Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
( LATEST UPDATE ) Alhamdulillah isu hudud telah dapat di selesaikan oleh pimpinan PR dengan semangat penuh muafakat. Para wartawan terkejut kerana suasana mesyuarat berjalan dengan baik. Mereka mungkin sangkakan pemimpin PR akan berperang.
PR mengambil keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Buku Jingga. Keputusan diambil supaya tidak boleh lari daripada fokus kepada pembaharuan.
PR juga mengakui enakmen undang-undang Islam oleh PAS di Kelantan (93), Terengganu (03) telah diluluskan terlebih dahulu sebelum penggabungan PR, ia bukan sebahagian daripada agenda semasa.
PR turut menghormati agenda PAS dan ia adalah hak parti itu untuk meneruskan perjuangannya, dan ahli-ahli lain di dalam gabungan itu juga mempunyai hak untuk tidak bersetuju.
Ketika PR bergerak ke arah politik yang matang, DAP juga perlu menyedari aspirasi Islam untuk menegakkan semua kewajipan agama mereka termasuklah menghormati perundangan Islam.
-----------------------------------SUMBER LAIN : HD.net-------------------------------
DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.
Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.
"Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.
"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.
"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.
Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.
Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.
"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.
Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.
Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.
Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.
Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.
Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.
Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Harga telur ayam bagi semua gred dinaikkan sebanyak dua sen sebiji di seluruh Semenanjung mulai semalam atas alasan kekurangan bekalan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.
“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.
Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.
Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
Katanya, demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota Bumiputera dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.
Tambahnya, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Perdana Menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.
“Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan,” ujarnya lagi.
Justeru, tegasnya DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar itu.
“Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau,” katanya.
Sehubungan itu, tegasnya rakyat wajib menolak Umno BN dalam pilihan raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.
Assalamualaikum sahabat2 pelawat blog Pemuda Sulong, hari ini ana ada beberapa soalan cepumas untuk anda semua. Semua soalan ini MESTI dijawab dengan jujur-sejujurnya. (Jika ada duit lebih tu, print & potostet utk diberikan kpd rakan2 yang xreti2 ni.)
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew? A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi? A. DAP B. PAS C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
Janji manis memang best.. Nak buat jika tak de bajet atau memang kita dah tahu Parlimen Parit Sulong aka kawasan kampung ni senang jer.. Sebelum pilihanraya nanti bagi duit raya ker, bagi harga sawit naik ler, bagi harga runtuh la senang cerita.. konfem orang kampung still sokong UMNO/BN lagi.. coz orang kampung ni senang nak dicontrol.. dapat duit je terus senyap.. -AKP
Tetapi lihat screenshot yang telah saya dapat ketika membuat tinjauan di sekitar page FB yang dibangunkan hanya untuk keperluan PILIHANRAYA!!! Sedarlah kalian semua..
Erti
takut itu juga ialah kita tidak melakukan perkara-perkara yang diingini
oleh hawa nafsu dan dunia dan tunduk yakin pada Tuhan mengikut susunan
yang Allah Taala kenakan pada kita, mengikut aturcara keredhaan-Nya. Di
sini hendaklah kita cuba dan terus mencuba.
Kita lihat dari
zaman Rasullullah, sahabat dan tabiin, orang yang takut akan Tuhan
bukanlah orang yang pura-pura dan mereka menjadi tonggak di dunia iaitu
di hadapan orang-orang kufar dan musyrik sehingga mereka sanggup
mengorbankan harta dan nyawa kerana takutkan Tuhan. Contoh terkini orang
yang takut akan Tuhan ialah Jalaluddin Haqqani, Osama Bin Laden dan
anggota- anggota Al-Qaeda yang lain. Mereka menjadi penggempur utama
orang-orang kufar dan musyrik di Afghanistan. Sel-sel hawa nafsu Ammarah
telah dapat mereka tewaskan sehingga nikmat kehidupan dunia bukan lagi
menjadi matlamat. Kesenggsaraan hidup dalam buruan dan di tengah
kegersangan gurun Afghanistan tidak dirasai kerana mereka merasa nikmat
manisnya iman kerana mereka sangat takut akan Tuhan daripada takutkan
M16 atau roket-roket penggempur musuh. Inilah contoh orang yang takut
akan Tuhan.
