Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Isu Mat Indera : Mat Sabu Menang

Isu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan mungkin sampai ke penghujungnya, dan mungkin juga tidak. Di dalam media isunya kelihatan sudah berlalu, diambil alih oleh isu hudud. Namun di puncak menara gading, isu ini mungkin terus diperdebatkan sehingga sejarah tentang kemerdekaan ditafsir dan ditulis semula suatu hari nanti.

Profesor Zainal Kling (ZK) dan Profesor Khoo Kay Kim(KKK) telah menelanjangi keintelektualan mereka sendiri. Suatu ketika, KKK bagai seorang mahaguru yang mengarahkan Mat Sabu hadir ke kuliah sejarah di pejabatnya. Nampak terbetik keangkuhan seorang mahaguru apabila berhadapan seorang yang dikatakan ‘kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’. Isu Mat Indera ini berlanjutan hingga menelurkan polemik baru iaitu, Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Namun apabila bangkit professor dan cendikiawan sejarah menolak hujah ZK dan KKK, mereka berdua ini bagai mati kuku apabila bertemu buku dengan ruas. Tidak pula mereka berdua berani menyanggah keilmuan pakar sejarah, Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Sejarah UM, Dr. Kamal Ahmad Ariffin Muhd Rus dan beberapa orang lagi cendekiawan sejarah yang mempunyai pandangan yang kontradik dengan mereka . Apatah lagi, pemimpin UMNO sendiri tidak bersedia untuk menyokong mereka tentang isu Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Agaknya mereka tersedar bahawa UMNO yang bermata juling sedang menjeling mereka. Lantas, mereka mendiamkan diri sebagai tanda memahami maksud jelingan itu. 

Jadi rumusannya ialah, dakwaan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan belum dapat dipatahkan oleh oponennya. Selama mana hujah Mat Sabu tidak dipatahkan selagi itulah kata-kata Mat Sabu adalah benar, meskipun sejarah belum ditulis semula secara bersurat. Apa yang benarnya di pihak Mat Sabu?

Pertama, Mat Indera ialah salah seorang pejuang kemerdekaan. Beliau menentang Inggeris, bukan menentang bangsa dan tanahairnya. Wiralah itu namanya apabila sanggup berkorban nyawa demi membebaskan bangsa dan tanah airnya daripada pihak penjajah yang merompak hasil mahsul dan kedaulatan tanah air. Beliau mati digantung. Rakan yang mengkhianatnya, Bajuri, hidup senang-lenang dengan habuan $75 000.00 oleh British kerana memberkas Mat Indera. Sarjan ini kemudiannya menjadi Ketua UMNO Pontian. Kalau Mat Indera wira, tak kan Ketua Pemuda UMNO itu juga wira. Apa filem ini? Habis kalau bukan wira, itulah manusia normal panggil pengkhianat. Pengarah filem yang abnormal sahaja sanggup mengangkat pengkhianat menjadi wira.

Kedua, polis yang berkhidmat pada tahun 1950 ialah polis penjajah Inggeris. Polis ini tiada kena-mengena dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbentuk selepas merdeka atau penubuhan Malaysia. Apa yang PDRM nak sakit hatinyanya? Polis penjajah Inggeris adalah talibarut Inggeris walaupun berbangsa Melayu. Mereka sanggup bekerja untuk Inggeris demi sesuap nasi meskipun terpaksa membunuh bangsa dan ulama sendiri. Merekalah yang menangkap dan sanggup menggantung mayat ulama pejuang, Tok Janggut. 

