Showing posts with label bantah judi bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bantah judi bola sepak. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Angkuh, Sombong dan Bodoh!


Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! … itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam Negara. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : ” Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah”. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.
Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil – kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak – agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .
Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir?

Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan membantah Judi [GMJ]. Semua mereka adalah berbangsa Cina dan bukan Islam.
Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian, tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada Negara.
Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan. Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara.
DPPP menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara 

Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan. Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan. Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan. Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan. Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut, curi, rompak dan bunuh serta membunuh diri.

Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi. Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri. Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya untuk berdikari.
Justeru itu sekali lagi DPPP menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyertai Himpunan Aman 100K pada 03hb Julai 2010 dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong.
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

UMNO sudah takut!!!

UMNO sudah takut! 
Mereka sekarang seperti sudah takut pada RAKYAT.. 

Ini adalah pernyataan tepat dalam membuktikan Perdana Menteri telah bermesyuarat dengan Majlis Tertinggi Umno bagi mengharamkan judi..? Kenapa yer? Tetiba je.. adakah..??


Walaubagaimanapun, Demo Bantah Judi tetap akan diadakan.. Sebab:

  1. Walaupun judi bola diHARAMkan oleh UMNO, adakah?? “Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.-Suhaizan Kayat"
  2. Kenapa hanya negeri kelantan boleh hapuskan kedai jual arak, judi tetapi tidak dihapuskan di negara Malaysia ini? Adakah sebab Kelantan diperintah oleh PAS? PAS/UMNO juga adalah beragama Islam tetapi kenapa tidak dihapuskan? Walaupun Perdana Menteri berkata "Keputusan ambil kira pandangan masyarakat, agama, politik"

Perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai depan bagi membantah pemberian lesen judi sukan akan tetap diadakan tetapi dijadikan sambutan meraikan kemenangan.
 

Bagaimanapu
n menurut Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ), mereka akan membatalkan hasrat untuk berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat (kanan) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar.
“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan,” katanya ketika dihubungi.
Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam.
Katanya, penjelasan itu perlu berikutan keputusan pembatalan hanya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan ataupun jemaah menteri.
“Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno,” kata Suhaizan.
“Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.
“Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.

Tuesday, June 22, 2010

Senarai Kerajaan Negeri, Pertubuhan Politik, NGO, Individu yang Membantah Judi





SENARAI KERAJAAN NEGERI 
YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

Kerajaan Negeri Kelantan


 Kerajaan Negeri Selangor


Kerajaan Negeri Kedah


Kerajaan Negeri Pulau Pinang


SENARAI PERTUBUHAN POLITIK 
YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

Parti Islam Semalaysia(PAS)

Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Tindakan Demokratik(DAP)

 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) JOHOR

GERAKAN

SENARAI NGO YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN
1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)
6. SATNA
7. Jemaah Islah Malaysia(JIM)
8. Jamaiy

9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak(BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia(PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas(PAR Kempas)
18. SHURA
19. Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG)
20. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia
21. Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
22. Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan
23. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia(Perkid Malaysia)
24. Persatuan Peguam Syarie Malaysia
25. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
26. GMJ Negeri Kedah (30 Keangotaan)
27. GMJ Negeri Perak (10 Keangotaan)


SENARAI INDIVIDU 
YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN
Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi 
Bekas Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon
Presiden Gerakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dato Abdul Ghani Bin Othman
Menteri Besar Johor

Dato Tamrin Ghafar – Bekas Pengerusi Mara(Anak Tun Ghafar Baba 
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

Dato’ Dr. Toh Kin Woon 
Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Sohibu As Samahah Datuk Mohd Tahrir Bin Datuk Kiyai Samsuddin
Mufti Kerajaan Negeri Johor

Sdr. Mohd Radhi Mat Din 
Bekas Ketua Pasukan Bola Sepak Kedah

** Nota : Senarai sokongan diatas adalah berdasarkan laporan media sehingga 22hb Jun 2010.


 Diambil dari: Sdr. Suhaizan Kayat [LINK]

Tuesday, June 15, 2010

Kalau berani mari lah



 
 DEBAT JUDI


USTAZ NASARUDDIN MAT ISA
VS
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN




"Kalau berani mari lah,," itu adalah kata-kata yang paling sedap dan tepat untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mencabar Umno berdebat isu kelulusan lesen judi yang diluluskan kerajaan sempena bola sepak piala dunia 2010 ini.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan hari ini. PAS juga sentiasa bersedia menjelaskan kepada rakyat berhubung kenapa Islam melarang keras amalan judi.

