Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Cerita Sebenar Dibelit Cybertrooper Umno

Blog dan cybertrooper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya. 

Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya.

Blog dan cybertrooper pro-BN juga meyebarkan nombor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno.

Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN.

Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.

Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwar-warkan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan.

Wednesday, November 14, 2012

Umno Parit Yaani Mengganas



Jika selama ini kita hanya menyaksikan pencacai UMNO yang mengambil upah melakukan kerja-kerja provokasi ini.. kini Ketua Cawangan sendiri terpaksa melakukannya..

Merasakan tertekan dan parti yang disokongnya kini kini tergugat bila menyaksikan sambutan penduduk terhadap ceramah PAS, seorang pemimpin setempat dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah penceramah yang sedang berucap.

Menurut laporan Nusajaya Kini insiden ini telah berlaku dalam satu ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.

Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Dun Parit Yaani , Tn. Hj. Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi ini tidak mengambarkan sikap demokratik mereka.

"Bagi saya, UMNO ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan.

"Mereka menganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak domokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.

Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, UMNO juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.

"Mereka juga turut menganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama YDP Kawasan Sri Gading, Ustaz Hasim Jusoh cuba dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam dan pihak RELA untuk hadir ke sekolah terbut bagi menyampaikan sumbangan

"Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan UMNO ini. Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin UMNO bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat disini", jelas beliau lagi.

Thursday, November 8, 2012

TUKAR : Wanita Umno Caw. Dua Serangkai Bersedia



Semerah 06 Nov - Parit Moen 1 yang terletak didalam DUN Semerah N17, yang majoritinya adalah Ibu-ibu tunggal dan Warga emas bersedia untuk membuat perubahan pada PRU13 ini.

Menurut Puan Siti Rafeah Sahat gambar kiri yang mengetuai kepada ibu-ibu tunggal & warga emas di Pt Moen 1 dengan berani berkata beliau akan membantu & memberi sokongan penuh kepada PKR & Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.

Beliau yang berusia 71thn, kecewa dan kesal setelah lebih 3 kali membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk warga-warga emas dikawasannya tidak diambil endah sehingga 2 orang daripada penduduk disitu telah meninggal dunia.

Beliau amat sedih dengan pemimpin-pemimpin BN yang hidup dengan bermewah-mewahan sedangkan ada rakyat yang masih diabaikan. Walaupun ada macam-macam Jabatan yang diberikan amanah & tanggungjawab untuk membantu rakyat yang susah tetapi rakyat yang pergi memohon ini dipandang seperti pengemis & peminta sedekah.

Beliau yang pernah bersuara meminta lampu jalan sehingga mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia berkata, dengan adanya jentera-jentera PKR Cabang Parit Sulong yang berani memasuki kawasan-kawasan BN tegar ini dengan membuat penyampaian dan penerangan yang betul, beliau percaya BN akan tumbang di Dun Semerah jelasnya ketika bakal calon PKR N17 Sdr Azmi Masrani menemui dirumahnya. 

Kredit : Penerangan PKR N17

Saturday, September 22, 2012

Lautan Manusia Bantah Filem Hina Islam
























































Rasulullah sangat mencintai dan menyayangi umatnya, sehingga disaat-saat akhir hayatnya masih mendoakan umatnya.. Bagaimana dgn kita? Sama-samalah kita membuktikan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w

Sunday, September 16, 2012

PANAS :Noraini Ahmad, Empat Yang Lain Digugurkan?


Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pengguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Datin Rosmah Mansor. Tunggu ulasan selanjut.


SUMBER : FACEBOOK

Sunday, August 26, 2012

Dah Terdesak Sangat Nih..

 
(Gambar Lokasi : Taman Sungai Balang Indah, 83610 Muar Johor)


Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.

Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. 

“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

“Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pendengar sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang, di Tapak Kompleks PAS, Kerdau di sini malam tadi.

Turut berucap Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemangku Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Exco Pemuda PAS Pusat Kamal Ashaari.

Tambah Mohamad, dengan strategi 3R yang dimainkan itu membuat suhu politik negara menjadi panas mendidih, walhal semua itu dirancang Umno.

Beliau mengambil contoh mengenai tindak tanduk Umno cuba mengheret istana ke kancah politik dalam isu Lim Guan Eng dengan isu jenayah di Johor dan Dr Abdul Aziz Bari berkaitan titah Sultan Selangor.

“Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah’ raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu,” katanya.

Friday, May 25, 2012

Debat PTPTN Rafizi vs KJ



Rangkaman Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlansung pada 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24

Sunday, May 13, 2012

Kemalangan Bas Balik Perhimpunan Agong Umno

Kemalangan Bas dari perhimpunan UMNO - Renungkan lah,, betapa Maha Adilnya Allah.