Seorang daripada murid saya yang takut akan Tuhan
telah merantai hawa nafsunya dengan takut akan azab api neraka. Menurut
ceritanya, suatu malam dalam hujan lebat, seorang gadis Cina telah
datang berteduh di pondoknya. Gadis Cina ini menyalin pakaiannya dan
bermalam di situ. Ujian Allah, si pemuda beriman tiba-tiba terasa nafsu
syahwatnya begitu memuncak apabila memandang gadis Cina itu.
Pemuda yang takut akan Allah itu merantai nafsunya pada malam itu dengan
mencucuh jarinya pada api lilin agar panas api lilin dapat
mengingatkannya kepada panas api neraka yang lebih dahsyat dan lebih
hebat. Kepanasan api lilin dan ingatannya kepada api neraka menyebabkan
syaitan-syaitan yang merasuknya pada malam itu terpaksa ‘surrender’ dan
bertempiaran lari, manakala nafsu kebinatangannya dapat ditundukkan.
Di sini, kita mestilah menggempur dan menghancurkan sel-sel kekufuran
dan kesyirikan yang ada di dalam setiap badan manusia agar kembali kita
untuk takut kepada Tuhan.
Kata Para hukama’: Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas
kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat
bermaruah dan dihormati.
Tahniah saya ucapkan kepada saudara Mohd Razizan bin Abd Razak yang telah mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka.
Saya sangat menghormati sikap sedemikian dan telah saya sebutkan
sebelum ini didalam kenyataan saya bahawa sewajarnya pihak pengarah dan
pelakon Filem Hantu Bonceng iaitu saudara Mohd Idham dan Zizan memohon
maaf kerana mencetus kekeliruan kepada masyarakat awam. Sekiranya mereka
memohon maaf, mereka akan lebih dihormati.
Mudah – mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada
semua termasuk para penonton dan juga artis – artis yang lain agar
lebih berhati – hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak
mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat
mempersendakan agama Islam yang suci ini.
Bukan sahaja pada lafaz kalimah syahadah
tetapi juga pada aksi – aksi yang lain seperti pendedahan aurat,
pergaulan bebas, berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya,
adegan tahyul dan sebagainya mesti dielakkan dalam dunia lakonan justeru
ia menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat khasnya anak muda
selain ianya bertentangan dengan hukum Islam.
Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah At-taubah, Ayat 65:
Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya
kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama
Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan
mengejeknya?”
Saya mewakili Dewan Pemuda Pas Malaysia sekali lagi mengucapkan
tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar,
ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan.
Dewan Pemuda Pas Malaysia senantiasa menyokong kerjaya seni dan
budaya dalam negara kita kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya
berkarya, namun Islam mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi
agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan
mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.
Saya percaya, masih terlalu luas ruang untuk seniman dan karyawan
menghasilkan karya seni mereka tanpa melanggar batas syariat dan
mencacatkan keindahan Islam.
Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga
ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya,
masih mampu mencapai box office dan menerima award di peringkat
antarabangsa, seperti filem dari Iran “Under The Moonlight” yang
memenangi 6 award diperingkat antarabangsa pada tahun 2001 yang lalu.
Begitu juga filem “Children of Heaven” yang dicalonkan sebagai
penerima anugerah oscar dalam Academy Award dan memenangi 10 lagi award
di pelbagai peringkat antarabangsa.
Sudah sampai masanya, pengarah dan penerbit filem negara menghasilkan
filem bermutu tinggi, mendidik minda dan sosio budaya masyarakat serta
mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Bebaskan industri
filem negara dari serkap filem yang rendah mutu, terkepong dalam realiti
masyarakat yang tidak sepatutnya dibanggakan dan filem yang
mengeksploit batang tubuh wanita, keseksian, kelucahan dan ketahyulan
sebagai azimat pelaris tayangan di pawagam.