Permintaan Gaza
"Permintaan terbaru dari rakyat Gaza, dari Hamas dan dari gerakan Islam antarabangsa mahu Malaysia diketuai PAS, hantar satu kapal dengan ada bendera PAS, bersama-sama NGO lain bawa bantuan kemanusiaan,"

PAS diperingkat antarabangsa memainkan peranan yang besar dalam menyuarakan pandangan gerakan Islam Malaysia. Malah, PAS juga sentiasa diajak berbincang dalam apa jua isu antarabangsa oleh gerakan Islam seluruh dunia. Sehubungan itu, pemimpin di semua peringkat perlu bersedia untuk berada sebaris dalam gerakan Islam antarabangsa lain.

Thursday, May 27, 2010

Edaran Risalah di Masjid dan Surau

"Petikan dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengedarkan risalah membantah judi kepada pengunjung premis judi di seluruh negara bermula hari ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda akan ditempatkan di hadapan premis judi secara bergilir-gilir mengikut shif sehinggalah kerajaan membatalkan judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula Jun ini.

Menurutnya juga, DPPP mengajak semua insan yang anti- judi dan prihatin dengan kemungkaran ini bersama-sama mereka mengedarkan risalah berkenaan.

“Bermula hari ini sehingga lesen judi dibatalkan, DPPP mengarahkan semua pemuda PAS dan menjemput semua insan prihatin yang anti judi supaya membuat shif secara bergilir-gilir untuk menunggu di hadapan kedai sport toto dan lain-lain premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah bantah judi kepada pelanggan atau pengunjung premis perjudian tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga memberitahu, risalah berkenaan juga boleh didapati di blog Gerakan bantah Judi di http://bantahjudi.wordpress.com.

Dalam perkembangan lain, di peringkat zon timur, DPP kelantan Jumaat ini akan mengadakan demontrasi membantah lesen judi dan mendesak Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin meletakkan jawatan.

Bantahan itu akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Repek, Bachok selepas solat Jumaat.

Ia akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, timbalan DPPP Azman Shapawi Abdul Rani dan ketua DPP Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.

Manakala di zon Selatan pula, bantahan sama akan diadakan perkarangan Masjid Al Azim, di bandar Melaka.

Selaras dengan Bantahan Judi Bola Sepak ini, kami selaku Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Sulong akan turut serta dalam mengedarkan RISALAH BANTAHAN JUDI BOLA SEPAK di setiap masjid dan surau di dalam kawasan Parit Sulong, bermula Jumaat ini, 28 Mei 2010.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Sulong dengan berbesar hati mengajak semua insan dan individu yang anti- judi dan prihatin dengan kemungkaran ini bersama-sama dalam mengedarkan risalah tersebut. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa baik dan tenaga dato/datin/tuan/puan/sdr/sdri sekalian. Semoga dengan amalan yang sedikit ini, mampu menyelamatkan kita dari azab api neraka dan azab kubur. Nauzubillahiminzaliq..

Monday, May 24, 2010

Perhimpunan & Penyerahan Memorandum Kepada Mufti Johor


 PERHIMPUNAN & PENYERAHAN
MEMORANDUM KEPADA MUFTI JOHOR
DIATAS PENGANJURAN KERAJAAN 
TERHADAP JUDI BOLASEPAK 

Tarikh : 25 Mei 2010
Jam : 10.30pagi
Tempat : Kompleks Islam Johor

SEMUA DIJEMPUT HADIR TERUTAMA KEPADA PARA NGO, RAKYAT YG CINTAKAN MALAYSIA, DAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERAGAMA ISLAM.