Saturday, December 1, 2012

Kelebihan Surah Yaasin


Di sebuah kampung, tinggal lah sebuah famili miskin yang ada dua orang anak gadis di dalemnya tinggal bersama ibu tuanya dan 2 ekor kambing. ( ah klasik pulak ayat ni )

Si kakak bernama Nurul. Si adik bernama Siti. 

Lepas habis SPM, Nurul berhijrah ke UK untuk melanjutkan pelajaran beliau sebab dia dapat 10A kan SPM. So, dia amik engineering kat sana. Nurul ni kulit dia gelap sikit. Manakala Siti adiknya berkulit sawo matang. Sebelum berangkat, maka berkatalah Nurul pada Siti:

"Aku balik UK nanti, ko tengoklah aku lagi putih dari ko."

Lalu tinggallah si adik di rumah menjaga famili dan membela 2 kambingnya. Manakalah si kakak berada di UK seronok sekali dengan duit biasiswa. Beli itu dan ini, melancong situ dan sini. Di UK, si kakak buat treatment makan ubat tu, makan ubat ni. Pakai krim itu, krim ini.

4 tahun berlalu. 

Maka pulanglah Nurul ke kampung halamannya. Time rayalah balik, kalo tak raya, tak balik. Ni 1st time balik sejak pergi belajar.

Fuh, orang kampung sampai tak cam anak sape. Cun bebenor. Dengan spek hitamnya, dengan shawlnya, jaketnya, kulit putih gebu bak Emma Maembong. Pendek cite, jelita habih lah.

"Mak, I'm home!" 

Mak: "Ya Allah, Nurul ke? Cantiknya anak mak ni. (peluk2 anak dia)"

Lepas tu keluarlah si adiknya Siti dari dapur. Nurul terkejut. Siti datang menyalami tangan kakaknya.

Nurul : "Siti, kenapa putih sangat ni?"

 
(Gambar hiasan)

Siti: "Ha?"

Nurul: "Apesal ko dah lagi putih dari dulu ni?"

Siti: "Eh, ye ke. Aku tak perasan pun. Ko tu yang jelita anggun."

Nurul tak puas hati. Dia tanya mak dia kenapa Siti nampak lebih putih dari dia. Mak dia kata, Siti tak ada buat treatment apa-apa pun. Nurul tambah-tambah pelik. 

Memang Siti tak buat apa-apa treatment pun. Selama 4 tahun tu, dia yang jaga ibu tuanya yang selalu sakit-sakit. Setiap hari ibunya sakit selama 3 tahun. Siti lah yang berada di sisi ibunya membacakan Ya Sin saban hari. Ulang dan ulang yang sama. Alhamdulillah, ibunya sembuh dari sakit pada tahun yang keempat. Selama 4 tahun itu jugalah, kambing-kambing Siti mengeluarkan susu yang banyak. Jadi, setiap hari Siti dan ibunya minum susu kambing.

Inilah yang dikatakan berkat dari al-Quran, dari hati yang baik, tidak perlukan apa-apa rawatan pun. Bila hati lurus, insya-Allah hidup ni Allah bantu. 

Nurul: "Mak! Mak bagi Siti duit buat facial eh?!"

Ibu dan Siti hanya tersenyum. 

cerita oleh: Syabab Musafir Kasih

No comments:

fb