Saya mengingatkan demikian justeru berkarya juga berkait rapat dengan
dosa pahala dan syurga neraka. Karya juga sebahagian dari medium
pendidikan umum masyarakat yang berkesan kepada masyarakat. Maksudnya,
berkarya dalam pelbagai lapangannya mestilah mengambil kira keredhaan
Allah swt, bukan hanya menilai keuntungan dan sambutan bertaraf pecah
gudang.
Dewan Pemuda Pas sedia membantu untuk mengangkat martabat industri
filem negara dalam ruang yang boleh diambil oleh pemuda selama industri
ini sedia untuk bebas dan dibebaskan dari pengaruh maksiat dan mungkar.
Pada jam 11:09pagi tadi, Dewan Pemuda PAS Parit Sulong bersama dengan Ketua Pemuda PAS Pt Sulong, Sdr. Zamzuri Kamdi telah mengambil inisiatif dengan pantas dan segera pergi ke Balai Polis Parit Sulong dan telah membuat laporan berkenaan 'ISU MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH'. Isu yang telah diperkatakan di TV oleh Prof. Datuk Dr. Zainal Keling, Majlis Professor Negara (MPN).
Britain membenarkan pramugari bertudung-SubhanAllah.
Syarikat penerbangan Britain membenarkan peramugari bertudung sementara
kebanyakan syarikat-syarikat penerbangan dunia Islam termasuk mesir
melarang peramugari bertudung semasa menjalankan tugas mereka.
Mesir telah memaksa 200 orang peramugari yang bertudung agar membuang
tudung mereka semasa bertugas, penunjuk perasaan meminta menteri mesir...
yang terlibat agar menarik balik larangan tersebut dan mencontohi
kerajaan Britain yang bukan Islam dan bukan berbangsa arab tetapi
menghormati tuntutan agama Islam dalam pemakaian.
----------------------------------------- LAPORAN ASAL -----------------------------------------------
تظاهر عدد من مضيفات
شركة مصر للطيران، أمام مبنى ماسبيرو من جديد ظهر اليوم؛ لمطالبة الطيار
لطفي مصطفى كمال، وزير الطيران المدني، بمنحن حقوقهن في ارتداء الحجاب
أثناء العمل على متن طائرات الشركة؛ وأبدت المضيفات استغرابهن من أن تمنح
الخطوط البريطانية المضيفة حقها في ارتداء الحجاب بينما تمنعه مصر!.
ورفعت
المتظاهرات لافتاتٍ كُتِبَ عليها: "لا عقد ولا قانون يمنع الحجاب"، و"حجاب
المضيفات في رقابكم"، و"حجاب المضيفة الجوية سيزيدها أناقة"، و"الخطوط
البريطانية سمحت بالحجاب"، مندداتٍ بتعسف المسئولين في شركة مصر للطيران
ورفضهم لارتداء المضيفات والطيارات للحجاب.
ونددت
المشاركات في الوقفة بموقف الشركة الي يجبر أكثر من 200 مضيفة محجبة على
خلع حجابها عند دخول عملها، كما شددن على نفي أن يكون يكون للأمر علاقة
بالمظهر العام مؤكدات أن حجاب المضيفات يزيدهن أناقة، ولا يؤثر بتاتا على
مظهرها.
واستشهدن في ذلك بموقف الخطوط
الجوية البريطانية التي منحت المضيفات هذا الحق بعد تأكدها من أنه لن يضر
بمصالح الشركة، وتساءلن في حديثهن لـ«أون إسلام»: "أليس من حقنا أن نتمتع
بحقنا في الحجاب أثناء عملنا فوق السحاب، أم أننا لابد أن نشعر بعقدة الذنب
في كل مرة تقلع فيها طائرتنا؟".
"أفكر".. ماذا تغير بعد الثورة؟!
