Showing posts with label himpunan 3 julai. Show all posts
Showing posts with label himpunan 3 julai. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Makluman Terbaru : Himpunan Tak Nak Judi

Kenyataan Media
Ahad | 27 - Jun - 2010
Himpunan Tak Nak Judi

Memandangkan masih banyak lagi judi dalam negara (Malaysia) GMJ (Gerakan Membantah Judi) memutuskan Himpunan Rakyat pada 3 Jul 2010 jam 2 ptg di Masjid Negara diteruskan atas nama Himpunan Tak Nak Judi.

GMJ berpendapat jika pihak kerajaan boleh membatalkan lesen judi sukan maka pihak kerajaan sememangnya mampu membatalkan lesen-lesen judi yang lain secara berperingkat. GMJ mengajak semua pihak daripada pelbagai agama dan bangsa tampa mengira fahaman politik agar dapat bersama dalam himpunan ini. Perhimpunan ini sangat penting bagi mempastikan rakyat Malaysia bebas daripada judi. Sesungguhnya judi adalah bertentangan dengan semua agama dalam dunia ini. Judi boleh meruntukan masyarakat dan negara.

Suhaizan Kayat
Pengerusi
Gerakan Membantah Judi

Saturday, June 26, 2010

Angkuh, Sombong dan Bodoh!


Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! … itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam Negara. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : ” Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah”. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.
Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil – kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak – agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .
Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir?

Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan membantah Judi [GMJ]. Semua mereka adalah berbangsa Cina dan bukan Islam.
Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian, tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada Negara.
Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan. Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara.
DPPP menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara 

Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan. Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan. Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan. Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan. Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut, curi, rompak dan bunuh serta membunuh diri.

Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi. Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri. Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya untuk berdikari.
Justeru itu sekali lagi DPPP menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyertai Himpunan Aman 100K pada 03hb Julai 2010 dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong.
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Thursday, May 27, 2010

Himpunan Gerakan Membantah Judi


Himpunan : 3 Julai 2010

Himpunan Gerakan Membantah Judi pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja-Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansuhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut.

Friday, May 21, 2010

Himpunan : Memorandum kepada Mufti-Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]

Himpunan : Memorandum kepada Mufti-Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti-mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010. Mendesak agar mufti-mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group.

Himpunan : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]

Himpunan : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]
 
Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama.

Himpunan : Edaran Risalah Hindari Judi

Himpunan : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan.

Himpunan Besar 3 Julai 2010 - Pemuda PAS


1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat.




 






Ketiga : Memorandum kepada Mufti-Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu. Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya.


3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan-badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut.


HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT