Wednesday, September 19, 2012

Luahan Rakyat


ANTARA LUAHAN PENGGUNA KENDERAAN LAMA. BARU2 INI KERAJAAN TELAH DIDESAK OLEH DRB-HICOM UNTUK SEGERA LULUSKAN AKTA LUPUSKAN KENDERAAN LAMA. DRB-HICOM INGAT RAKYAT MALAYSIA NI PETIK DUIT DARI LANGIT KOT. 

CUKAI KERETA MELAMPAU, LEPAS TU NAK PAKSA KITA BELI KERETA BARU SETIAP 5 TAHUN. BODOH KE TAK BODOH NAMANYA TU?


Saya mengakui kenderaan lama memang kurang selamat dan mengeluarkan asap yang boleh menyebabkan pencemaran jika dibandingkan dengan kenderaan baru tetapi jika ianya dijaga dan diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut masih mampu meluncuri jalanraya dengan selamat dan bersih. 

Tetapi cuba kita lihat balik, adakah semua model baru adalah lebih selamat atau mesra alam?. 

Memang diakui model terbaru kereta dilengkapi dengan sistem ABS, Airbag, EBD dan macam-macam lagi tetapi ianya hanya pada model-model spesifikasi tertinggi sahaja.

Jadi, adakah ciri-ciri tersebut hanya untuk yang berkemampuan sahaja?.

Tentu sekali YA dan kerana sebab itulah rakyat seperti kami tidak akan mampu memiliki kenderaan selamat sampai bila-bila pun. 

Sebab itulah kami terpaksa menggunakan kenderaan lama sebagai pengangkutan harian kami bukan disebabkan kami ini tidak sukakan pembaharuan atau keselamatan tetapi itu sahajalah yang kami mampu.

Sumber : Ameno

No comments: