Showing posts with label hudud islam. Show all posts
Showing posts with label hudud islam. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Bukti Kelantan Maju Selamat..


Inilah hasil 'tarbiah' Datuk Seri Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Allahuakhbar!!!

p/s : Sepatutnya 'HARAM SOKONG UMNO-BN' perlu difatwakan! Beragama Islam tapi tolak HUKUM ALLAH! 



Wednesday, November 2, 2011

Pendapat Orang Fasik



'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa ssesuatu brita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kjahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali dengan apa yang kamu telah lakukan' - Surah al-Hujurat ayat 49:6

Wednesday, October 5, 2011

Hudud

Hudud adalah sebahagian dari syariat Islam yang mesti diimani oleh seorang muslim. Menolaknya adalah menolak kesempurnaan Islam agama yg diwahyukan olh Allah swt Tuhan yg mencipta manusia. Menerimanya adalah satu kewarasan yg bijak menunjangi iman yg kental. Allah pasti menganugerah rahmat dan berkatNya buat mrk yg tunduk dan patuh kpdNya. - Nasrudin Hassan.

Mana Lebih Kejam?


 

Sebatan cara Islam vs sebatan cara sivil.

Thursday, September 29, 2011

HUDUD akan dilaksanakan, UMNO?

[SIDANG BERSAMA MEDIA]

‎( LATEST UPDATE ) Alhamdulillah isu hudud telah dapat di selesaikan oleh pimpinan PR dengan semangat penuh muafakat. Para wartawan terkejut kerana suasana mesyuarat berjalan dengan baik. Mereka mungkin sangkakan pemimpin PR akan berperang.

PR mengambil keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Buku Jingga. Keputusan diambil supaya tidak boleh lari daripada fokus kepada pembaharuan.

PR juga mengakui enakmen undang-undang Islam oleh PAS di Kelantan (93), Terengganu (03) telah diluluskan terlebih dahulu sebelum penggabungan PR, ia bukan sebahagian daripada agenda semasa.

PR turut menghormati agenda PAS dan ia adalah hak parti itu untuk meneruskan perjuangannya, dan ahli-ahli lain di dalam gabungan itu juga mempunyai hak untuk tidak bersetuju.

Ketika PR bergerak ke arah politik yang matang, DAP juga perlu menyedari aspirasi Islam untuk menegakkan semua kewajipan agama mereka termasuklah menghormati perundangan Islam.

-----------------------------------SUMBER LAIN : HD.net-------------------------------

DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan

Tuesday, August 16, 2011

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.


Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud. 

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa. 

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa. 

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan. 

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas. 

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO. 

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan. 

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan. 

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah. 

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota. 

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92.  

sumber : spyrakyat.com

Monday, March 7, 2011

SYIRIK MODEN

Golongan musyrik sembah jin, berhala selain Allah
T

 AFSIR surah al-An’am ayat 100: Firman Allah yang bermaksud:
“Dan mereka (manusia) menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah yang menciptakan jin-jin itu.”

Ibnu Kasir menyebut didalam kitab tafsirnya bahawa ayat ini merujuk kepada golongan musyrikin di mana mereka menyembah sesuatu yang lain bersama dengan menyembah Allah SWT, mereka menyekutukan sesuatu dalam pengabdian atau perhambaan atau kepatuhan kepada Allah SWT.

Bahawa sebenarnya mereka menyembah jin sekali gus menjadikannya sebagai sekutu Allah dalam ibadah.

Bagaimanakah boleh berlaku mereka menyembah jin sedangkan mereka zahirnya dilihat menyembah berhala? Sebagai jawapannya, mereka tidak akan menyembah berhala melainkan setelah mengikut perintah jin untuk berbuat demikian sebagaimana disebut dalam firman Allah yang bermaksud:
“Apa yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak lain hanya berhala-hala (dengan mahkluk yang lemah) dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka.

“Yang telah dilaknat oleh Allah dan yang telah mengatakan demi sesungguhnya Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambamu, bahagian yang tertentu untuk dijadikan pengikutKu (syaitan).