Pada pagi-pagi tadi aku hanya sekadar mendapat maklumat dari facebook,,, sekadar percaya dengan tidak, betul atau bohong, namun bila ingat balik, penyokong kepada Parti Islam,, adalah mustahil mereka-mereka nak berbohong seperti mana facebooker/blooger UMNO,, memang berbeza, lalu aku ambil pendekatan menyiarkan juga walaupun sedikit ada keraguan...

Namun tgh jam 1 berita NTV 7, ada menyiarkan kisah kemalangan seperti mana yang aku posting sebelum ini... alhamdulillah,, aku membuat satu laporan yang benar, cuma menurut satu komen, bas yang no 2 adalah gambar lama... mungkin sekadar hiasan..

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban, awal pagi tadi, dalam perjalanan pulang dari menghadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil. Seorang wanita maut, manakala 77 yang lain cedera dalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 2.58 pagi tadi. -fotoBERNAMA

Apa pun sebelum aku nak menulis mengikut pandagan bodoh aku ni, aku ingin mengucapakan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat, terimalah dengan penuh redha dan ingatlah semua kejadian yang yang berikan kepada hambanya itu pasti ada sesuatu rahmat disebalik kejadian tersebut...

Aku nak minta pembaca berfikir dari sudut positif diatas musibah yang berlaku,,, subhanallah, betapa adilnya Allah Subhanahuwataala...

Kenapa aku kata Allah maha adil...

Kita imbau balik,, bila Himpunan BERSIH 3.0 nak diadakan di Dataran Merdeka, ada menteri yang halang, suruh buat kat Stadium,,, kemdian bila himpunan diadakan bermacam perkara yang tidak dingin berlakau, tak payahlah aku nak ulang cerita balik diatas kemalangan yang berlaku, cuma apa yang boleh aku lafazkan,, Polis-polis yang ,melakukan perbuatan tu memang HARAM JADAH...

Akibat dari kejadian tersebu,, BERSIH 3.0 dotuduh nak gulingkan kerajaan, menimbulkan keganasan, dan penghujungnya Majlis Fatwa ishtihar HARAM... Kapala bapak hangpa haram.. Ingat hukum Islam ni UMNO yang buat ka...

Tak cukup kata haram, Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz pulak dituduh bapa kafir... amboi-amboi sedapnya mulut,,, terbukti sudah,, siapa yang suka sangat dol label orang kafir... Orang PAS ka...

Itulah,, aku katakan Allah Maha Adil,, akibat dari mulut-mulut celupar, dalam tempoh 2 minggu Allah dah bagi jawapan buat renungan kita bersama... mereka berhimpunan dalam stadium dalam suasana aman harmoni kononya, Najib siap cadar kepada Pakatan himpun seberapa ramai seperti mUMNO distadium... cabarlah lagi apa nak cabar,,, makilah haram jadah lagi,, maki..,, kesimpulannya peserta BERSIH cedera kena katok, tendang terajang bom asap dengan pihak polis,,, manakala geng UMNO Allah bagi musibah dengan kemalangan.....

Moga-moga saudara-saudara sebangsa melayu dengan aku yang masih duduk dal;am perjuangan UMNO sedarlah....

Nanti tentu akan kata atau komen,, dah nak kemalangan... betul,, tetapi kenapa Allah pilih peserta UMNo naik BAS,,, nasib baik Bas tu pi langgar lori yang berhenti,, kalaulah kemalangan disebabkan tayar meletup atau brek tak makan,, sudah tentu akan keluar suara bas tersebut disabotaj oleh pembangkang... 

Kredit : facebook.com

Thursday, October 13, 2011

Friday, July 15, 2011

PM Pusing Cerita,Takut Kebangkitan Rakyat



PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.

Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini.

" Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.

Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.

Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.

Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.

"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar.

Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.

Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

Monday, July 11, 2011

Janji-Janji UMNO




Bersih hanya mahu pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Untuk mencapai matlamat ini Bersih menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 serta mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu ini.Perhimpunan aman Bersih 2.0 perlu diadakan kerana menyedari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja tidak mahu membuat apa-apa perubahan serius, malah badan yang sepatutnya bebas dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional telah bersikap berat sebelah sejak sekian lama.

Usaha penganjur Bersih 2.0 oleh sekumpulan rakyat prihatin yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik telah ditohmah, ditekan, ditindas dan dikongkong dengan zalim oleh pihak berkuasa yang menurut arahan pucuk pimpinan UMNO-BN.

