Friday, November 30, 2012
Pakai je serban, jubah tapi
Ada org tanya soalan la pulak:
Budak fesbuk: "Ustaz, kenapa orang yang berpakaian Islamik, perangai cam haram je tengok?"
Saya: "Aku bkn ustaz, bape kali nk cakap. Senang je soalan ni. Ko pun bleh jawab neh."
Budak fesbuk: "Kalo saya bleh jawab, saya tak tanya la ustaz."
Saya: "Dalam dunia ni:
- Ada ramai pakai jubah dan serban - tapi segelintirnya sahaja mukmin sejati.
- Ada ramai pakai purdah dan niqab - tapi segelintirnya sahaja mukminah sejati.
- Ada ramai pakai tudung - tapi segelintirnya sahaja tudung akhlak.
- Ada ramai tak pakai tudung - tapi segelintirnya sahaja betul-betul mau berubah.
- Ada ramai buka aurat - tapi segelintir sahaja yang betul-betul jahil tentang aurat. Ramainya dah tau pun. Saje je eksyen tanak tutup.
Budak fesbuk: "So? Pe kaitan plak ni?"
Saya: "Oklah, ko pergi pasar pagi, ko cari buah tembikai, cempedak ke nangka ke. Pertama sekali apa yang ko tengok?"
Budak fesbuk: "Saya tengok penjual dia."
Saya: "Salah. Ko tengok kulit buah tu dulu kan? Ko bleh konpem tak buah yang ko beli tu betul-betul cantik isi kat dalam, masak isi kat dalam sama cantiknya dengan kulit luar dia? Ko bleh tau ke isi kat dalam buruk ke baik dengan tengok kulit je?"
Budak fesbuk: "Choiiii, mana bleh. Kena belah la baru tau isi kat dalam."
Saya: "So, ko sendiri dah jawab dah pun soalan ko tanya. Kulit luaran bukanlah gambaran isi dalaman. Hanya KLU sahaja. Kalau ada pengalaman nilai buah elok ke tak, maka dapatlah yg elok. Kalau ko tade pengalaman tgk buah. Ko tertipu la dengan penjual buah. Hee."
Budak fesbuk: "OH pahemm dah"
Saya: "Orang ni macam buah gak lah. Kalo dari benih lagi dipilih benih yang baik, dibaja dengan baik, ditanam dengan elok, disemai dengan konsisten, diracun perosak dengan betul, insya-Allah..eloklah buah tu nanti. Sedaplah buah tu nanti. Eloklah isi dalamannya nanti."
Budak fesbuk: "Dalem betul kiasannya."
Saya: "Ok dah, pi main jauh-jauh. Aku nak goreng nasi goreng hailam."
- Syabab Musafir Kasih
Labels:
cerpen,
muslimah sejati,
usrah
Location:
Air Putih, Indonesia
Monday, November 26, 2012
Luahan Orang Kuat UMNO
Menurut Datuk Ariff Sabri dan Aspan Alias yang selama ini merupakan ahli Umno bertekad menyertai DAP, yang mana menurut mereka parti yang dituduh Umno sebagai chauvinis Melayu itu mengamalkan dasar "kesatuan nasional."
Menurut mereka perjuangan DAP berdasarkan kesatuan nasional tanpa perjuangan perkauman dan dan agama, malahan menurut mereka sewaktu mengisi borang, tiada ruang atau bahagian 'bangsa' perlu ditandakan atau disi.
Mereka juga menolak pendapat serta hujah dari rakan blogger UMNO kemasukan mereka kerana tiadanya tempat di dalam PKR dan PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat.
Menurut Aspan lagi semua itu adalah fitnah dari UMNO, dirinya kata Aspan telah membazirkan masa selama 41 tahun bersama dengan UMNO.
Kata blogger itu lagi UMNO sebenarnya sudah 'mati' serta bermusuhan dengan bangsa Melayu,sesuatu yang ironi untuk didengar, tetapi ianya kenyataan dari seorang bekas blogger umno yang menyertai UMNO sejak puluhan tahun.
