Showing posts with label demo. Show all posts
Showing posts with label demo. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Apa Jadi Bila UMNO ber-DEMONSTARI JALANAN


Assalamualaikum sahabat sekalian, 
mohon maaf kerana hamba tidak dapat post sekerap yang mungkin. Harap maklum. 

Kalian  tengok sendiri, apa akibatnya jika UMNO ber-DEMONSTARSI JALANAN. Pihak berkuasa Polis hanya melihat tanpa menyuarakan pendapat mereka. Jika anda sebagai pihak berkuasa Polis tersebut, apa yang anda akan lakukan? Nasihat? Letakkan dibawah tahanan ISA? Tnagkap dan lepaskan? Anda lihat dan komen sendiri dibawah. 

Wassalam..

Saturday, June 26, 2010

Angkuh, Sombong dan Bodoh!


Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! … itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam Negara. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : ” Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah”. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.
Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil – kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak – agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .
Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir?

Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan membantah Judi [GMJ]. Semua mereka adalah berbangsa Cina dan bukan Islam.
Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian, tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada Negara.
Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan. Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara.
DPPP menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara 

Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan. Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan. Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan. Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan. Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut, curi, rompak dan bunuh serta membunuh diri.

Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi. Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri. Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya untuk berdikari.
Justeru itu sekali lagi DPPP menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyertai Himpunan Aman 100K pada 03hb Julai 2010 dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong.
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Thursday, May 27, 2010

Himpunan Gerakan Membantah Judi


Himpunan : 3 Julai 2010

Himpunan Gerakan Membantah Judi pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja-Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansuhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut.

Monday, May 24, 2010

Risalah Bantah Judi Bola Sepak

[MUKA DEPAN]

[MUKA BELAKANG]

Risalah ini diterbitkan bersempena Kelulusan Judi Bolasepak yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Sulong bersama - sama rakan - rakan seperjuangan yang lain serta Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan akan terus membantah judi sukan ini sehingga ia ditarik balik oleh kerajaan.

Risalah ini telah dilancarkan semasa di Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor pada 23 Mei 2010 | Ahad, hari ini. Bagi semua muslimin muslimat yang cintakan negara Malaysia dan Islam khususnya, marilah sama - sama kita mengorbankan harta dan wang ringgit yang hanya kita pinjam dari Allah s.w.t ini dengan berkorban/berjihad di jalan Allah dengan mencetak risalah diatas dan menyerahkan kepada rakan - rakan, ahli keluarga, jemaah masjid dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Mungkin, dengan pengorbanan yang sedikit ini, Allah s.w.t akan menerima amalan murni kita ini dan semoga Allah memberikan ganjaran yang lebih baik dari apa yang kita kerjakan. Amiin...

Takbir!!!
Allahuakbar..

Friday, May 21, 2010

Himpunan : Edaran Risalah Hindari Judi

Himpunan : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan.

Friday, May 14, 2010

Demo Bantah Judi Bola di Batu Pahat


Perhimpunan aman bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat, Johor tadiselepas solat jumaat, berjalan dengan lancar. Tiada mana - mana petugas atau peserta yang ditangkap.

Antara risalah yang diberikan kepada orang awam ialah : http://tinyurl.com/judibola

Pihak polis hanya melihat dan perhimpunan berjalan kira - kira setengah jam sahaja dan perhimpunan bersurai setelah doa penutup disampaikan oleh Ust. Zulhilmie. Dimana, pengerusi majlis adalah Sdr. Saleh Tamjis.

Malaysia Bukan Masyarakat Judi

Malaysia Bukan Masyarakat Judi
Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair). Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219). Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘tauke’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

VIDEO DEMO MEMBANTAH JUDI SUKAN BOLASEPAK 2010

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP

Thursday, May 13, 2010

Demonstrasi Bantah Lesen Judi Piala Dunia

Demonstrasi Bantah Kelulusan
Lesen Judi Piala Dunia

14 Mei 2010
Masjid Jamek Sultan Ismail Bt. Pahat
Selepas solat Jumaat

"semua dijemput hadir bagi menunjukkan bantahan kita kepada kemungkaran"

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya (16:116)