Saturday, July 9, 2011

BERSIH : 60,000 Pemuda Patriot


Di Kepalai oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Perarakan Pemuda PATRIOT yang tidak terkira jumlahnya ini telah bermula dari Bukit Bintang.

Bagi meramaikan lagi peserta yang bersama PATRIOT ini, ‘T’ Shirt PATRIOT telah diberikan secara percuma.. korang tengok.. berebut-rebut mereka..


Saksikan juga gambar-gambar yang dikatakan oleh Pencacai UMNO menyebabkan Cina-Cina DAP di Bukit Bintang bertempiaran lari bila melihat terlalu ramai yang turut berarak bersama PATRIOT di (SINI)

Sunday, June 5, 2011

UMNO : Kerasukan UMNO Parit Sulong



Dikatakan di akhbar dan media perdana termasuk TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9 dan sebagainya bahawa apa juga bentuk penempatan awam seperti masjid, sekolah, pusat pengajian awam/swasta, dll tidak boleh digunakan untuk kepentingan parti TETAPI ...

Friday, March 4, 2011

PANAS : UMNO bermasalah atau AHLI nya?

ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.
ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000. Hukuman yang bakal dijatuhkan keatas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.

 

Tuesday, December 7, 2010

Salam Jihad dari Malaysia

Menuntut ilmu, keluar mengundi bagi menentukan para pemerintah yang adil, melawan hawa nafsu juga adalah termasuk bahagian-bahagian jihad yang ditetapkan oleh Islam.

Tidak kurang juga tanggungjawab menjalankan 'amar makruf dan nahi mungkar' merupakan tugas jihad yang semakin kurang dihidupkan peranannya sejak kebelakangan ini lantaran kesibukan tugasan harian sama ada di rumah mahu pun di pejabat.

Antara peranan atau tugas amar makruf dan nahi mungkar yang mesti dijalankan dalam masyarakat umat Islam adalah untuk memberi nasihat atau mengingatkan golongan penguasa/pemerintah agar melaksanakan perintah Allah secara praktikal berdasarkan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran meliputi aspek kenegaraan, kemasyarakatan, sistem politik, ekonomi, pemeliharaan alam sekitar, penyelesaian terhadap permasalahan remaja dan sebagainya.

Tanggungjawab parti, gerakan Islam menasihati pemerintah
 
Nasihat atau memberi peringatan kepada pemerintah yang tidak komited dengan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran serta pelaksanaannya, adalah menjadi tanggungjawab kepada mana-mana parti, pertubuhan atau gerakan Islam dalam sesebuah negara, ia bertujuan agar pemerintah tidak mengheret sama masyarakat umat Islam agar menjadi umat yang tidak berfungsi dengan elemen-elemen agama seperti yang diperintahkan Allah.

Selagi mana terdapat pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum, undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan Allah dalam al-Quran, maka ia patut diberi teguran agar seluruh masyarakat khususnya umat Islam tidak menanggung beban di akhirat atas kealpaan mereka kerana membelakangkan hukum-hukum Allah.

Jika pemerintah merupakan golongan yang mudah menerima teguran atau nasihat, maka pihak terbabit seperti di atas wajib melakukannya, jika sebaliknya pemerintah adalah jenis yang sukar menerima sebarang teguran malah mengenakan tindakan yang tidak munasabah ke atas golongan yang menegur mereka, maka saluran yang betul perlu dicari bagi membetulkan keadaan, ia tidak lain adalah dengan saluran pilihan raya.

Pilihan raya satu kewajiban ke atas umat Islam

Apabila segala pendekatan nasihat tidak dapat disampaikan dengan baik, walaupun ia adalah yang terbaik bagi merubah seseuatu keadaan, maka umat Islam wajib mencari satu pendekatan, kaedah atau cara yang tidak melanggar ketentuan dan hukum Islam, ia tidak lain adalah melalui proses pilihan raya.

Walaupun pilihan raya itu dianggap bukan sebagai matlamat terakhir, tetapi ia diterima dan disifatkan sebagai wasilah bagi membolehkan proses amar makruf dan nahi mungkar sebagaimana yang ditegaskan di kalangan para ulama̢۪ kontemporari seperti Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Faisal Molawi, Dr Fathi Yakan, Dr Muhammad Said Hawwa dan sebagainya.