Malahan menurut Aspan lagi UMNO turut tidak menghormati badan legislatif negeri. Sdr Aspan dan Datuk Ariff Sabri dijemput di dalam majlis "Kenapa Saya Masuk DAP" anjuran Roketkini dan DAP Subang Jaya.
Menurut Aspan lagi UMNO mulai musnah bila di ambil alih oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sejak sekian lama UMNO diperintah oleh aristokrat yang yang 'tidak makan duit rakyat',namun sebaliknya pada pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Sementera itu Datuk Ariff Sabri atau lebih dikenali dengan nama bloggernya Sakmongkol AK47 menegaskan beliau mengambil masa yang lama untuk menyertai DAP. Kecewa dengan kronisme di dalam UMNO dan menegaskan DAP adalah sebuah parti yang berjuang untuk demokrasi, kesaksamaan ekonomi, dan negara yang bebas dari rasuah.
sumber
LAWATAN TG DATO SERI ABDUL HADI AWANG KE PT SULONG
Lawatan DATO SERI ABD. HADI AWANG (Presiden PAS) di DUN SRI MEDAN bertempat di SEJAGUNG dan PT SULONG
pada jam 10.30PAGI AHAD, 2/12/2012
Jamuan SANTAI DIALOG PEMUDA GENG KITA bertempat di RUMAH AZMI SEJAGONG pada jam 5.00 PETANG AHAD, 2/12/2012
Ceramah ISU SEMASA : KAMI ORANG UMNO
Penceramah :
ASPAN ALIAS(bekas blogges umno)
TN. HJ. KHAIRUDDIN ABD. RAHIM(YDP PAS PT.SULONG)
USTAZ AHMAD ROSDI BAHARI(Pendakwah Bebas)
Tempat : D-19,Kolam Air,Pt. Sulong(RUMAH MOHD YAZID SURADI)
Tarikh : 2/12/2012
Masa : 9.15 MALAM
Ceramah KEBANGKITAN RAKYAT
Penceramah :
DATO ARIFF SABRI ABD AZIZ(org kuat UMNO PEKAN)
TN. HJ. KHAIRUDDIN ABD. RAHIM(YDP PAS PT.SULONG)
USTAZ AHMAD ROSDI BAHARI(pendakwah bebas)
Tempat : TL 38,Pt. Karjan,Sri Medan(RUMAH MOHD JAIHAN KAJAI)
Tarikh : 2/12/2012
Masa : 9.15 MALAM
SEMUA DJEMPUT HADIR
LIKE & SHARE
Saturday, November 24, 2012
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
di Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor,
01 Disember 2012 (SABTU), 3 ptg - 12 mlm.
SEMUA DIJEMPUT HADIR
::ATURCARA MAJLIS::
KONVOI MOTOR ARC BERAMAI-RAMAI
KONSERT SANTAI ANAK MUDA
ARTIS JEMPUTAN:
XPDC
AMNI JAGAT
NIK JIZAN
PIYAN HABIB
THE MAC MAN
XPDC
AMNI JAGAT
NIK JIZAN
PIYAN HABIB
THE MAC MAN
PERTANDINGAN MOTOR TERCANTIK
KATEGORI YAMAHA, HONDA DAN TERBUKA
LAWATAN KE KG KELUAR UMNO, PT SULONG
JAMUAN NASI LEMAK KOPI O KAW
CABUTAN BERTUAH
CERAMAH KEBANGKITAN RAKYAT OLEH
TG HAJI ABDUL HADI AWANG
YB SALAHUDIN AYUB
TN, HJ MOHAMAD SABU
DS ANWAR IBRAHIM
DS LIM KIT SIANG
TEMA PAKAIAN :
HIJAU, OREN, MERAH, KUNING
Wednesday, November 14, 2012
Orang Kuat Parit Sulong Dapat Tender AES
Jika dia layak mendapat tender AES apa salahnya. Admin percaya tiada masalah.. sebaliknya rakyat cuma berharap sangat AES dikaji semula.. ramai yang dah merunggut ni.. bukan sebab tender tetapi sebab cara ia dilaksanakan tidak menepati dengan apa yang telah dipersetujui sebelum ini.. lagipun kos sebanyak rm717juta untuk 831 unit AES juga di lihat amat mahal. Admin percaya jika kerajaan tundukkan sedikit ego dan kedegilan mereka dalam isu AES kita boleh selesaikan isu cara baik tanpa perlu berdemo..
