Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media
mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam
perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu
setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela
mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini. Tanpa kalobrasi
ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan' lagi oleh Utusan, tidak mungkin
menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan
mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat
Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu 'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?'.
Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng.

Rumah Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera
Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya
kami berjaya menjejaki adik
Mat Indera iaitu Pakcik Johan atau nama penuhnya Johan bin Indera.
Pakcik Johan kini menetap di Yong Peng, Johor. Sebaik kami tiba di
hadapan rumahnya, sebatang bendera Malaysia yang diikat pada tiang
rumahnya berkibar megah. Begitu tinggi sekali semangat cintakan negara
di dalam diri adik Mat Indera ini, walaupun abangnya ketika ini sedang
dihamun sebagai pengkhianat negara dan komunis namun ia tidak memudarkan
semangat kecintaan beliau terhadap perayaan Hari Kemerdekaan. Belum
tentu rumah anak-anak kepada Bapa Kemerdekaan sendiri ada memasang
Bendera Malaysia ketika ini. Belum lagi rumah pak menteri!.Mat Indera BUKAN KOMUNIS
Persoalan awal kami sebaik memulakan bicara ialah
Kami : 'Betulkah Mat Indera adalah pengkhianat kepada negara seperti dakwaan sesetengah pihak?'.
Pak Johan : "TIDAK. Dan saya tidak percaya Mat Indera komunis. Mustahil Mat Indera komunis kerana bapa saudara kami, Yahya sendiri dibunuh oleh komunis."
Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera
Dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan jawapan kepada 'persoalan
utama' itu, sehingga kami terlupa untuk mengenali Mat Indera lebih
dekat. Menurut Pak Johan, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat
Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak
Johan adalah anak yang bongsu. Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin
Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan
Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah
menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada
tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.
Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.
Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Sheikh Fadhil Banten yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Sheikh Fadhil Banten inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.
Kekasih MAT INDERA

Permulaan kehidupan beliau sebagai guru agama, adalah dengan mula
mengajar di Sekolah Agama Bandar Pontian sebelum berkhidmat sebagai
seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Ketika
berpindah di Muar, keluarga Mat Indera tinggal di Bakri,Muar beralamat
di No. 56-1. Mat Indera juga pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah
kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin. Haji Yassin juga dikenali
sebagai Tok Guru Haji Yassin amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar.
Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bersama kami, walaupun Mat Indera tidak berkahwin dan mempunyai waris. Namun Mat Indera pernah berkawan dengan anak Tok Guru Haji Yassin, Noraini Yassin yang juga kakak kepada TPM Muhyiddin Yassin. Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor. Selepas perhubungan mereka tidak direstui oleh bapanya, Mat Indera berkawan pula dengan seorang gadis bernama Azizah Daud. Namun perhubungan mereka juga tidak berpanjangan.