Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri, suami, dan 3 biji tembikai. Satu
hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang
dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya
membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak
manis.
Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua
pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang
dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah
tembikai yang ketiga.
Jeng...Jeng...Jeng...
Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya... Dengan
hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka
sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa
sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni...
Siap kau!"
Dengan nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"
"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.
"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.
Terkejut
mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri
aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah
ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"
Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"
Suami: "Dari petani la!"
Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"
Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."
Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"
Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."
Isteri:
"Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia
cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma
menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang
menciptakannya."
Suami: (Terdiam)
**Kita sering mencela
makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita
hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya
sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah
datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik.
Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga
kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.