Friday, August 12, 2011

Wanita vs UNTA



Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga
auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah
beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah
bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya
lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai,
mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah
dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa
usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang
sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai
muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen
atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah.
Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim.
Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib
menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak
yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun
anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak.
Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban
bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda
seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh
tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun,
anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera
tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban
bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan
ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas
dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak
layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga
satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak
baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk
lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun
Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan
ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa.
Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah
memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah
(dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih
baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani
melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan
aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk
memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah
lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan
Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya
adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi,
ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada
hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan
kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita
kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya
telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan
manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas.
Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati
Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar
meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar
pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum
sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka
orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya
katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat
itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling
nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam
usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di
dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan
tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh
Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar
sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan
memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya
dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(al-A’raaf 7: 26)