Friday, September 23, 2011

Takut

Erti takut itu juga ialah kita tidak melakukan perkara-perkara yang diingini oleh hawa nafsu dan dunia dan tunduk yakin pada Tuhan mengikut susunan yang Allah Taala kenakan pada kita, mengikut aturcara keredhaan-Nya. Di sini hendaklah kita cuba dan terus mencuba.

Kita lihat dari zaman Rasullullah, sahabat dan tabiin, orang yang takut akan Tuhan bukanlah orang yang pura-pura dan mereka menjadi tonggak di dunia iaitu di hadapan orang-orang kufar dan musyrik sehingga mereka sanggup mengorbankan harta dan nyawa kerana takutkan Tuhan. Contoh terkini orang yang takut akan Tuhan ialah Jalaluddin Haqqani, Osama Bin Laden dan anggota- anggota Al-Qaeda yang lain. Mereka menjadi penggempur utama orang-orang kufar dan musyrik di Afghanistan. Sel-sel hawa nafsu Ammarah telah dapat mereka tewaskan sehingga nikmat kehidupan dunia bukan lagi menjadi matlamat. Kesenggsaraan hidup dalam buruan dan di tengah kegersangan gurun Afghanistan tidak dirasai kerana mereka merasa nikmat manisnya iman kerana mereka sangat takut akan Tuhan daripada takutkan M16 atau roket-roket penggempur musuh. Inilah contoh orang yang takut akan Tuhan.

Seorang daripada murid saya yang takut akan Tuhan telah merantai hawa nafsunya dengan takut akan azab api neraka. Menurut ceritanya, suatu malam dalam hujan lebat, seorang gadis Cina telah datang berteduh di pondoknya. Gadis Cina ini menyalin pakaiannya dan bermalam di situ. Ujian Allah, si pemuda beriman tiba-tiba terasa nafsu syahwatnya begitu memuncak apabila memandang gadis Cina itu.

Pemuda yang takut akan Allah itu merantai nafsunya pada malam itu dengan mencucuh jarinya pada api lilin agar panas api lilin dapat mengingatkannya kepada panas api neraka yang lebih dahsyat dan lebih hebat. Kepanasan api lilin dan ingatannya kepada api neraka menyebabkan syaitan-syaitan yang merasuknya pada malam itu terpaksa ‘surrender’ dan bertempiaran lari, manakala nafsu kebinatangannya dapat ditundukkan.

Di sini, kita mestilah menggempur dan menghancurkan sel-sel kekufuran dan kesyirikan yang ada di dalam setiap badan manusia agar kembali kita untuk takut kepada Tuhan.

Sheikh Mahmud AlKedahi
Madrasah Nurul Iman.

No comments: