui dirumahnya. 

Kredit : Penerangan PKR N17

No comments:

fb