Tok Janggut tidak dipandang hina oleh generasi kini. Yang dipandang hina ialah segelintir bangsa yang sanggup mengkhinati kawan dan bangsanya sendiri.
Ketiga, antara hakikat dan teknikal, yang diterima secara rasmi dan kolektif oleh negara kita ialah Tanah Melayu pernah dijajah. Ini tidak perlu dipertikaikan lagi oleh ZK dan KKK. Apabila ZK dan KKK mengusarkan masyarakat dengan dakwaan lekeh dan leceh mereka, sewajarnya bangun rakyat membuat 1,000 laporan polis terhadap keceluparan mereka. Itupun kalau benar justifikasi Ketua Polis Pulau Pinang yang berkata bahawa Mat Sabu didakwa kerana terlalu banyak laporan polis. Maka yang difahami ialah Mat Sabu kena dakwa bukan kerana lontaran isunya tetapi kerana laporan polis terlalu banyak . 

Macam ada kebangangan dalam justifikasi ini. Agak-agak baru ada 10 laporan polis terhadap ZK. Jadi PAS/PR/NGO setiap cawangan (bukan setiap bahagian), perlu buat laporan polis kalau nak cukup 1000 laporan demi memenuhi kebangangan itu. Biarlah Mat Sabu kena dakwa asalkan anak Kling dan KKK juga didakwa. Baru adil. Namun yang sebaiknya ialah gugurkan tuduhan terhadap Mat Sabu kerana kebangangan justifikasi Ayub Yaakob tadi.

Kesimpulannya, kita wajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO kerana telah mengangkat Mat Sabu sebagai wira. Utusan Malaysia dengan UMNO tak lain tak bukan sebagai contoh sokong membawa rebah. Insya-Allah kedua-duanya akan rebah selepas PRU13 nanti.

Sumber : NK

Wednesday, September 28, 2011

Wacana Rakyat : MERDEKA, SEJARAH YANG DIHITAMKAN



Wacana Rakyat : MERDEKA, SEJARAH YANG DIHITAMKAN

Pada 2 Oktober 2011. 
Bermula pada jam 8 malam.
Bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM),
 Taman Melewar, Selangor


Panel :
Dr Zuhdi Marzuki ( Pengarah Operasi PPP )
Ust Nasruddin Tantawi ( Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )
Ust Riduan Mohd Nor( Penulis / Pengkaji Sejarah )
Dr Muhaimin Sulam ( Pensyarah UPSI )

Moderator :
Ahmad Syazwan (Presiden GAMIS)

Mahasiswa dan orang ramai di jemput hadir...

Keterangan Lanjut Hubungi : Ridhuan 0132229803

Friday, September 16, 2011

Laporan Polis Terhadap Prof. Datuk Dr. Zainal Keling


Pada jam 11:09pagi tadi, Dewan Pemuda PAS Parit Sulong bersama dengan Ketua Pemuda PAS Pt Sulong, Sdr. Zamzuri Kamdi telah mengambil inisiatif dengan pantas dan segera pergi ke Balai Polis Parit Sulong dan telah membuat laporan berkenaan 'ISU MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH'. Isu yang telah diperkatakan di TV oleh Prof. Datuk Dr. Zainal Keling, Majlis Professor Negara (MPN).

Berikut adalah laporan Polis yang dibuat:-

Saturday, September 10, 2011

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 4

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya


Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat.ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak.


Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.


Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan.


Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’.


Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam … 

R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Kutty
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Mertua KJ
N =  mat monggol  - Bapa kemongolan


Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 5 (Akhir)

PENIPUAN SEJARAH YG DI LAKUKAN OLEH BANGSAWAN UMNO
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BNyang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


PENIPUAN PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

Friday, September 9, 2011

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 3

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II

Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.


Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu.


Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul.


Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepong diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal,


kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara. 






Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.


Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNOyang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British.


Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.

Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid.

Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.

Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed).


Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 MEI 1969, PEMBUNUHAN MEMALI 1985, REFORMASI 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.
Bersambung Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 4

Sumber

Malaysia tidak pernah dijajah

Isu "Malaysia tdk pernah dijajah" telah menenggelamkan isu cukai 6% telekomunikasi. Pandai kerajaan kelabukan mata rakyat.. 
~ TERKINI - Kaedah Mengalih Perhatian Rakyat

TERKINI : Wang tunai RM75K


Tahukah anda Sarjan Bajuri Hj Siraj yg menangkap Mat Indera telah diberi ganjaran 75K oleh British. Selepas pencen menjadi Ketua Pemuda UMNO Pontian ~ Suhaizan Kayat [https://www.facebook.com/profile.php?id=1137818236]

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 2

PERMULAAN KERAJAAN
Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculanKedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agungTurki Utmaniah di Timur tengah.
Nama-nama besar seperti Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah?

Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi.

Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’…

Thursday, September 8, 2011

XPDC Menjejak MAT INDERA - PART 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA

Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini. Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan' lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat  Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu 'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?'.

Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng.

Rumah Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera

Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya

MB Johor, berdialog isu Mat Indera

Pemuda PAS Johor berkata tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, dalam konteks peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1948 hingga 1957, para sarjana masih sedang mengkaji dan masih tidak ada lagi, menurut kajian dan pembacaannya, satu keputusan muktamad adakah pejuang berhaluan kiri dikira pejuang atau pengkhianat.

Kenapa BRITISH suka sangat ngan Tanah Melayu


1. Negara KHATULISTIWA - sesuai untuk menanam pelbagai jenis tanaman yg berkhasiat TINGGI. Contohnya padi, pisang, ubi kentang. Memang ramai tak sedar pasal ada kat negara kita. Tp kalau dinegara mereka yg beriklim SEJUK memang payah nak tanam tanaman nie. Jadi mereka kena datang BELI di sini.

2. Hasil hutan - Negara kita untung boleh tanam getah, kayu balak, kelapa sawit. Cuba kita tengok KEHIDUPAN kita seharian, apa yg banyak menggunakan GETAH? Tayar kereta, barang2 keselamatan untuk industri BERAT. Kelapa sawit pula boleh menghasil MINYAK. Tp siapa pembuat tayar kenderaan di dalam DUNIA nie? Lu kaji lah sendiri...

3. Sumber asli - Tak semua negara dalam DUNIA ada minyak dan sumber2 asli yg BERKUALITI TINGGI, cth: bijih timah, rempah ratus. Benda2 mcm rempah ratus nie penting sebab bila sesebuah negara tu PERANG, kos makanan akan meningkat. Jadi untuk BRITISH dapat murah, dia berbaik2 ngan negara2 pengeluar makanan. Memang kita ada jual ngan harga yg BERPATUTAN (silap2 lagi mahal) kepada negara BRITISH, tp kemana pergi DUIT tu? Hanya BN jer yg TAHU.

Lama-kelamaan habis sumber asli kita. Yg kita dapat apa? Hiburan yg MELAMPAU sampai melekakan MASYARAKAT kita, Kilang2 arak dibuka untuk tambah lagi KELEKAAN tersebut. Kedai2 judi nombor ekor di buka supaya bila rakyat MISKIN, mereka akan PERCAYA judi akan menambahkan lagi PENDAPATAN mereka. 

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 1

[KLIK UTK BESARKAN GAMBAR]

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.
54 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMERDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah! 


Bersambung Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 2


Sumber


Lokasi kubur arwah Mat Indera

Lokasi kubur arwah Mat Indera

9 Syawal 1432H. [MOD] -Kubur Mat Indera yang terletak di Tanah Perkuburan Islam kampung jambu, Taiping yang kelihatan bersih dan terurus walaupun sudah 58 tahun jasadnya disemadikan di situ.. Al- Fatihah . 
Gambar : Sinar harian

Wednesday, September 7, 2011

Bapa Muhyiddin Anak Murid Mat Indera



Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (gambar sebelah, kanan), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

Waris : Bersihkan Nama Mat Indera


Kerajaan BN diminta membersihkan imej Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar.

Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah.
[Gambar: Baharom Shah (tengah) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor bersama Suhaizan dan Khairul Faizi pada sidang media di Pejabat Agung PAS.]
Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

Sunday, December 26, 2010

Part 01 : Freemason di Malaysia

Artikel ini ditulis bagi mendesak pihak kerajaan membuat penilaian dan mengkaji semula kebenaran pergerakan Freemason di Malaysia dan juga jika perlu Majlis Fatwa Kebangsaan menyeluarkan fatwa menyenai penyertaan kaum muslim terutamanya bangsa Melayu di Malaysia menyertai pergerakan ini.