PANAS : BN Tanya, KBSB Jawab
Tokche MasTa
igt la sokong PR mcm2 bleh janji...keta harga turun la myk turun la..PR dh menang 5 negri byk tu duit suma negri industri ..apa yg bg kt rkyt cuba list ckit kt aku..xkn nk tgu menang satu malaysia bru nk wt..Pas kalu bersih mai serbu ja himpun ramai2..pasal pasxbuat himpunan hudud satu malaysia..kerajaan xbg erk..bersih xbg buat hang pa redah jgk...renung2 lah shbt2..Izzah kuar kenyataan xbetul kena la kata xbetul..salah tetap slh xkira sebelah mn...
Admin KBSB;
Jawapan.
At least ada air percuma di selangor. Perkhidmatan wyles percuma utk seluruh selangor mulai tahun depan. Dibuat secara berperingkat. Walaupun kelajuan pada tahap biasa2 sahaja. Lepas tue ada elaun pendidikan, rm1,000 utk mahasiswa. Jabatan audit juga telah menunjukkan bukti pendapatan pr naik dan di agihkan semula kepada rakyat melalui polisi yang mesra rakyat. Sebenarnya lain negeri lain benefits yang kita dapat. Aku bercakap pasal selangor sebab anak selangor. Negeri2 lain seperti di kelantan, kedah dan penang boleh bercakap bagi pihak masing2. Ko baca dan nilaikan sendiri.
Memang wajib utk pr amikalih malaysia secara menyeluruh supaya polisi2 yang kita dah draf dapat dilaksanakan tanpa halangan. Contoh isu air percuma. Ada masalah meter. Disebabkan kekacauan dari syabas. Sebab tue la pr kena amek alih tampuk pemerintahan. Faham?
Nurul izzah tak cakap perkara yang salah bagi aku. Hanya kerana ko yang anggap ia salah tak semestinya dia salah. Ko jek anggap dia salah, aku sokong dia pula.
Pilihan Kaki Atas Pagar
Anda atas pagar?
Anda tak minat politik?
Anda tak minat mana2 parti?
Tiada masalah.
Sebagai rakyat malaysia, anda tidak diwajibkan untuk menyertai mana2 parti politik. Juga tidak diwajibkan untuk menyokong mana2 parti politik.
Apa yang anda WAJIB buat ialah memilih pemimpin. Di malaysia kita menggunakan sistem pilihanraya untuk memilih pemimpin. Jadi ini yang anda wajib buat tak kira la anda sokong siapa pun.
Eh, kenapa wajib ya?
Umat islam memang wajib memilih pemimpin yang adil. :)
Jika kita tidak memilih mana2 pemimpin adil bila kita ditindas apakah kita layak marah?
Hey harga barang naik la.
Tapi bila PRU, kita tak pangkah mana2 pun? Kenapa marah barang naik bila kita diberikan kuasa untuk pilih pemimpin kita tak buat?
Saya letih la dengan masalah sosial di malaysia..
Kenapa merunggut ? Bila diberikan hak untuk memilih pemimpin, anda tidak jalankan tanggungjawab pun?
Orang yang tidak mengundi apabila layak mengundi tidak layak merunggut apa2 perkara pun. Ini kerana mereka marah pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi mereka sendiri lupa melaksanakan tanggungjawab diri sendiri terlebih dahulu.
Sebelum mereka diangkat jadi pemimpin, mereka adalah rakyat biasa yang bertanding di pilihanraya. Anda tidak mengundi mana2 pihak pun, jadi kenapa marah bila pemimpin2 ini tidak menjalankan tugas mereka? Di saat anda diberikan peluang untuk pilih pemimpin yang boleh buat kerja, anda tak pilih pun?
