Saturday, September 10, 2011

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 4

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya


Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat.ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak.


Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.


Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan.


Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’.


Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam … 

R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Kutty
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Mertua KJ
N =  mat monggol  - Bapa kemongolan




Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya,


apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpananRAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…

Kami bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini?

Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’,

maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.Jadi janganlah ada dari sesetengah dari geng - geng BPN yang begitu kecut kalau malaysia ini menjadi republik kerana di situlah kuasa rakyat sebenar,demokrasi yang tulen kalau tak percaya bandingkankan lah antara negara kita dan Indonesia,kita melaungkan slogan 1 Malaysia atau lebih tepat lagi dengan konsep One Nation tapi Indonesia sebuah negara Republik melayu yang paling berjaya menggerakkan konsep "one nation",

Cubalah tanya masyarakat cina yang datang dari indonesia bahasa perbualan apakah yang mereka pertuturkan sesama sendiri? tapi kalau disini kita terpisah dengan konsep pengasingan bangsa yang dipupuk dengan semangat sentimen perkauman yang berpunca daru UMNO.

Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNO adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah!


Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu.


Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad.


Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELPUniversiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing. 



Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.
UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh.


UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…

"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka?

Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman.

Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"

Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya.


Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat…


 Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap UMNO dan talibarutnya…!!


Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.

Bersambung Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 5 (Akhir)

Sumber