Sejarah awal Freemason dan matlamat pergerakan


Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.

Ianya juga adalah satu organisasi rahsia yg bermula dari zaman Mesir Purba sehingga kini yg dianggotai oleh lelaki yg dipilih oleh mereka, bermakna membership on invitation only.Mason bermakna tukang batu. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah penyambung generasi pembina Kuil King Solomon di Israel. Dikatakan mereka memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negative, elemen penting dalam pemujaan.

    Di Malaysia, kelab kebajikan (kononnya) seperti Lions, Rotary etc adalah sebenarnya cabang Freemason.Ada juga pendapat yang mengatakan yang mereka nih sebenarnya meneruskan misi Knights Templar.

Untuk bacaan lanjut di Wikipedia sila lawati link ini http://ms.wikipedia .org/wiki/ Freemason dan buku tulisan Harun Yahya di http://www.harunyah ya.com/globalfre emasonry_ introduction. php (buku boleh juga di download di link ini).

Secara ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini, antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara Islam di Jerusalem.

Terdapat pelbagai legenda dan teori lain mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Maka berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa. (rujuk: www.Islamonline. net ).


Aktiviti ritual dan kerahsiaannya


Pergerakan ini konon tidak membenarkan perbincangan mengenai hal agama dan plolitik dibawa kedalam setiap perjumpaannya di ‘Lodge Manson’nya (rumah pergerakan), kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung (sumber: wikipedia).

Apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimanakah ritual-ritual mereka menjadi satu kerahsiaan yang amat kuat, sehinggakan semasa perjumpaan dijalankan pekerja-pekerja biasa dirumah pergerakan tidak dibenarkan melihat dan semua pintu dan tingkap ditutup rapat. Ada pendapat yang mengaitkan ritual-ritual mereka bersumberkan amalan kono Yahudi. Namun begitu, pada masa sekarang ini terdapat banyak amalan ritual mereka ini yang telah tersebar luas di dalam youtube, para pembaca boleh lawati contoh di link ini:http://www.youtube. com/watch? v=HyuhhH2g5lY dan banyak lagi link video di bawah yang membincangkan tentang apa itu sebenarnya freemason.

   1. http://www.youtube. com/watch? v=B9GAZxTLyNQ&feature=related
   2. http://www.youtube. com/watch? v=qR-pAE003o4&feature=related
   3. http://www.youtube. com/watch? v=AwhVrSsBTxs&feature=related
   4. http://www.youtube. com/watch? v=tRWkoE_ ePsM&feature=related
   5. http://www.youtube. com/watch? v=YbgMUKQ1JU4&feature=related

Adakah pergerakan ini mengamal ritual-ritual sulit yang bertentang dengan agama Islam, maupun agama lain (ini kerana sejak dari dahulu, pihak Gereja Kristian juga amat menentang pergerakan ini)? Walau apapun berdasarkan maklumat yang ada, kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Agama Islam Malaysia hendaklah menjalankan risikan dan siasatan terperinci tentang aktiviti mereka ini, bukan sahaja dari segi ritual tetapi lebih penting matlamat pergerakan ini.



Bolehkah Ummat Islam di Malaysia menyertai Freemason?