وسبق
للطيار لطفي مصطفي كمال وزير الطيران المدني أن صرح في حوار مع جريدة
الجمهورية القومية الأسبوع الماضي بأنه "يفكر في هذا الأمر بموضوعية من عدة
وجهات نظر" حيث أجاب على سؤال حول طلب بعض المضيفات بالسماح لهن بارتداء
الحجاب أثناء الرحلات بقوله: "إنني أفكر في هذا الأمر بموضوعية من عدة
وجهات نظر متمثلة في وجهات نظر المضيفة والشركة والمجتمع والدولة.. خاصة أن
كلاً منهم له وجهة نظر".
وأوضح قائلا:
"فالمضيفة وجهة نظرها أنها محجبة وتريد أن تعمل وبعضهن محجبات بالفعل
وتخلع الحجاب قبل دخول الطائرة وقبلت بذلك فماذا تغيّر بعد الثورة حتي
تطالب بأن تعمل بنفس الوظيفة وتحصل علي نفس الراتب ولا تلتزم بالعقد المبرم
بينها وبين الشركة خاصة أن العقد شريعة المتعاقدين.. وبالفعل عرضت عدة
حلول لحل هذا الموضوع أتمنى أن تكون مناسبة لهن".
وأضاف
الوزير أن "الموضوع له أبعاد كثيرة منها وجهة نظر المجتمع؛ حيث أكد
الكثيرون ممن تحاورت معهم أنهم يرفضون فكرة المضيفة المحجبة.. في حين قال
لي عدد من السيدات: حرام عليك أن تجبرهن على خلع الحجاب لبقائهن في
العمل!".
وحول وجهة نظر الشركة قال:
"من هنا لا بد من أن أنظر الي وجهة نظر الشركة وما إذا كان ما ننفذه سيحقق
مكاسب أم لا.. فإذا كان سيحقق خسائر للشركة فلا بد من أن نعيد النظر في
صياغة الموضوع".
وأوضح الوزير "أما من
ناحية الدولة فإننا في مرحلة يحدث فيها تضارب ويصفنا البعض بالتعنت"..
وأشار الوزير إلى أنه "بالتفكير من خلال طرح وجهات النظر المختلفة وجد أنه
إذا كان صاحب المصلحة الفردية سيحقق الضرر لصاحب المصلحة العامة فلا بد من
أن يقنع صاحب المصلحة بالتخلي عن مصلحته للحفاظ علي المصلحة العامة
والمجتمع لن يخلو من الطرفين المؤيد للحجاب موجود والمعارض له موجود أيضا
ولكل منهما حجته"!.
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR ... Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi
cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda
masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat.ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak.
Getar-getar
suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat
yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa
III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis
ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang
bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan
anak bangsa sendiri.
Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin
diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan
Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi
kenyataan.
Dimulakan
dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di
bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf
‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’,
disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini
disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf
‘A’.
Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam …
R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Kutty A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Mertua KJ N = mat monggol - Bapa kemongolan
PENIPUAN SEJARAH YG DI LAKUKAN OLEH BANGSAWAN UMNO
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BNyang
disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita
belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran
mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan
adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui
pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
PENIPUAN PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG.
Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan
Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan
Sarawak.
PENIPUAN KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah
Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National
Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays
National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
Perjuangan
fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki
Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih
lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari
kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930)
dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas
setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum
menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.
Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu.
Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang
belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin
‘tinggal’ di Tanah Melayu.
Perkataan
‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan
buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga
adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka
juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa
dan asal usul.
Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepong diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal,
kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara.
Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.
Kebanyakkan
nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh
adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain
dari UMNO. UMNOyang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British.
Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.
Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid.
Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku
anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak
melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun
meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk
kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya?
pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.
Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed).
Menegaskan
tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam
tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa
kisah-kisah seperti 13 MEI 1969, PEMBUNUHAN MEMALI 1985, REFORMASI 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan
beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik
tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk
memberi laluan kepada UMNO memerintah.