Anda atas pagar?
Anda tak minat politik?
Anda tak minat mana2 parti?
Tiada masalah.
Sebagai rakyat malaysia, anda tidak diwajibkan untuk menyertai mana2 parti politik. Juga tidak diwajibkan untuk menyokong mana2 parti politik.
Apa yang anda WAJIB buat ialah memilih pemimpin. Di malaysia kita menggunakan sistem pilihanraya untuk memilih pemimpin. Jadi ini yang anda wajib buat tak kira la anda sokong siapa pun.
Eh, kenapa wajib ya?
Umat islam memang wajib memilih pemimpin yang adil. :)
Jika kita tidak memilih mana2 pemimpin adil bila kita ditindas apakah kita layak marah?
Hey harga barang naik la.
Tapi bila PRU, kita tak pangkah mana2 pun? Kenapa marah barang naik bila kita diberikan kuasa untuk pilih pemimpin kita tak buat?
Saya letih la dengan masalah sosial di malaysia..
Kenapa merunggut ? Bila diberikan hak untuk memilih pemimpin, anda tidak jalankan tanggungjawab pun?
Orang yang tidak mengundi apabila layak mengundi tidak layak merunggut apa2 perkara pun. Ini kerana mereka marah pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi mereka sendiri lupa melaksanakan tanggungjawab diri sendiri terlebih dahulu.
Sebelum mereka diangkat jadi pemimpin, mereka adalah rakyat biasa yang bertanding di pilihanraya. Anda tidak mengundi mana2 pihak pun, jadi kenapa marah bila pemimpin2 ini tidak menjalankan tugas mereka? Di saat anda diberikan peluang untuk pilih pemimpin yang boleh buat kerja, anda tak pilih pun?
No comments:
Post a Comment