Saya amat percaya bahawa freemason mempunyai ritual amalan dan bermatlamat bertentangan dengan Agama Islam, terlalu banyk komen-komen dan dokumentari negetif mengenai freemason yang secara jelas bertentangan dengan Agama Suci Agama Islam, antaranya kita boleh lihat di link video rencana di bawah;

   1. http://www.youtube. com/watch? v=BLroyYtbf1o
   2. http://www.youtube. com/watch? v=2uMyEkJCXOQ&feature=related
   3. http://www.youtube. com/watch? v=gIN2hZLXrC4&feature=related
   4. http://www.youtube. com/watch? v=IyQ9kR6764k&feature=related
   5. http://www.youtube. com/watch? v=SVEifQd34IA&feature=related
   6. http://www.youtube.com/watch? v=Gp2WP-BDsIs&feature=related

Seorang Ulama’ yang prominen, Sheikh Ahmad Kutty (pensyarah kanan dan ilmuan Islam di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada) mengatakan:

“As far as I know, Freemasonry is a secret organization whose beliefs and practices are totally kept confidential except from those who are initiated into it. They have levels of secrets which are not divulged to those who are at lower levels. A Muslim should never fall prey or give allegiance to something which cannot be scrutinized by the firm criteria of the Qur’an and the Sunnah. Whoever joins Freemasonry is like a person who writes a blank check; by doing so he agrees to give allegiance blindly to an authority to comply with their wishes no matter what they are.

No Muslim can surrender his will unconditionally to anyone but Allah. If anyone has done so, he is guilty of the most blatant violation namely shirk (associating partners with Allah). Allah says: “Do they have partners beside Allah who shall prescribe for them rituals that Allah has not sanctioned.” (Ash-Shura: 21)”

Delving into the core of Freemasonry and its nature, we would like also to cite the following:

“The Society of Freemasons is a secret organization with aims which are never officially declared in public. It engulfs itself with a thick curtain of secrecy to the extent that any new recruit gives a most solemn oath not to reveal its secrets. He is made fully aware that he reveals these secrets at peril to his life. Admission to the society is not open to everyone. In fact, the Society of Freemasons recruits its members after careful study of their characters and positions. It also tries hard to enlist in its membership kings, presidents, ministers, leading politicians and highly influential people. Such people are given honorary membership that keeps them at the periphery of the society, which means that they do not share in its decision making and they are not let into its secrets. Only those who are prepared to work with dedication for the aims of the society are made aware of these secrets. This, too, after they have passed certain tests and been promoted from one degree to another in the hierarchy of the society.

What attracts people to join the Freemasonry is the assurance of mutual help which its members pledge themselves to give on joining. A Freemason is expected to give unlimited support to other members of the society. Members have certain signs by which they come to know each other, such as the way they shake hands with other people and certain additions in their signatures on letters, etc. In countries where Freemasonry is well established, this can be of great advantage to any member who shows dedication to the cause.

A number of people have written about the secret aims of the Society of Freemasons. These were largely ex-members who left the society after finding that they could not reconcile themselves to its aims and purposes. The majority of these cases were in countries where the society was not able to promote itself well, which, in turn, limited its membership. This forced it to promote certain members to higher degrees, which enabled them to know more of the secrets of the society. Through such people we know that the society has a very strict hierarchy that keeps members at a low degree until they have passed a very severe test of loyalty and dedication. We also know that the society serves the aims of world Jewry and derives its name from that particular purpose. A “mason” is a builder, and the Society of Freemasons aims to rebuild the Temple of Solomon in Jerusalem after destroying Al-Aqsa Mosque because the Jews allege that the mosque has been built on the site of the destroyed temple.

Everything that furthers the interest of the Jews and promotes their position in the world is undertaken by the society. The cover of absolute secrecy and its strict hierarchy enables it to make use of the positions and influence of its non-Jewish members to serve the Jewish cause. We have to understand that many of its members work for the society trusting that they only serve the causes of liberty, equality and justice. They remain unaware that they simply serve the cause of giving the Jews supremacy in world affairs. Freemasonry has over the years earned itself a number of enemies, most notably the Catholic Church.

In view of all this, there is no doubt that if a Muslim joins the Society of Freemasons, he contravenes the teachings of Islam. The aims, policy and practices of this society are against the principles of Islam and violate its laws. For example, Islam believes in maintaining justice among all people, regardless of race, color, family, position or creed. A Muslim must be fair to all people. Islam forbids favoritism, nepotism and discrimination on any basis. Freemasons favor one another on the basis of membership of their society.