“Dan demi sesungguhnya Aku (syaitan) akan menyesatkan mereka dari kebenaran dan demi sesungguhnya Aku (syaitan) akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya Aku (syaitan) akan menyuruh mereka untuk mencacatkan binatang-binatang ternakan, lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan Aku (syaitan) akan menyeruh mereka mengubah ciptaan Allah.”

“Dan ingatlah sesiapa yang mengambil syaitan untuk dijadikan pemimpin yang ditaati selain dari Allah maka sesungguhnya rugilah mereka (manusia) dengan kerugian yang terang dan nyata.”

Wednesday, December 22, 2010

Ketuanan Islam Atau Ketuanan Melayu?

Sekarang ini isu Ketuanan Melayu hangat disebut-sebut. Yang selama ini senyap dan diam tiba-tiba membuka mulut. Kontraktor-kontrakror Kelas F yang merasakan projek mereka terancam mula bersabda. Kaki-kaki busuk dan gedebe-gedebe yang selama ini sibuk melobi sana-sini alih-alih mula berkokok.

Semua ini tak lain tak bukan hasil penangan 8 Mac 2008. Orang pembangkang kata ini dnegan nama Tsunami Politik. Mungkin ya mungkin tidak kerana segala-galanya berkemungkinan dalam politik Malaysia. Jatuh menjatuh serta keji mengeji adalah amalan para pengganut politik Machiavelli, bapa Real Politics itu.

Ketuanan Melayu dan Ketuanan Islam, samakah ia? Ada orang berkata, Melayu itu Islam maka ketuanan Melayu itu sama dengan Ketuanan Islam. Melayu itu Islam adalah salah satu fasal yang disebut dalam perlembagaan.

Perlembagaan lslam, iatu Al-Quran dan As-Sunnah tidak menyebut begitu. Jangan silap kerana Melayu tidak semestinya Islam. Itu hanya dikatakan oleh perlembagaan Malaysia yang diacu mengikut acuan Lord Reid, sepertimana yang kita belajar dalam matapelajaran Sejarah.

Muhammad bin Abdullah, yang menerima Wahyu dari Allah SWT pun tidak berani menulis dalam piagam Madinah bahawa orang Arab itu samalah ertinya dengan Orang Islam. Kerana Baginda SAW tahu bahawa Islam itu bukan dilihat pada bangsa yang mengamalkannya tetapi Islam itu dilihat pada sejauh mana seseorang itu beriman pada ALLAH dan RasulNya.

Tapi, perlembagaan kita berani menulisnya begitu. Itu saya tidak mahu ulas. Tak takut ISA ke?

Maka orang bertanya, apa bezanya? Sudah tentu saya menjawab dengan 100 peratus yakin bahawa Ketuanan Melayu dan Ketuanan Islam sama sekali berbeza.

Ketuanan Melayu mengatakan bahawa orang Melayu ialah Tuan di bumi Malaya ini. Ketuanan Islam pula mengatakan bahawa orang Cina, orang Melayu, Orang Putih, Orang Iban,dan bermacam-macam Orang lagi (kecuali Orang-orang. Itu digunakan untuk menghalau burung di sawah padi, bagi siapa yang tak tahu) , asalkan mereka ialah Muslim, maka merekalah tuan di negeri-negeri yang adanya kekuasan Islam di situ. Maknanya, setiap Muslim berhak mendapatkan keistimewaan di bawah pemerintahan Islam tanpa mengira bangsa.

Jangan marah saya berkata begitu. Kerana inilah apa dilaksanakan ketika pemerintahan Rasulullah SAW dan Khulafa Ar Rasyidin. Marah bereerti marah juga dengan Baginda dan sahabat Baginda yang empat itu (RA) kerana melaksanaknanya. Lagipun, marah akan menyebabkan seseorang jadi cepat tua.