Ini bermakna apabila pilihan raya yang menjadi medan bagi menentukan kedudukan pemerintah selepas itu tidak disertai oleh segelintir Muslim, maka mereka berdosa kerana memberi laluan dan kemenangan percuma kepada pemerintah yang zalim dengan pelbagai tindakan kejam seperti ISA kerana dengannya mereka yang ditahan di bawah akta itu dipisahkan dengan ahli keluarga sedangkan ia adalah dilarang oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Apatah lagi jika pilihan raya mengandungi unsur-unsur penipuan dalam kiraan undi, pemindahan peti-peti undi ke tempat di mana calon pemerintah dikhuatiri tewas di tangan calon pembangkang dan sebagainya, maka penyertaan dalam pilihan raya oleh setiap muslim bukan lagi dianggap sebagai satu keharusan, malah ia wajib bagi memastikan penipuan dan pembohongan tidak berlaku kerana ia melanggar etika akhlak yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah yang menganggap mereka yang berbohong ke atas umat Islam bukanlah dari golongan baginda Rasulullah.

Perkara itu telah ditegaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh ar-Rafi̢۪e daripada Ali Bin Abi Talib yang bermaksud: Bukan dari golongan kami sesiapa yang menipu orang Islam, memudaratkannya atau melakukan sesuatu yang dibencinya. (hadis Hasan)

Memandangkan kemungkaran sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kerana ia dijana oleh pihak berkuasa yang membelakangkan hukum Allah, dengan mereka cipta pelbagai bentuk maksiat khususnya hiburan keterlaluan dengan pelbagai nama dan pendekatan, maka menjadi kewajiban ke atas semua pengundi khususnya yang beragama Islam mengembalikan kemuliaan Islam dengan memenangkan calon yang berjiwa Islam dari segenap butir diri yang bertanding.

Memilih antara PAS dan Umno

Kalau dilihat kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihan raya dalam negara kita Malaysia ini iaitu antara PAS dan Umno, dari segi luarannya memang ia mewakili bangsa Melayu, tetapi apabila dilihat dari segi dasar perjuangan parti, ia amat berbeza antara satu sama lain.

Ini kerana PAS sejak dari mula penubuhannya sebagai sebuah parti politik meletakkan bahawa al-Quran adalah sandaran perjuangan, dalam erti kata PAS sedaya upaya mendaulatkan isi kandungan al-Quran dan menjadikannya perlembagaan tertinggi dalam negara.

Justeru, para pemimipin PAS serta calon-calonnya yakin bahawa etika akhlak penting lebih-lebih lagi dalam pilihan raya, ia merupakan amalan harian sepanjang masa. Berbeza dengan pemimpin Umno yang tidak beretika dengan akhlak Islam, ini dapat dibuktikan dengan banyaknya penganjuran program maksiat, walaupun ia dibantah oleh kumpulan cendekiawan serta golongan ulama Islam, namun pandangan mereka dipinggirkan kerana bimbang tidak mendapat sokongan padu dalam pilihan raya dari golongan remaja yang sukakan hiburan.

Begitu juga pada awal kemenangan pilihan raya umum 2004, ketika PM menjanjikan kepada umum untuk menangkis sebarang penyelewengan khususnya yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pemimpin atau menteri, namun ia sekadar untuk menyedapkan halwa telinga para pengundi, selepas daripada itu ia hanya tinggal kenangan yang akan berulang pada janji-janji pilihan raya umum ke 12 akan datang. – lanh

Sunday, July 4, 2010

Washington Post label anti-Israel


Anwar, Erdogan Dikecam Yahudi


  • KOLUMNIS Washington Post, Jackson Diehl menyamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai bersikap keras terhadap Israel.
  • WASHINGTON post juga menyifatkan perubahan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada 'seorang demokrat yang pro-Amerika' kepada 'seorang fanatik anti-Israel' sebagai satu yang serius dan kini mula menjadi trend.
  • DATO' SERI ANWAR IBRAHIM menjelaskan bahawa kekesalan menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis" seperti yang dilaporkan Washington Post bertujuan mengelakkan salah faham masyarakat antarabangsa bagi menghindari tuduhan 'anti-semitik' yang dihadapi Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad. 
  • HUBUNGAN rapat Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin berketurunan Yahudi Amerika digunakan untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.
  • Pemimpin UMNO/BN diingatkan supaya tidak menjadikan sentimen anti-YAHUDI sebagai modal politik meraih sokongan rakyat sedangkan dimasa yang sama menjalinkan dengan rejim haram tersebut.
  • SEBAGAI contoh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyokong keputusan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melantik APCO Worldwide (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) sebagai perunding dengan bayaran RM77juta setahun.
  • MENTERI PENERANGAN, Dato' Seri Rais Yatim dicabar mengarahkan media arus perdana menterjemahkan dan menyiar artikel penuh The Washington Post serta mengatur majlis debat melalui siaran terus menerus diantara Dato Seri Anwar Ibrahim dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.