Islam respects other religions. Freemasonry deceives its members into thinking that they further the cause of a better humanity when they are actually furthering the interests of those who seek to give the Jews supremacy over all peoples of the world. Islam is the final message from Allah to man. It is the religion that supercedes all past divine messages, including Judaism.

Freemasonry seeks to destroy Al-Aqsa Mosque in order to rebuild the Temple of Solomon in its place. How can a Muslim, then, join such a society?

Islam believes in open methods and declared aims and orders its followers to be always truthful and to follow a straight path. Freemasonry shrouds itself in secrecy to cover its wicked practices. If its aims were truly to promote a better humanity, it would have come out into the open and declared its aims and policies. Only evil cloaks itself in secrecy because it wants to hide its repugnant nature.”

(sumber link: http://www.islamonl ine.net/servlet/ Satellite? cid=111950354728 8&pagename=IslamOnlin e-English- Ask_Scholar% 2FFatwaE% 2FFatwaEAskTheSc holar )

Terdapat banyak lagi pendapat para ulama’ yang mengharamkan orang Islam menyertai freemason atas alasan bertentangan dengan ajaran Islam dan aqidah umat Islam. Namun begitu jangan terpedaya terdapat juga orang-orang yang kononnya ‘bergerak ilmuan Islam’ menghalalkan penyertaan ummat Islam di dalam pergerakan ini, sebagai contoh sebuah artikel bertajuk ‘Islam and Freemasonry’ oleh W.Bro. Shaikh Hatim Fidahussein Nakhoda PM, link: http://www.freemasons-freemasonry.com/islam_ freemasonry.html
Pendapat-pendapat golongan ini dibuat demi kepentingan mereka sebagai ahli freemason!


Freemason di Malaysia dan rantau Asia Tenggara

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemson untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji

Kuala Lumpur: 3 loji

Pulau Pinang: 1 loji

lpoh: 1 loji

Kuantan: 1 loji

Kuching: 2 loji

port Dickson: 1 loji

Port Klang: 1 loji

Taiping: 1 loji

Kota Kinabalu: 1 loji

Bangkok: 3 loji

Pattaya: 1 loji

Sumber: wikipedia



Kalau diperhatikan hanya negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang tidak mempunyai cawangan Freemason. Saya khuatir dengan kukuhnya pergerakan ini bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Bahkan terdapat laporan bahawa terdapat juga orang-orang Islam atau Melayu menyertai pergerakan ini secara aktif atau sulit. Bahkan masa ini ada juga laporan kalangan ahlinya yang beragama Islam daripada golongan ternama, professional dan pemimpin.

Maka kita dapat melihat pembawakan isu-isu terkini semasa samaada secara kebetulan atau dirancang, bertepatan dengan matlamat dan ideology pergerakan ini, sebagai contoh hak persamaan antara Agama, dialog antara Agama, hak persamaan kaum dan banyak lagi. Saya khuatir dan berprasangka buruk bahawa isu-isu ini dirancang secara sulit atau digerakkan secara sulit oleh pergerakan ini ataupun pergerakan yang berhubungkait dengan mereka bagi mengucar kacirkan keamanan Negara.

Kerajaan dan Majlis Fatwa harus mengkaji dan mengeluarkan Fatwa bahawa umat Islam di Malaysia tidak boleh menyertai freemason atau terus mengharamkan pergerakan ini

Pergerakan freemason telah pun diharamkan dinegara lain seperti Saudi Arabia, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan banyak lagi termasuklah Negara bukan bermajoriti umat Islam. Di Iraq seawall sebelum presiden Saddam Hussein lagi pergerakan ini telah diharamkan, namun semenjak Iraq diceroboh oleh tentera Amerika, freemason telah bertapak kembali dibawa masuk oleh Amerika di bawah naungan Grand Lodge dari Amerika.