Adakah orang-orang Melayu perlu takut jika Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu? Tidak. Kita tidak perlu takut. Kerana hak-hak orang Melayu juga akan turut terjamin di samping kepentingan saudara seagama dari kaum lain turut terjaga.
Tanah-tanah orang Melayu turut terjamin dan tidak akan dirampas walau seinci pun. Kerana Islam itu bersifat adil dan perbuatan menjual tanah-tanah hak milik orang Melayu adalah satu jenayah.

Sebab itu kita naik pelik lagi biul melihat ada pihak yang selama ini melaungkan ketuanan Melayu telah menjual beribu-ribu hektar tanah kepada tauke-tauke dari Singapura. Dan tauke-tauke kaki busuk ini kafir, bukannya Islam. Lebih-lebih jika Lim Goh Tong yang membelinya lalu menukarnya kepada pusat Kasino. Dan, beribu-ribu malah berjuta-juta lagi duit orang Melayu habis hangus kerana kalah judi di Genting sana. Tak semua orang tahu bermain Poker kerana ia tidak semudah seperti main tikam- tikam yang dilakukan oleh budak-budak kecil di kampung saya. Mereka kecil-kecil lagi sudah diajar berjudi maka apabila besar nanti buleh meneruskan warisan bermain Sport Toto 4D dan Da Ma Cai warisan ayahanda mereka.

Dalam ketuanan Islam, orang Melayu yang miskin akan juga lebih terjamin masa depannya. Kerana, apabila Ketuanan Islam diguna pakai, maka institusi zakat akan sekaligus menjadi lebih lancar dan telus serta bebas dari korupsi dan penyelewengan. Umum tahu. Rakyat pun tahu. Rakyat jangan dibodohkan. Pembohong besar kalau kata duit zakat tidak mencukupi. Institusi zkat kita memperolehi perolehan yang lebih dari cukup untuk mengagihkannya kepada rakyat-rakyat miskin terutamanya Melayu dan muala-mualaf yang baru memeluk Islam.

Tapi, masih ramai yang miskin menagih simpati. Kita pernah dengar kisah mualaf yang akhirnya kembali ke agama asal selepas terpaksa mengemis bantuan dari pihak gereja lantarannya cara penagihan wang zakat di Malaysia. Di sana-sini wujudnya penyamun-penyamun tarbus yang senyap-senyap mengsonglap duit-duit itu. Songlap tidak semestinya dengan mengambil duit itu secara by hand atau dengan cara menggelapkan duit-duit dalam akaun. Songlap duit rakyat boleh juga berlaku dengan melaburkan dan menghanyutykan wang itu ke dalam projek-projek yang membazir.
Negara Islam semuanya kaya raya. Kalau tak, Dubai tidak mungkin boleh membina Bangunan Burj Dubai. Arab Saudi pun sama. Kalau tidak, istana Raja Saudi tidak jadi sebesar sekarang. Maka, jika konsep ketuanan Islam dipakai dan sekaligus dapat kembali menyatukan seluruh umat manusia berbilang bangsa dan warna kulit ke da lam Islam, bukankah kita semua juga yang untung? Bukankah nanti harta-harta itu akan turut dikongsi oleh semua Muslim dan bukannya oleh Pak-pak Arab Mabuk di Dubai sana sahaja?

Melayu, Cina, India, serta Kadazan yang Muslim pasti akan menikmati kehidupan yang lebih aman makmur di bawah pemerintahan yang mengamalkan konsep Ketuanan Islam ini dan mengenepikan segala fahaman raasis yang tak sudah-sudah.

Monday, July 5, 2010

Kenal & Kutuk Perangainya..


Sesungguhnya, orang Yahudi ada perangai yang amat buruk. Maka munasabahnya mereka serang orang yang ingin membuat kebajikan, rombongan yang hendak menolong orang dalam kesusahan dan yang mahu menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza. Allah Subhanahu wa taala (SWT) menceritakan perangai mereka itu di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT,

 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (4). Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia."
(Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .


4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam."
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar."
(Surah Al-Ma'idah: 33)