Umno Parit Yaani Mengganas
Jika selama ini kita hanya menyaksikan pencacai UMNO yang mengambil upah melakukan kerja-kerja provokasi ini.. kini Ketua Cawangan sendiri terpaksa melakukannya..
Merasakan tertekan dan parti yang disokongnya kini kini tergugat bila menyaksikan sambutan penduduk terhadap ceramah PAS, seorang pemimpin setempat dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah penceramah yang sedang berucap.
Menurut laporan Nusajaya Kini insiden ini telah berlaku dalam satu ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.
Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Dun Parit Yaani , Tn. Hj. Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi ini tidak mengambarkan sikap demokratik mereka.
"Bagi saya, UMNO ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan.
"Mereka menganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak domokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.
Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, UMNO juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.
"Mereka juga turut menganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama YDP Kawasan Sri Gading, Ustaz Hasim Jusoh cuba dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam dan pihak RELA untuk hadir ke sekolah terbut bagi menyampaikan sumbangan
"Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan UMNO ini. Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin UMNO bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat disini", jelas beliau lagi.
Thursday, November 8, 2012
TUKAR : Wanita Umno Caw. Dua Serangkai Bersedia
Semerah 06 Nov - Parit Moen 1 yang terletak didalam DUN Semerah N17, yang majoritinya adalah Ibu-ibu tunggal dan Warga emas bersedia untuk membuat perubahan pada PRU13 ini.
Menurut Puan Siti Rafeah Sahat gambar kiri yang mengetuai kepada ibu-ibu tunggal & warga emas di Pt Moen 1 dengan berani berkata beliau akan membantu & memberi sokongan penuh kepada PKR & Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.
Beliau yang berusia 71thn, kecewa dan kesal setelah lebih 3 kali membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk warga-warga emas dikawasannya tidak diambil endah sehingga 2 orang daripada penduduk disitu telah meninggal dunia.
Beliau amat sedih dengan pemimpin-pemimpin BN yang hidup dengan bermewah-mewahan sedangkan ada rakyat yang masih diabaikan. Walaupun ada macam-macam Jabatan yang diberikan amanah & tanggungjawab untuk membantu rakyat yang susah tetapi rakyat yang pergi memohon ini dipandang seperti pengemis & peminta sedekah.
Beliau yang pernah bersuara meminta lampu jalan sehingga mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia berkata, dengan adanya jentera-jentera PKR Cabang Parit Sulong yang berani memasuki kawasan-kawasan BN tegar ini dengan membuat penyampaian dan penerangan yang betul, beliau percaya BN akan tumbang di Dun Semerah jelasnya ketika bakal calon PKR N17 Sdr Azmi Masrani menemui dirumahnya.
Kredit : Penerangan PKR N17
Location:
Semerah, Johor, Malaysia
Monday, November 5, 2012
GUD LUCK 4 SPM
SELAMAT BERUSAHA KEPADA ADIK-ADIK YANG
BAKAL MENJAWAB SOALAN SPM ESOK.
PIHAK ADMIN MENGUCAPKAN
"JAZAKALLAH HU KHOIRAN KHASIRO"
BAGI YANG TIDAK SEMPAT TENGOK JADUAL SPM 2012
BOLEH DOWNLOAD DI LAMAN WEB
KEMENTERIAN PELAJARAN DISINI :
Labels:
SPM
Location:
83000 Parit Sulong, Johor, Malaysia
Tatacara Mengerjakan Solat Witr.
Tatacara Mengerjakan Solat Witr
oleh Abang Sham Kamikaze
Solat Witr 1 rakaat
Rakaat Pertama1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Solat Witir dengan 3 rakaat.
Tatacara perlaksanaannya ada dua :-
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir
Rakaat Ketiga1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.
Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى
وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.
Labels:
solat sunat,
solat witir
Location:
84000 Bakri, Johor, Malaysia
Sunday, November 4, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)