KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Pemberian duit raya berjumlah RM42.6 juta oleh Felda kepada peneroka hanyalah 'gula-gula' di sebalik sejumlah besar unit saham yang dinikmati pegawai Felda.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) yakin penberoka yang menerima insentif kecil ini tidak tahu mengenai unit saham yang diterima pegawai Felda ini.
Sebelum ini, Felda menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd membeli Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.
JutawanKerajaan : Gaji Paling 'Marvelous' Setakat Ini
Daripada pembelian ini, kumpulan yang mendapat saham MSM ialah kira-kira 2,500 orang kakitangan Felda Induk dan 2,500 kakitangan Felda Global.
Setiap pegawai 5,600 unit manakala bukan pegawai pula menerima 2,900 unit seorang.
Harga buka ialah RM3.34 seunit dan melonjak kepada RM5.46 seunit.
"(Datuk Seri) Najib (Razak) tidak perlu gembar gemburkan pemberian duit raya ini sebagai jasa Felda atau kerajaan kerana sepatutnya jumlah yang diberi jauh lebih besar. (Sumber: Utusan)
"Adakah peneroka tahu pegawai Felda menikmati hasil saham yang jauh lebih besar jumlahnya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
"Adakah peneroka tahu pegawai Felda menikmati hasil saham yang jauh lebih besar jumlahnya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau turut mempersoal tindakan Felda memberikan RM400 kepada peneroka yang menanam di bawah selian Felda dan hanya RM200 kepada peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.
Sedangkan katanya, peneroka yang menanam sendiri mendapat hasil yang lebih banyak dan menjual hasil mereka kepada kilang Felda.
"Kalau perbezaan jumlah duit raya berasaskan penghasilan yang dibuat peneroka, pemberian itu tidak wajar kerana harga komoditi melonjak naik dan sepatutnya jumlah yang diberi lebih besar.
"Apabila dikategorikan peneroka ikut Felda dan tidak ikut Felda, saya persoal istilah tidak bersama Felda itu kerana mereka tetap jual hasil mereka kepada kilang Felda.
"Kalau banding jumlah hasil peneroka yang buat sendiri lebih besar daripada peneroka yang ikut Felda tentu insentifnya lebih besar," katanya.
Dakwanya, tindakan ini merupakan diskrimasi kepada peneroka untuk menakut-nakutkan peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.
Kerajaan Amalkan Diskriminasi Terhadap Rakyat Satu Malaysia
"Mana logiknya Felda nak nilai peneroka di bawah Felda dapat 400 dan tanpa bantuan Felda dapat 200. Ini satu diskriminasi yang dibuat untuk menakutkan peneroka yang menanam sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment