Showing posts with label himpunan bantah judi. Show all posts
Showing posts with label himpunan bantah judi. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Kenapa Mesti Datang 03-Julai-2010 ni?



Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 yang lalu, maka rakyat perlu pergi ket ahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon, Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.

Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.

Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam(seperti) menyokong judi dalam negara.

Suhaizan Bin Kaiat 
Setiausaha 
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Sunday, June 27, 2010

Makluman Terbaru : Himpunan Tak Nak Judi

Kenyataan Media
Ahad | 27 - Jun - 2010
Himpunan Tak Nak Judi

Memandangkan masih banyak lagi judi dalam negara (Malaysia) GMJ (Gerakan Membantah Judi) memutuskan Himpunan Rakyat pada 3 Jul 2010 jam 2 ptg di Masjid Negara diteruskan atas nama Himpunan Tak Nak Judi.

GMJ berpendapat jika pihak kerajaan boleh membatalkan lesen judi sukan maka pihak kerajaan sememangnya mampu membatalkan lesen-lesen judi yang lain secara berperingkat. GMJ mengajak semua pihak daripada pelbagai agama dan bangsa tampa mengira fahaman politik agar dapat bersama dalam himpunan ini. Perhimpunan ini sangat penting bagi mempastikan rakyat Malaysia bebas daripada judi. Sesungguhnya judi adalah bertentangan dengan semua agama dalam dunia ini. Judi boleh meruntukan masyarakat dan negara.

Suhaizan Kayat
Pengerusi
Gerakan Membantah Judi

Thursday, May 27, 2010

Himpunan Gerakan Membantah Judi


Himpunan : 3 Julai 2010

Himpunan Gerakan Membantah Judi pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja-Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansuhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut.

Monday, May 24, 2010

Perhimpunan & Penyerahan Memorandum Kepada Mufti Johor


 PERHIMPUNAN & PENYERAHAN
MEMORANDUM KEPADA MUFTI JOHOR
DIATAS PENGANJURAN KERAJAAN 
TERHADAP JUDI BOLASEPAK 

Tarikh : 25 Mei 2010
Jam : 10.30pagi
Tempat : Kompleks Islam Johor

SEMUA DIJEMPUT HADIR TERUTAMA KEPADA PARA NGO, RAKYAT YG CINTAKAN MALAYSIA, DAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERAGAMA ISLAM.


Friday, May 21, 2010

Himpunan : 21 Mei 2010 [ Jumaat ]

Himpunan : 21 Mei 2010 [ Jumaat ] 
Himpunan besar-besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini.